10/26/09

USTAZ ARTIS YANG MENJELIKKAN...


pendakwah ??? atau... ???

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia nikmat berhari raya selepas sebulan diuji dengan bulan ramadhan. Akhirnya, berjaya juga saya dan sahabat-sahabat berpuasa tanpa tertinggal satu hari pun daripada melalaikannya.

Salam ke atas Baginda Nabi SAW dan para sahabat. Salam buat ahlulbayt khususnya Ali yang telah dianiaya. Salam bumi Karbala yang pasti akan merah semula menjadi saksi kepada kekejaman yang dilakukan terhadap Ali oleh pihak yang tidak berhati perut.

Kali ini, saya suka mengulas mengenai rancangan televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria sekitar jam 8-9 malam hari pertama dalam bulan Syawal. Pada mulanya saya agak terkejut apabila kelihatan terpacul seorang artis yang menggelar dirinya ustaz dan sebagai seorang pendakwah kononnya beserta dengan beberapa artis lain yang pakaiannya entah apa-apa duduk bersebelahan dan bukan main mesra bersembang dan berhibur. Namun, niat saya yang mulia ini cuba berhusnuzzhon(bersangka baik) terhadapnya. Mungkin dia cuba menyampaikan mesej dakwah dengan memasukkan dirinya ke dalam kondisi rakan-rakan artis yang sosial itu.

Walaubagaimanapun, kenyataan yang cuba diterima pakai oleh hati saya itu ternyata meleset apabila sekitar jam 8.50-9.00 malam, dalam rancangan yang sama, artis yang menggelarkan dirinya pendakwah dan sebelum ini sibuk bercakap mengenai Islam dan sebagainya, berada di atas pentas sambil berjoget-joget perlahan dengan rakan-rakan artis yang lain seperti Sarimah Ibrahim, Lisa, Anita Sarawak dan Erra Fazira. Turut serta dalam lagu yang turut didendangkan oleh “ustaz” ini ialah penari-penari wanita yang berpakaian tidak senonoh dengan terdedah auratnya. Apakah ini cara menyampaikan mesej dakwah? Masyaallahukana wamalamyasha’lam yakun.

Saya bersumpah bahawa saya amat kecewa dengan sikap “ustaz” tersebut yang ditempat lain bukan main berserban dan berjubah menyampaiakan mesej dakwah Islamiah tetapi apabila didalam siaran televisyen bukan main entah apa-apa. Maka sialan ke atasnya dan JOM LANCARKAN BOIKOT KE ATAS SEGALA PRODUK SENINYA ITU!!!

Apapun, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita sentiasa mendoakan ia agar kembali ke pangkal jalan dan sempena hari raya ‘idulfitri, kembalilah kepada fitrah Islamiah wahai “ustaz”. Barakallahu ‘alaina.

No comments: