10/26/09

KONFLIK SAUDI - YAMAN


pimpinan kerajaan Yaman sekarang ini jelas tidak mengikut dasar Islam dan mereka ini wajib ditentang


“Sempadan Arab Saudi dengan Yaman pula sentiasa tegang, dengan beberapa pertempuran kecil pernah berlaku melibatkan kedua-dua negara. Prospek untuk konflik lebih besar berlaku sentiasa wujud, dan ini membuka peluang kepada Iran untuk membina pengaruh, mendedahkan rantau Asia Barat dan dunia Muslim kepada satu lagi kemungkinan konflik berdarah yang berpanjangan.”
Dipetik daripada harakahdaily.net 3 september 09

Harakahdaily.net edisi 3 september 2009 ada memaparkan mengenai konflik perang saudara di Yaman yang berlaku pada bulan ramadhan. Amat bagus Kiranya kita melihat dari segi keprihatinannya menyingkap isu ummat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Akan tetapi, melalui artikel “online”nya itu, jelas objektifnya adalah cuba untuk memprovokosi antara mazhab. Barangkali penulis itu masih buta pengetahuannya mengenai isu Yaman.
Amaran saya pada Harakah ialah agar, sila mencari penulis yang berlatarbelakangkan sejarah dunia sekiranya benar-benar mahu menerbitkan artikel berkaitan isu global dan dunia lebih-lebih lagi yang menyentuh tentang sejarah lampau. Saya amat terkilan dengan harakahdaily.net dan penulisnya yang tergamak menimbulkan isu mazhab dan mengapi-apikan masyarakat pembaca laman web islamik ini. Tambahan pula lagi kerja busuk ini dilakukan dalam bulan mulia ini.

Isu mazhab sepatutunya sudah tidak timbul lagi dalam konflik yang berlaku di Yaman. Apa yang timbul adalah peperangan antara puak kuffar dengan puak islamis. Isu yang berlaku di Yaman ini ialah isu berkaitan bantuan AS dan Arab Saudi yang anti islam itu kepada kerajaan pusat Yaman yang juga merupakan pro yahudi dan Amerika sebagaimana Mesir dan Jordan.

Yaman bimbang sekiranya puak Islamis cuba mengambil alih tampuk pemerintahannya. Perlu diketahui bahawa, puak yang menentang dan melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Yaman kini adalah merupakan gabungan mazhab Ahli Sunnah dan Syiah yang benar-benar cintakan Islam. Mereka bukan fikir soal mazhab mana yang memerintah tetapi mereka fikir tentang agama mana yang memerintah.

Seperti kerajaan Malaysia, kerajaan Yaman juga sama teruknya malahan mungkin lebih teruk lagi dan lebih hina kerana kerajaan Yaman jelas-jelas menyatakan sokongan mereka terhadap AS. Justeru, kewujudan puak penentang ini adalah untuk menumbangkan kerajaan Yaman yang anti Islam itu. Syiah apa pun mereka, mazhab mana pun mereka, kita sebagai ahli jemaah gerakan Islam perlulah bersikap positif terhadap perjuangan mereka dan bukannya mempersoalkan mazhab dan agenda-agenda yang sengaja diada-adakan oleh puak tertentu yang amat anti kepada Syiah.
Hal ini pernah berlaku ketika isu konflik Israel-Hizbullah beberapa tahun lalu. Hanya kerana Hizbullah itu bermazhabkan Syiah, kita dari Ahlul Sunnah sanggup mengkafirkan mereka dan tidak membantu perjuangan mereka sedangkan puak Hizbullah yang mazhabnya Syiah itu sentiasa membantu perjuangan Hamas di Palestin. Hamas pula adalah dari mazhab AhliSunnah. Saya benar-benar kecewa dengan artikel yang sadis lagi pilu ini kerana cuba menggalakkan perang sesama ummat. Cukuplah denga konflik mazhab di Iraq dan Lubnan serta Libya. Janganlah kita yang sudah kuat di malaysia ini mahu melaga-laga.
Berbalik kepada isu tadi, apa yang sedang berlaku di Yaman ini tiada kena mengena dengan mazhab. Ini Cuma agenda Barat dan Yahudi yang cuba melaga-lagakan kedua-dua pihak agar bertindak membunuh sesama sendiri sepertimana yang telah berjaya dilakukannya di Iraq. Umum perlu tahu bahawa, kerajaan Yaman hari ini merupakan pendokong dan penyokong kuat AS dan Zionis sekalipun pemerintahnya beragama Islam pada nama. Sama seperti Mesir, Yaman merupakan anak angkat Zionis dan AS. Tidak hairanlah kiranya kerajaan AS dan Yahudi boleh memberi bantuan dari segi kewangan dan tentera serta pelbagai lagi kepada kerajaan yaman dalam usaha mereka mahu membanteras puak penentang kerajaan. Isunya disini, bagi mengelakkan umat islam marah, CIA dan MOSSAD cuba memainkan peranannya dengan menimbulkan satu isu yang boleh mengaburi mata umat islam iaitu perang mazhab. Sekiranya ditimbulkan isu mazhab, pastinya umat islam tidak kisah kerana puak Sunni memang jelas anti Syiah dan begitu juga sebaliknya.

Jadi, kita sebagai ahli yang telah tertarbiyyah janganlah cepat melatah apabila digembar-gemburkan dengan isu mazhab. Tidak menjadi kesalahan kiranya kita tidak berpegang kepada mazhab asalkan ilmu didada tentang kesyumulan Islam telah lengkap dihati kita. Nabi tidak pernah meninggalkan mazhab kepada ummahnya tetapi hanya Quran dan Hadis yang nabi pernah sabdakan. Mazhab sekadar panduan bagi kita bagi mengikuti ajaran-ajaran ilmu Fiqh. Justeru, jangan kerana khilaf dalam Fiqh, kita mahu berbunuhan. Jangan kerana khilaf dalam fiqh, kita cepat terpengaruh dengan agenda Zionis. Sudah jelas dan terbukti bahawa perbalahan mazhab di Iraq didalangi CIA dan MOSSAD. Maka apakah kita masih mahu diperdaya kali kedua di Yaman ini?
Konflik Yaman bukan konflik mazhab tetapi adalah konflik perang salib baru. Tetapi kali ini, wakil tentera salibnya adalah orang munafik daripada kerajaan Yaman dan tentera Islamnya dibantu oleh kerajaan Iran tanpa mengira mazhab. Alangkah mulianya kesatuan ini. Alangkah indahnya perjuangan ini sekalipun darah dan maruah terpaksa digadaikan. Akhir kalam, janganlah kita mudah terpedaya dengan agenda zionis yang gila ini. Lupakan mazhab, bersatulah wahai kaum Muslimin!!! Allahuakbar!!!

No comments: