10/26/09

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Krew JIHADMALAYA tidak ketinggalan dalam menjejak sunnah Nabi dan antara sunnah nabi pada hari raya adalah saling bermaafan dan menziarahi rumah-rumah sahabat baginda. Ada sesetengah hadis meriwayatkan bahawa Nabi SAW berziarah ke rumah-rumah sahabatnya dari pagi hingga petang. Justeru, JIHADMALAYA ingin mengajak semua pembaca agar teruskanlah kerja Nabi SAW ini kerana pekerjaan ini amat mudah dan jangan dilenyapkan daripada muka bumi ini. Berniatlah dihati bahawa segala amalan ziarah kita ke rumah sahabat handai kita adalah kerana Allah dan sunnah Rasulullah.

Krew JIHADMALAYA juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin dipinta kepada semua pembaca dan sasaran-sasaran JIHADMALAYA pada masa lalu dan akan datang. JIHADMALAYA akan terus merungkap segala kecelaruan yang sedang menari-nari untuk memesongkan aqidah ummah. TIADA JIHAD TIADA MALAYA. Wassalam…

No comments: