10/26/09

JIHAD MALAYA BERKAMPUNG DI BAGAN PINANG

Bersempena dengan pilihanraya kecil dan ‘idulfitri, skuad JIHADMALAYA akan berkampung di Bagan Pinang, iaitu sebuah kawasan pilihanraya kecil di Port Dickson, Negeri Sembilan. Skuad bersama dengan sebuah cawangan PAS di Melaka telah mengikuti perkembangan ini secara langsung sejak majlis pelancaran bilik gerakan piluhnaraya kecil Bagan Pinang oleh Presiden Pas sendiri.

JIHADMALAYA akan bawakan yang terbaik untuk anda sempena proses pemilihan YB baru ini. Namun, sebagai pendahuluan yang manis, sambutan daripada masyarakat setempat memang amat menggalakkan ketika ceramah tuan presiden beberapa hari sebelum ‘idulfitri itu. Bukan senang mahu melihat hadirin seramai itu di Negeri Sembilan ini menghadiri ceramah PAS. Ini satu perkembangan baik.
Maka itu, marilah sama-sama kita mendoakan kemenangan parti Allah ini pada pilihanraya akan datang. Mudah-mudahan….ameen. Takbir!!!

No comments: