10/26/09
Tak Solat Terawih di Masjid???
solat sunat seperti tarawih dikatakan lebih afdhal dibuat dirumah bersama keluarga berdasarkan hadis nabi SAW.
Salam dan kesejahteraan buat ali dan semua sahabat serta ahlulbayt. Salam bumi karbala yang akan mekar merahnya hingga ke penghabisan. Salam intifadhah buat pejuang islam dan sahabat usrah HI.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling barakah dan nikmah memandangkan pada bulan ini, ada hadis-hadis yang meriwayatkan bahawa segala amalan yang dikerjakan pada bulan ini akan dilipatgandakan ganjarannya. Setiap kali tiba ramadhan, semua insan berebut-rebut untuk mengerjakan solat terawih di Masjid secara berjemaah. Saya ulang: “orang perempuan berlumba-lumba ke masjid untuk mengerjakan solat terawih berjemaah”. Apa yang tidak kena dengan ayat ini? Mari kita mengkaji.
Hadis nabi SAW yang dimafhum, imarahkanlah rumah Allah dengan solat fardhu dan imarahkanlah rumah kamu dengan solat sunat. –au kama qal-
Berdasarkan hadis ini, jelas, jelas bahawa manusia hanya sekadar berlumba-lumba mengerjakan yang remeh, tetapi terlupa mengenai yang wajib dan fardhu. Lihat sahaja solat maghrib ketika Ramadhan. Berapa kerat benar yang datang berjemaah di masjid untuk solat maghrib? Semuanya sibuk memenuhkan perut yang sudah buncit itu dengan aneka juadah yang entah halal entahkan tidak.
Lihat solat Zuhur dan Asar yang ketika waktu ini ramai yang sibuk melelehkan air liur basinya dan membuat peta di atas bantal. Kononnnya tidur pada bulan puasa ini adalah ibadah. Takkanlah sibuk membuat peta hingga melupakan tanggungjawab yang fardhu. Bayangkan, hanya bilal dan imam sahaja yang berjemaah di masjid. Apa haram jaddahnya mereka yang sibuk dengan sunnah tetapi abaikan yang fardhu? Haram jaddah sekali lagi.
Lebih memeranjatkan lagi pada hari ini ialah, apabila seseorang itu tidak mengerjakan solat tarawih, mereka kelihatan seakan-akan melakukan satu kesalahan besar. Apakah brengset manusia yang menuduh sebegini? Lebih memalukan lagi ialah, orang yang menyalahkan orang lain yang tidak hadir ke tarawih itu ialah orang yang tidak mengerjakan solat yang fardhu. Amat bingung kondisi ini.
Kebangsatanlah sesetengah pihak yang hanya memandang penting pada ibadah sunat sedangkan ibadah wajib terabai. Sedang dalam kemarahan teramat, mari kita lihat satu lagi situasi. Kali ini, berhubung dengan isu wanita ke masjid untuk mengerjakan solat sunat…solat sunat terawih.
Apabila berdebat dan berhujjah, saya suka untuk mendengar hadis daripada pihak lawan mengenai kegoblokan mereka mengatakan wanita harus ke masjid untuk berterawih. Sedangkan satu hadis nabi yang sahih ada mengatakan bahawa; Wanita itu lebih afdhal solat di rumah. Sedangkan mengerjakan haji dan umrah yang wajib dan rukun islam itu sekalipun islam telah melarang wanita pergi bersendirian, apatah lagi ke masjid???bawakan saya hadis dan nas mengenai keharusan seseorang wanita itu perlu ke masjid untuk berterawih. Adapun dalil mengenai keharusan wanita itu ke masjid adalah hanya pada solat sunat hari raya aidlfitri dan aidiladha. Yang lainnya mitos semata-mata. Satu lagi hadis nabi ialah; wanita yang bersolat di rumah pahalanya 27 kali ganda manakala wanita yang solat di masjid pahalanya hanya satu dan wanita yang bersolat di masjid itu,semakin hadapan safnya semakin rendah pahalanya.
Terpulang kepada anda untuk menganalisa. Apa yang penting, sebelum anda ke masjid mengerjakan terawih, pastikan anda hadir berjemaah pada solat fardhu terlebih dahulu, barulah Allah memberi ganjaran kepada terawih anda. Fikirlah sahabat…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment