10/26/09
GAMIS CUBA “LAWAN” DEMO ISA???
dahulu...GAMIS terkenal sebagai kaki demo yang memperjuang hak rakyat dan Islam
logo GAMIS kini hanya tinggal kenangan dan tiada lagi taring...
Umum tahu mengenai demonstrasi Anti ISA yang akan diadakan pada 1 ogos 2009 ini. Namun begitu, apa yang mengecewakan ialah, terdapat beberapa pihak yang cuba menghalang program ini daripada mendapat sambutan hangat dan ramai disamping melalaikan golongan siswa siswi daripada hala tuju perjuangan Islam.
PERKASA dengan ideologi totoknya yang senantiasa ada yang tidak kena dengan bantahan menentang tindakan kerajaan persekutuan ini. Begitu juga dengan beberapa NGO yang sememangnya berfikiran “kampong” lagi “kodok” yang berpendapat bahawa demonstrasi bukanlah cara terbaik.
Lupakah mereka pada demonstrasi BERSIH yang berjaya mengubah tindakan dan cara kerja SPR? Lupakah mereka pada demonstrasi Anti PPSMI yang berjaya mendesak kerajaan mengubah semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Itu yang didalam negara. Mari kita lihat pula yang diluar negara.
Di Indonesia, jatuh naik sesebuah kerajaan adalah bergantung pada demonstrasi anak muda yang boleh menggugat kerajaan. Jika kerajaan bertindak tidak senonoh dan bangang, maka anak-anak muda dan warga prihatin akan turun ke jalanan bersama-sama dengan jutaan rakyat untuk memprotes dan mendesak.
Demonstrasi adalah jalan yang terbaik. Begitulah antara saranan Allahyarham Dr Fathi Yakan(semoga Allah berkatinya). Revolusi Islam Iran juga berjaya menjatuhkan Syah Iran yang sekular dan zalim itu melalui demonstrasi.
Walaubagaimanapun, apa yang mengejutkan dan amat memeranjatkan ialah, Gabungan Mahasiswa Islam atau lebih dikenali dengan nama GAMIS, juga dianggap berperanan dalam usaha mengucar-ngacirkan demonstrasi yang bersifat mulia lagi mantap ini. Pada hari dan tarikh yang sama ketika demonstrasi ini diadakan, pihak GAMIS sibuk berkempen tentang konsert dan programnya yang langsung tidak ada unsur-unsur perjuangan. Maka dengan penganjuran ini, begitu ramai mahasiswa yang leka dengan artis-artis nasyid yang datang dari parti “sebelah sana”. GAMIS cuba menggunakan mahasiswa pro-Islam melalui namanya dan programnya itu. Maka mahasiswa Islam tidak akan sibuk dengan perjuangan menentang ISA ini tetapi sibuk dengan rancangan hiburannya itu. Bijaknya GAMIS.
Bayangkan ketika warga ISA sedang menanti perjuangan dan laungan daripada mahasiswa-mahasiswa Islam, GAMIS pula sedang menarik para mahasiswa Islam ini dengan kempen “nasyid”nya. Ketika para pejuang Islam sedang sibuk mempersiapkan diri dalam demonstrasi yang diseru oleh ulama’, GAMIS pula sedang sibuk membuat persiapan pentas dan aturcara nasyidnya di Shah Alam.
Lebih memeranjatkan lagi, bagaimana GAMIS boleh menjemput dan mengatur sebuah kumpulan nasyid yang jelas-jelas sudah mengakui sokongannya kepada BN pada pilihanraya yang lalu? Sokongan yang padu terhadap kerajaan Thaghut adalah sama statusnya dengan pengamal undang-undang Thaghut itu sendiri. Sesiapa yang menyokong BN bermakna menentang undang-undang Allah. Mustahil pemimpin GAMIS tidak tahu kerana hal ini terpampang dalam media massa khususnya akhbar tempatan yang memaparkan tinjauan ini pada muka hadapan akhbar berkenaan. Apa GAMIS tidak menyentuh akhbar? Atau pemalas sangat nak baca akhbar? Maka rugilah berada dibawah kepimpinan GAMIS.
Maka seruan saya, hati-hatilah sekiranya anda cuba ditarik golongan yang sebegini kerana sifatnya lain daripada apa yang ada pada namanya. Islam dalam erti kata GAMIS mungkin Islam yang bersifat seperti TABLIGH iaitu tenang dan jangan sertai gerakan perjuangan. Cukuplah berjuang secara tenang melalui konsert-konsert dan masjid-masjid. Itulah GAMIS!!!
BOIKOT GAMIS DAN KONSERTNYA!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamu'alaikum... 1 perkara sahaja.. islam bersifat waqi'iyah.. fahami maksud sifat tersebut.. janagan menilai membute tuli sehingga merasakan "kite" sahaja yang betul.. setiap orang melakukan kesilapan(dipetik drpd hadis). so, manusia ini tidak fully perfect right. kalau rase "kite" je yang betul maknanya "kite" ni perfect la.. maksum??? jangan hanya pandai mengkritik.. kamu nak islam berpecah-belah disebabakan sikap kamu yang ego dan rase kamu sahaja yang betul..berlapang dada la kawan.. membantah ISA sangat baik.tapi caranya bagaimana??? adakah sekadar berdemonstrasi.. tiada dialog??? sebaba jiwa kamu hanya memberontak.. sebelum saya berhujah menggunakkan nafsu, lebih baik saya berhenti.. renungkan semula..
Nampaknya saudara tidak pernah mengkaji isu ISA ini terlebih dahulu. untuk pengetahuan saudara, isu ISA adalah isu lama dan telah diajak berbincang mengenainya sejak zaman berzaman. malangnya, pendekatan berbincang dengan UMNO ini adalah amat mengecewakan kerana UMNO dan BN tidak akan pernah menerima sebarang cadangan dan teguran daripada pihak pembangkang. jika saudari pernah mengkaji, isu memali yang membabitkan 14 orang syahid itu adalah hasil daripada pendekatan berlembut dengan UMNO.
kita(PAS) telah berkali mengajak berbincang akan hal ini namun akhirnya UMNO terus juga mahu menggagalkannya kerana UMNO fikir mereka sahaja yang hebat ketika itu dan ketika kini juga. akibat kita(PAS) tidak pernah mengambil pendekatan tegas seperti berdemo dan berkeraslah telah menyebabkan 14 nyawa terkorban di jalan Allah. (moga Allah berkati mereka). apapun, cara dialog yang telah berkurun diadakan itu tidak mendapat sebarang hasil dan UMNO terus bermaharajalela melalui penangkapan tanpa bicara itu.
akhirnya, tuan guru mengeluarkan arahan kepada semua jundullah dalam PAS supaya turun beramai-ramai tanpa senjata sebagai permulaan kepada menunjukkan marahnya kita terhadap sikap BN yang langsung tidak ambil peduli melalui pendekatan berlembut kita seperti dialog dan perbincangan. justeru, cara demonstrasi inilah yang telah membuka mata kerajaan zalim itu untuk mengkaji semula ISA. walaupun memakan masa yang agak lama, tetapi sekurang-kurangnya, mereka takut dan mereka telah membebaskan tahanan-tahanan yang tidak bersalah itu.
saya saran, saudara kaji dan selidik isu ISA ini yang telah diasaskan oleh British suatu masa dahulu. carilah orang yang mahir dalam politik dan undang-undang untuk menjelaskan isu ini lebih dekat. jangan cerca-merba blogger terlebih dahulu tanpa hujjah yang kukuh. jika tidak , anda telah gagal mengemukakan PRIMA FACIE dan BEYOND REASONABLE DOUBT dalam sistem perundangan sekular yang kamu agung-agungkan ini.
Post a Comment