10/26/09

“soum fi shahri ramadhan”


Perkara Yang Selalu Kita Fikir Batal Puasa Tetapi Hakikatnya Tidak!!!

1) Makan/minum selepas waktu imsak sebelum azan subuh.
- Imsak hanya sekadar mengingatkan kita bahawa waktu subuh semakin dekat. Anda masih boleh minum/makan ketika waktu imsak.
- sabda nabi SAW: ”Fajar ada 2 jenis iaitu fajar yang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan untuk solat subuh serta Fajar yang kamu tidak dibolehkan solat subuh dan dibolehkan makan” (riwayat al-Hakim&Ibnu Khuzaimah)

2) Mandi atau membasahkan badan dengan air ketika puasa.
- hukumnya bukan makruh apatah lagi batal malahan hukumnya sunat jika mandi di siang hari ketika sedang berpuasa.
Seorang sahabat berkata: ”aku melihat Rasulullah mencurahkan air ke atas kepala kerana dahaga atau kepanasan” (riwayat Abu Daud)

3) Tidak makruh menggosok gigi di siang hari ketika berpuasa
(fiqh al-siyam: Prof Dr Yusof Qardhawi)

4) Tidak batal puasa kerana korek hidung atau telinga.
-menurut ulama’ Fiqh, Ibnu Hazm dan Abd Aziz bin Baz, korek telinga dan hidung tidak boleh mengenyangkan dan tidak ada satu dalil pun yang mengatakan hal ini membatalkan puasa-

5) Boleh dan sah puasa walaupun tidak membaca lafaz niat pada malam harinya.
- syarat sah puasa adalah niat dan menahan diri dari makan dan minum. Tidak ada nas yang menyebut tentang lafaz niat puasa. Niat itu tempatnya di hati. Jika sudah terlintas di hati untuk mengerjakan ibadah puasa pada esok hari dan bangun bersahur, bermakna sudah terlaksana rukun niat berpuasa-
( Fiqh as-Siyam: Prof Dr Yusof Qardhawi )



Sumber rujukan:
1) Institut Imam Syafie(INTIS)

Disediakan oleh pelajar Undang-Undang Syariah KUIM
Kolej Universiti Islam Melaka2)

No comments: