ana dah 2 tahun terlibat secara langsung dalam usaha-usaha dakwah...jadi...ana rasa ada baiknya jika ana share dgn kalian semua mengenai method kami yg agak berkesan ini...
dgn hanya sepucuk surat...alhamdulillah...ini mampu buat si pihak yg ditegur tersentap..
surat ini amat baik kiranya dikirim kepada pelajar yg sekolah agama tetapi tidak mahu menurut perintah agama...justeru,,untuk metodologo ini, hanya digunapakai bagi memberi peringatan kpd mana-mana anak-anak perempuan yang pernah bersekolah agama sahaja. untuk berdakwah dengan muslimah yg bukan bersekolah agama, surat ini adalah tidak sesuai..
nah, kita kongsi bersama..surat yg pernah diberi kepada puluhan muslimah yg telah kami dakwah ke jalan Allah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam ukhuwah Islamiah dari kami. Surat ini ditaip bukanlah kerana ingin menunjukkan kehebatan ataupun kebejatan kami, tetapi sebaliknya adalah untuk kita semua berkongsi ilmu dan saling menasihati sesama Muslim. KALAU KAMI SALAH TEGURLAH KAMI, KALAU KAMI SILAP MAAFKAN KAMI. KITA KAWAN…KITA BERSAUDARA….SEMPOI OKAY…
Enti bukanlah orang pertama atau satu-satunya muslimat yang kami tujukan surat ini tetapi sebelum-sebelum ini pun sudah agak ramai yang telah menerima surat ini. Surat nasihat dan perkongsian ilmu ini bukan sahaja dituju buat muslimin tetapi juga muslimah. Anggaplah segala apa yang terkandung dalam surat ini sebagai nasihat yang ilhamnya datang daripada Allah dan Nabi SAW meninggalkannya sebagai wasiat buat kita semua.
Bukankah hadis Nabi SAW ada menyebut: sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang selagimana kamu berpegang kepada keduanya itu, kamu tidak akan sesat iaitulah Quran dan Sunnah.
Saya yakin dan percaya, ilmu enti jauh lebih tinggi dan lebih mulia berbanding kami memandangkan enti merupakan pelajar jurusan Syariah Islamiah yang secara khususnya enti telah pelajari pelbagai hukum dan dalil serta nas yang sempurna dengan hujjah dan kesahihannya. Amat berbangga Nabi SAW ke atas ummatnya yang sanggup mempelajari dan mengkaji sunnah-sunnah yang ditinggalkannya. Amat suka Allah SWT kepada hambanya yang sanggup mendalami ilmu agama yang bukan mudah untuk difahami semua pada waktu ini.
Ukhti yang dikasihi Allah dan Rasul,
kami amat berbangga dengan penampilan pelajar-pelajar muslimin yang mengikut cara penampilan nabi SAW dan juga berbangga serta amat kagum dengan penampilan pelajar muslimah yang mematuhi etika pemakaian yang dicatatkan dalam al-Quran.
Dalam surah An-Nuur, Allah berfirman pada pertengahan ayat 31 yang bermaksud: …..dan labuhkanlah tudungmu hingga menutupi dada…..
Sesetengah ulama’ berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah dengan memakai tudung labuh sehingga ke paras pusat. Adapun yang lain berpendapat cukup sekadar menutupi dada. Hal ini bermakna siku juga perlu dijaga kerana siku hampir kepada paras dada.
Jumhur ulama’ berfatwa: ada 3 jenis tudung yang dipakai oleh wanita. Pertama tudung Nasrani iaitu menutup rambut tetapi bawahnya diangkat ke belakang bahu. Kedua, tudung yahudi iaitu rambutnya berjambul terkeluar daripada tudung dan ketiga tudung muslimah iaitu tudungnya menutupi dada hingga ke paras pusat.
Manakala dalam surah yang lain pula, Allah telah mengingatkan bahawa janganlah kita berlebih-lebihan dalam hidup kita ini. Sedangkan dalam hal Ibadah pun adanya bid’ah kerana menokok tambah dan dihukumkan sebagai haram, apatah lagi sekiranya kita ini berlebih-lebihan dalam hal yang tidak ada langsung manfaatnya kepada kita. Tambahan pula, apa yang kita lakukan itu ialah gaya Barat dan Kuffar yang cuba menonjolkan imej mereka yang sesat dan jahat itu. Apa yang ana cuba maksudkan disini adalah alat solek khususnya gincu bibir.
Di Iran, Arab Saudi dan Somalia, gincu bibir tidak dibenarkan oleh ulama’ mereka kerana jelas bahawa asal usul gincu bibir ini adalah merupakan satu amalan para pelacur di Barat bagi menarik perhatian para lelaki pada suatu masa dahulu. Kini, budaya golongan pelacur ini sedang sibuk ditiru dan digayakan serta aktif menular dalam kalangan remaja Muslimah. Cukuplah wajah kita yang amat cantik ini tidak ditutup dengan purdah, janganlah pula mahu dihiasi dengan cara hidup golongan Kuffar.
Dalam surah an-nosr, Allah menjanjikan bahawa akan datang berbondong-bondong orang yang mahu memeluk agama Islam setelah Allah mendatangkan kemenangan kepada Islam satu hari kelak. Justeru, saya suka mengingatkan bahawa marilah kita sama-sama berdoa agar biarlah kita merupakan orang yang terawal memeluk dan mengamalkan Islam secara total dan bukan kerana menang atau kalahnya Islam. Kita mengamalkan islam kerana kebenarannya disisi Allah.
Dalam Surah Ghafir ayat 55, Allah menjanjikan kemenangan kepada orang-orang yang sabar dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah. Allah juga mengingatkan kita supaya sentiasa memohon keampunan dan berzikir kepadanya pada setiap masa.
Justeru saudaraku yang dikasihi, marilah sama-sama kita menukar dari yang gelap kepada cahaya, dari zulmat kepada nur. Jika salah seorang penulis surat ini merupakan bekas pelajar jahat disekolah dan kemudiannya boleh berubah kepada seorang pendakwah, mengapa anda tidak boleh? Jika Cat Steven boleh berubah daripada seorang penyanyi metal dan rock kepada seorang pendakwah, mengapa kita tidak boleh? Jika Kapten Alimin boleh berubah daripada seorang kapten kapal yang kaki botol dan perempuan kepada seorang pejuang Islam, mengapa kita tidak boleh?
Kita sama-sama teruk, sama-sama jahat, sama-sama hina. Jadi, jom kita ubah diri kita menjadi lebih baik. Barakallahufik…
SALING MENEGUR…SALING BERDAKWAH…GUNAKANLAH WASILAH INI UNTUK SAHABAT2 YANG LAIN…INSYAALLAH ALLAH BANTU…
BE HAPPY & DON’T WORRY…
ISLAM IS BEAUTIFUL…DON’T LET IT PASS US…
PROUD TO WEAR VEIL
KEEP ADVICING OUR FRIENDS…
100% ilham daripada Ilahi untuk hamba dhaif; Khalid islamboli
-Jihadmalaya.blogspot.com-
10/26/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment