10/21/09

mengimbau seketika isu Kartika

Isu Kartika merupakan satu isu yang sudah lama sebenarnya. Namun, atas permintaan sahabat-sahabat, saya disini suka untuk menerangkan secara ringkas dan berdasarkan fakta mengenai hal ini demi kepentingan ummah sejagat. Kartika telah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah syariah Kuantan. Dibawah kuasa mahkamah tersebut, kartika dihukum sebat 6 kali sebatan.
Secara duniawi, memanglah kita lihat bahawa Kartika telah didakwa dan dijatuhkan hukuman ke atasnya oleh mahkamah Syariah. Namun, bagi orang-orang biasa yang tidak tahu menahu tentang perjalanan perundangan Islam mengikut syarak, maka mereka akan menganggap bahawa Kartika dihukum berlandaskan hukum Islam sedangkan Kartika sebenarnya bukan dihukum mengikut perundangan Islam yang sebenar. Seperti yang pernah saya utarakan dalam artikel-artikel sebelum ini, mahkamah Syariah hari ini di Malaysia, bukanlah menjalankan perundangan Islam secara total, tetapi hanya pada hal-hal tertentu dan selainnya adalah mengenai undang-undang sekular yang telah ditetapkan oleh penjajah kafir dahulu dan kemudiannya disebut sebagai perundangan syariah mengikut acuan penjajah kafir. Perkara ini juga ada dibahaskan dalam buku sistem perundangan Islam oleh Prof Dr Mahmud Zuhdi.
Jadi, hukuman sebat 6 kali itu bukanlah relevan terhadap Kartika. Walaupun 6 kali sebatan yang membiluh, tetapi hukuman ini tidak akan dapat mengajar malahan menyeksa orang yang dihukum memandangkan sebatan itu adalah tidak berlandaskan syariah sebaliknya hanya berlandaskan hawa nafsu. Sebatan yang dianjur oleh syariat adalah sebatan yang tidak menyeksakan tetapi mampu memberi pengajaran dan keinsafan. Bayangkanlah betapa indahnya islam dan kasih serta sayangnya islam kepada umat.
Saya ingin menegaskan disini bahawa, Kartika, bukanlah dihukum dengan undang-undang yang dapat memberinya pengajaran kerana hukuman ini bukanlah seperti yang berlandaskan Islam iaitu 40 kali sebatan yang tidak “membunuh”. Inilah hukuman yang dikatakan oleh Imam Syafie. Jadi, hukuman terhadap Kartika ini jelas adalah hukuman yang sia-sia. Tidak dapat menggerunkan yang lain malahan menunjukkan kezaliman mahkamah syariah itu sendiri.
Mengapa saya mengatakan 6 kali sebatan oleh mahkamah itu adalah tidak relevan berbanding 40 kali sebatan mengikut Islam? Hal ini adalah kerana, 6 kali sebatan itu bukanlah daripada Allah tetapi daripada manusia yang hanya bersifat menyeksa sedangkan 40 kali sebatan mengikut cara Islam itu adalah memberi didikan dan menimbulkan kegerunan kepada umum kerana Allah telah menjanjikan dalam Quran bahawa hukuman daripada Allah itu(hukum Islam) pasti akan menimbulkan pencegahan dalam kalangan manusia. Allahuakbar!

2 comments:

Nadia Elena said...

betul3x......huhuhuhuhu

ummah protector said...

yup....jadi...jom ubah sistem pemerintahan sekular ini