9/23/09

komen pembaca..ana jawab

komentar pembaca;


"salam,... saya amat mengagumi tuan berdasarkan hujjah yang disampaikan.. amat mendalam dan terperinci..cume saya dapat mengesan sedikit kelompangan di dalam artikel tuan di atas,.. saya ingin memberi sedikit komen.. harap di ambil perhatian, kita sedia maklum bahawa setiap manusia di cipltakan berbeza-beza rupa, watak dan perwatakan. begitu juga dengan pendapat mengenai sesuatu isu... jika kita berada di suatu pihak @ lebih lagi sebagai penyokong kuat, tentu sahaja kita akan mempertahankan jemaah kita kan.. saya nampak tuan pun begitu juga... tidak ada manusia yang betul2 sempurna dari sagla hal;.. jika buat silap, lebih elok di tegur lebih2 lagi secara berhadapan. itu menunjukkan kebenaran dan keberanian kita.. tapi jika hanyatahu mengkritik tanpa idea yang bernas untuk di sampaikan bukakah itu seperti "pandai cakap tapi tak pandai buat kerja".. adakah ayatullah ali khameini saja yang berkaliber pada pandangan kamu.. jangan menolak pandangan yang benar sekalipun mereka adakah musuh kamu jika mereka tidak berniat jahat.. pasal tabligh, saya rasa jemaah mereka tidak sesat selagimane mereka masih berpandu pada Al-Quran dan hadith2, cume ada kekurangan beberapa perkara dalam jemaah mereka... bersambung di lain mase,..."

2009 Ogos 29 02:02


jawapan saya:


tidak dinafikan bahawa manusia itu diciptakan berbeda-beda. namun begitu, khilaf dalam bidang fiqh siasah tidak dapat wujud. adapun khilaf adalah dalam bidang fiqh ibadah dan lainnya. dalam buku Syeikh Mustafa Masyhur, seorang ulama' IKHWAN, beliau mengatakan bahawa, perjuangan bersifat juz'iyyah adalah dilarang. antara contoh perjuangan juz'iyyah di negaranya Mesir ialah Tabligh dan tarikt-tarikat. Hal ini juga adalah berulang kali disebut dan diingatkan oleh Majlis Gerakan Islam Sedunia.

untuk pengetahuan tuan, setiap tahun, kita ade sekurang-kurangnya 2 kali Ijtimak Gerakan Islam. Saya ulang, Ijtamak Gerakan Islam dan bukannya Ijtimak Tabligh. Mengapa perlu tabligh muncul dengan ijtimaknya sendiri setelah adanya ijtimak gerakan islam sedunia? maka hal inilah yang sering diberi peringatan terhadap umat Islam bahawa, wujudnya gerakan-gerakan yang cuba menjadikan kesatuan gerakan Islam ini serpihan. satu lagi persoalan saya kepada tuan ialah, mengapa Tabligh tidak hadir ke ijtimak gerakan islam sedunia? apakah kerana keras kepala pemimpinnya itu ataupun gila sangat nak jadi ketua? tuan fikir-fikirkanlah. segala huraian dan penjelasan dari sudut fiqh siasah telah saya jawab dalam post-post saya sebelum ini.

Berkenaan dengan Ayatullah Ali Khomeini, apakah tuan cuba menuduh saya terlalu fanatik akan dirinya? ternyata tuan gagal memahami ayat. Saya merupakan pendokong PAS dan saya cuba mengambil iktibar dan pengajaran daripada pemimpin gerakan lain untuk menegur pemimpin saya. jadi, dimana ketaksuban yang tuan maksudkan itu? Jemaah saya ialah PAS. Saya juga akui bahawa memang saya bermatian hendak mempertahankan jemaah saya kerana itulah yang sepatutnya dalam fiqh siasah. Siapa yang tidak mempertahankan jemaah pasti dianggap belot dan cara saya untuk mempertahankan jemaah saya adalah dengan menegur mana-mana pemimpin yang tersilap dan apakah salah kiranya saya membandingkan Ayatullah Ali dengan Tuan Guru sedangkan kami datang dari rumpun gerakan Islam yang sama. Bukan seperti tabligh yang entah mana dasar perjuangannya.

Satu lagi ialah, siapa kata perjuangan tabligh berlandaskan Quran dan hadis? Apakah Allah menyuruh kita untuk tidak masuk campur dalam hal kenegaraan? nah, Tabligh sebenarnya adalah perjuangan yang bertentangan dengan Quran dan Hadis. lihat post-post saya berkenaan tabligh. Bukan saya benci tetapi saya sedih mengenai gerakan palsu yang telah berjaya merosak ribuan manusia ini.

No comments: