Sudah banyak kali saya dan kawan-kawan ditahan dalam demonstrasi. Terbaru sekali saya ditahan ketika isu ISA di Masjid Negara. Sama sahaja, baik ketika PPSMI, ISA, BERSIH, REFORMASI atau apa sahaja nama bagi demonstrasi membantah tindakan kuno lagi dungu pihak kerajaan, pastinya para tahanan dilayan dengan teruk seperti kami ini budak sekolah rendah yang berkelulusan UPSR semata-semata.
Baru-baru ini, isu di Perak. Sidang DUN yang diadakan disebuah hotel di Perak diganggu oleh polis. Para Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(exco) dan wakil-wakil rakyat dihalang daripada menghampiri bangunan SUK dan dkasari polis sehingga ada yang tercedera. Amat bangang tindakan pihak berkuasa yang bergelar polis ini.
Sesudah mengkaji kebangangan pihak polis ini, maka saya berasa jelas untuk membuat satu hipotesis. Satu inferens. Satu konklusi. Polis bukan sahaja tidak beradab dalam melayan golongan tokoh yang berpelajaran tinggi dan berkelulusan tinggi ini, malahan polis juga bersikap seperti haiwan yang sedang membuas di jalanan.
Banyak betul perkara bodoh yang dilakukan oleh pihak polis ketika peristiwa dihadapan SUK Perak ini. Ketika para penyokong PAS mengiringi para pemimpin kerajaan sah Perak ke bangunan SUK, pihak polis membacakan perintah mahkamah yang menyatakan bahawa para penyokong tidak dibenarkan menghampiri bangunan SUK. Saya ulang kalimah “penyokong” disitu. Akan tetapi, mengapa wakil rakyat yang pejabatnya dan urusannya dalam bangunan SUK itupun mahu disekat juga? Mereka sebagai wakil kepada rakyat Perak ingin menjalankan urusan kerja mereka didalam bangunan tersebut tetapi turut dihalang polis malahan dikasari hingga cedera.
Ada juga YB PR yang ditahan kerana didakwa cuba mencerobohi kawasan SUK. Hah? ceroboh? Kenapa pula menceroboh? Mengikut pengetahuan rakyat dan golongan professional(bukan budak lulusan SPM atau PMR seperti SB-SB polis), wakil rakyat boleh memasuki ke bangunan SUK kerana mereka memang wajib berurusan itu dan ini dengan pejabat kerajaan negeri memandangkan mereka wakil kepada kerajaan negeri untuk rakyat. Bingung..bingung….
Satu lagi peristiwa yang bangang, malah lagi dan teramat bangang pernah dilakukan oleh pihak polis di Perak ialah, menguruskan 2 perhimpunan yang kedua-duanya tanpa permit. Pihak polis mendakwa penyokong PR mengadakann himpunan haram dihadapan SUK, tetapi berdekatan dengan penyokng PR ada lagi 1 kumpulsn penyokong BN yang jelas-jelas membawa kain rentang dan sepanduk mengutuk PR. Sudah jelaslah itu satu perhimpunan. Setelah disiasat, mereka (penyokong BN) pun tiada permit. Siap dengan sepanduk dan kain rentang lagi. Tiada pula dirampas oleh polis ataupun dikasari oleh polis? Apatah lagi ditahan dan digari? Inilah yang dikatakan berat sebelah. Kononnya Bersih dan Mesra tetapi sebaliknya sebenarnya.
Kenapa perintah mahkamah hanya dibacakan kepada penyokong PR dan tidak dibacakan kepada penyokong BN? Inilah sikap institusi kehakiman yang tidak adil yang sedang diamalkan di Malaysia. Anjuran kerajaan fasik BN.
Saya masih lagi teringat ketika demonstrasi membantah pencerobohan AS terhadap Iraq di KLCC suatu ketika dahulu. Sememangnya perhimpunan itu tanpa permit tetapi para demonstran tetap berkeras sebagai tanda prihatin dan peka mereka terhadap nasib umat Islam di Iraq. Antara jam 2-3 petang, selepas berjemaah di Masjid as-Syakirin KLCC, ketika perhimpunan baru sahaja hendak dimulakan, datang sekumpulan anak muda yang berpakaian t-shirt hitam ketat dan jeans ala-ala skinhead beserta topi dan rantai leher serta gelang tangan besi. Walaupun kelihatannya begini tetapi jiwa mereka berjuta kali ganda bagus dan suci berbanding pelajar-pelajar Syariah atau ustaz-ustaz yang sudah tahu hukum membantu AS itu haram. Anak-anak ,muda yang seperti gangster ini walaupun berpakaian seperti itu tetapi mereka membawa sepanduk yang paling besar dan patung menghina pemimpin kafir George Bush. Malangnya, kutukan terhadap kezaliman kafir Yahudi ini dinafikan dan digagalkan oleh pihak polis Malaysia yang beragama Islam. Mereka terus mengejar dan menahan anak-anak muda ini lalu digari. Ketika itu, saya menganggap iman anak-anak muda yang berantai ini amat cekal barbanding seorang pendakwah yang cakap entah apa-apa tetapi kemudiannya beli barang di Tesco. Ustaz yang mengajar ilmu agama tetapi menggunakan ubat ggi Colgate. Pelajar Syariah Islam tetapi makan di KFC dan McD. Pemimpin pelajar di kampus tetapi penakut macam anak babi. Maaf terkasar tetapi itulah perbandingan yang paling jelas untuk menggambarkan realiti yang berlaku pada hari ini.
Berbalik kepada isu Perak tadi, mari dibandingkan dengan demo di KLCC ini. Mengapa sekumpulan anak muda yang membawa pemidang mengutuk yahudi dan kafir ditahan dan digari serta dirampas kain rentangnya sedangkan penyokong BN yang buat demonstrasi tanpa permit di hadapan SUK perak itu tidak ditahan? Peliklah polis ni. Bila hina Yahudi, kena tahan dan kena rampas kain rentang tetapi bila hina wakil rakyat beragama Islam dan mempertahankan rakyat, tidak pula dihalang oleh polis?
Dimana kredibiliti polis? Fikir-fikirlah…
Kembali kepada isi tajuk. Cara layanan polis terhadap para pemimpin rakyat seperti itu adalah tidak bagus sama sekali. Polis-polis muda yang baru berusia 20-30 an melayan graduan yang sebaya malah ilmunya jauh lebih tinggi seperti melayan kanak-kanak nakal. Polis yang berusia 20-30 an berkelulusan SPM sahaja tetapi melayan orang tua dan berilmu tinggi seperti melayan haiwan. Saya telah merasakannya. Saya soerang mahasiswa dan rakan-rakan saya ada yang daripada golongan professional dan graduan universiti telah dilayan dengan hina oleh polis ketika BERSIH,PPSMI dan ISA. Dimaki hamun kami bermacam-macam perkataan. “Tidak sekolah!!!”, “tak de otak!!!”, “gila!!!”. “tak de mak bapak!!!” Semuanya yang tidak patut malahan diajaknya kami bertumbuk seperti jantan sedangkan tangan kami ditambat. Jawab kami, “maaf, kami bukan haiwan seperti anda untuk digelar jantan!”.
Bagi saya, tindakan polis ini adalah menghina diri mereka sendiri kerana mereka ini seolah-olah menunjukan sikap tidak professional mereka kepada umum,. Maka umum yang menonton, melihat dan mendengar pasti akan menilai bahawa pihak polis kita macam budak tidak sekolah. Maka segala maki hamun dan hinaan kepada kami golongan berpelajaran tinggi itu akan dikembalikan oleh rakyat yang mengamati kepada pihak polis semula.
MAKA BERSUMPAHLAH MEREKA YANG DIHINA DAN DIZALIMI KETIKA DITAHAN AKAN SEGALA KETURUNAN POLIS YANG MENGKASARI MEREKA DENGAN NAMA ALLAH, PELBAGAI SUMPAHAN DAN LAKNATAN KE ATAS MEREKA YA ALLAH. Selamat bertugas polis Malaysia!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment