10/17/09

berpuasa ikut sunnah!

BERPUASA IKUT SUNNAH ADALAH YANG TERBAIK!!!

1) Menahan diri daripada marah yang teramat. Jika ada orang cuba memprovokasi diri kita atau menyakiti kita, maka nabi telah mengajar kita dalam sabdanya;
”Sesungguhnya aku sedang berpuasa..sesungguhnya aku sedang berpuasa”
(sahih Bukhari, kitab puasa,bab: mengatakan aku berpuasa bila dicela)

2) Menahan lidah dari mengumpat dan perkataan tidak senonoh. Sabda nabi SAW:
”bukanlah puasa itu sekadar menahan diri darpada makan dan minum tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor”
(Riwayat al-hakim)

3) Menjaga Solat Fardhu berjemaah

4) Bersahur. Sunnah nabi bersahur ketika hampir waktu subuh. Sabda nabi SAW:
”bersahurlah kerana didalam sahur itu ada keberkatan”
(sahih Bukhari)

5) Nabi sentiasa beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Malahan, tahun terakhir sebelum Baginda wafat, baginda beriktikaf bermula pada 20 malam terakhir.
(Sahih Bukhari)

6) jangan leka pada 10 malam terakhir dengan persiapan hari raya. Ini bertentangan dengan sunnah Nabi SAW yang menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Sayangnya, masjid hari ini kosong sunyi daripada jemaahnya yang ramai di awal Ramadhan tetapi sepi pada 10 malam terakhir sedangkan 10 malam terakhir itulah yang penuh dengan barakah.


Sumber: Institut Imam Syafie(INTIS)
Rujukan: Ustaz Azam bin Yahya(Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam KUIM)

No comments: