10/14/09

JAWAPAN KEPADA KOMEN PEMBACA

KOMEN PEMBACA:

berdosa buat benda merepek dan hampeh...jangan buang masa...fikirkanlah nasib oran gmiskin lain yang tidak terbela....adakah DAP akan memebantu orang melayu?Dimanakah letaknya kepentingan kejayaan dunia dan akhirat...???Kenapa PAS tiba2 ingin dan mahu sangat keduniaan (politik) sedangkan selama ini pentingkan akhirat (agama)

saya jawab….
saudaraku yang dirahmati Allah mudah-mudahan…
perlu saya jelaskn bahawa islam itu sifatnya universal(syumul). Politik dan akhirat adalah dua perkara yang perlu dikaitkan. Barangsiapa yang mengasingkan hal dunia dengan akhirat atau hal dunia dengan agama, maka sudah tentu dikira sebagai sekular. Sila rujuk buku pendidikan Islam peringkat matrikulasi dan rujuk juga buku tamadun Islam terbitan Universiti Putra Malaysia. Adapun juga fatwa-fatwa dari syeikh yusuf qardhawi dan fathi yakan yang menyebut tentang kaitan politik dan islam. Cuma, saya tidak berkesempatan mendetailkannya masa ini memandangkan final exam sudah dekat.

Apapun judul bukunya, isinya adalah, islam dan politik adalah haram untuk dipisahkan. Saya mengesyorkan tuan mengkaji dan study mengenai siasah syar’iyyah terlebih dahulu sebelum mengaibkan seseorang. Pas bukan mahukan keduniaan tetapi mahukan satu tampuk pemerintahan yang boleh membawa manusia ke jalan yang benar. Apapun wasilah perjuangannya adalah berkaitan akhirat.

Apakah 52 tahun BN memerintah Malaysia ini nasib orang Melayu dibela? Lihat sahaja apabila PR Berjaya menjatuhkan Bn di Selangor, semua anak yang baru lahir selepas kemenagan PR di Selangor mendapat saguhatui Rm 100 secara percuma! Lihat mahasiswa kelahiran Selangor terus mendapat RM 500-1000 sebagai hadiah kejayaan mereka ke IPT! Lihat sahaja bagaimana 25 meter padu pertama bil air diberi secara percuma! Apakah BN tidak sedar tentang ini semua?!!!
Apa yang BN bagi kepada rakyat Selangor sepanjang 50 tahun pemerintahannya?

No comments: