arak di malaysia semakin menjadi tumpuan anak muda akibat kelemahan pemerintah yg menggalakkan industri haram ini
Baru sahaja berlalu Ramadhan, Syawal menjelma. Syawal sepatutnya disambut dengan laungan takbir dan tahmid. Dijulang kemenangan Islam dan ummatnya yang berjaya memerangi hawa nafsu mereka selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Akan tetapi, kerajaan pusat pimpinan PM Najib Tun Razak segera meluluskan permit dan kebenaran yang dimohon oleh pihak syarikat arak dunia(GUINNESS) untuk mengadakan sambutan pesta arak dan konsert kumpulan penyanyi Yahudi di Subang pada beberapa minggu sahaja lagi.
ISLAM HADHARI telah berlalu pergi dengan pelbagai hukum baru didalamnya. Kini, Islam “1 Malaysia” yang diperkenalkan PM baru ini pula membawa hukum baru. Menurut para ulama’nya, tidak haram dan tidak salah bagi kerajaan kerana dosa hanya kepada sesiapa yang hadir ke majlis itu sahaja. Maka bercelarulah aqidah para ulama’ gila ini.
GAMIS, PAS dan beberapa NGO lain kini sedang sibuk menghantar memorandum kepada pihak berwajib bagi mendesak konsert arak ini dibatalkan kerana banyak lagi negara lain yang bukan negara Islam pada majoriti dan kondisinya yang boleh mengadakan pesta ini. Kenapa tidak pilih Amerika? Kenapa tidak pilih China?
Jawapan bagi soalan ini masih lagi sedang bermain dalam benak fikiran anak muda yang sedang menulis artikel ini. Maka tercetuslah satu lagi Ilham daripada kepala otakku mengenai jawapannya ini. Mudah. Jawapannya adalah kerana, kerajaan kita sedang dalam usaha mahu melupuskan pemikiran Islam daripada minda anak muda Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia yang sedang dicanang-canangkan oleh PMnya itu yang sudah tidak dapat berfikir panjang.
Apakah bulan Syawal yang mulia ini mahu dibiarkan dengan botol-botol arak bergelimpangan dan kondom-kondom yang bertaburan? Mana perginya pemikiran seorang pemimpin? Sialanlah kesemuanya pemimpin dalam kerajaan Malaysia.
Justeru, anak-anak muda Islam digesa supaya janganlah sekali-kali kamu menghadiri konser ini kerana Nabi SAW awal-awal telah menyebut dalam hadis baginda bahawa, sesiapa sahaja yang ada kaitan walaupun sekadar memakai t-shirt tertera jenama arak, maka nerakalah tempatnya. Samalah hukumnya dengan menghadiri pesta arak. Neraka!!!
Jom boiot kerajaan BN pada pilihanraya akan datang!!! KERAJAAN BN KERAJAAN ARAK!!!
ISLAMBOLI : KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA : 10.21AM : SABTU

No comments:
Post a Comment