11/19/09

Wahhabi...ada apa lagi....

Dalam menekuni sudut fiqh dan aqidah, kita telah diperkenalkan dengan pelbagai ajaran daripada ijtihad para ulama' dan fuqaha' berlandaskan Quran dan Sunnah. Pertama sekali perlu kita fahami bahawa ijtihad itu ditakrifkan oleh Imam Ghazali sebagai daya usaha fuqaha' atau ulama' dalam memahami nas-nas Quran dan Sunnah dengan sepenuh daya usaha mereka untuk mengeluarkan hukum. Justeru, berlandaskan hadis Nabi SAW, sekalipun ijtihad itu tersalah, mujtahid tersebut tetap akan mendapat ganjaran daripada Allah. Inikan pula yang sahih ijtihadnya, maka bergandalah ganjarannya.

Sejak dari bangku sekolah, malahan tadika, kita telah selalu dimomok-momokkan dengan ajaran Wahabi sebagai satu ajaran sesat. Macam polis, kita telah dimomok-momokkan untuk takut kepada polis sejak kecil. Natijahnya, sampai ke besar minda anak-anak ini akan terus terserong untuk terus takut kepada polis sedangkan polis tidak ada sedikit kuasa pun melainkan dengan izin Allah.

"Wahabi sesat!!!", "Sesat!!!" dan "sesat!!!" Itulah kalimah yang sering kita lalikan sejak dari kecil hinggalah ke besar. Namun Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala, kami diberi peluang untuk menilai semua itu mengikut perspektif Islam. Kami...sebagai sekumpulan pelajar yang mengkaji tentang hal ini ketika itu di SAMTH dan hingga kini di IPT masing-masing, mula menemui kejanggalan dakwaan melulu itu. Buku pertama yang kami cari dan jumpa itu sudah mula menjadi titik tolak untuk menyangkal dakwaan tidak bermoral masyarakat tidak berilmu di Malaysia ini terhadap Wahabi. Buku tulisan Maryam Jamilah telah menggarap seribu satu jawapan kepada seratus satu persoalan kami. Maryam jamilah merupakan seorang ulama' muslimah terkenal yang bergerak bersama Ikhwan Muslimin. Pada mulanya, kumpulan kami cuba menimbulkan pelbagai prasangka dan persoalan mengenai kesahihan isi buku ini namun, prasangka kami ternyata meleset apabila dijawab dengan penerbitan dan percatakan buku ini. ternyata, buku ini adalah terbitan GEDUNG UMMAH yang berpusat di Rusila, tempat Presiden PAS Abdul Hadi Awang. kajian demi kajian, syarikat dan percetakan buku ini, merupakan hasil usaha jundullah dalam PAS itu sendiri dan dibaca oleh pelbagai lapisan ulama' dalam PAS dan hujjah dalam buku ini tidak dapat disangkal sama sekali.

mengkaji mengenai Maryam jamilah. Beliau merupakan seorang wanita yang memeluk Islam semata-mata kerana Allah dengan meninggalkan segala kekayaannya dan kegembiraannya bersama yahudi. beliau kemudiannya ditahan oleh askar yahudi dan dikurung bersama beberapa ekor anjing ganas yang sentiasa membaham. namun, berkat keikhlasannya memeluk Islam kerana Allah, beserta dengan zikrullah yang tidak lekang daripada bibirnya, beliau langsung tidak disalak oleh anjing tersebut apatah lagi dibaham. MasyaAllah..hebat...

walaupun begitu, tulisan Maryam Jamilah ini tidak tersebar luas sepertimana tulisan pemimpin Ikhwan yang lain. mungkin kerana Maryam jamilah lebih sukar untuk membawa keluar hasil tulisannya memandangkan penjaranya yang terasing itu. lagipun, Wahabi amat dibenci oleh seluruh negara-negara Asia malahan sebahagian tanah Arab. dek kerana itu, buku ini terbatas penyebarannya. adapun ulama'ulama' yang telah mengetahui kesahihan ini hanya sanggup berdiam diri sa=haja kerana takut kehilangan jawatan dan pangjat setelah dicop sebagai Wahabi. yang hanya berani, mungkin Bekas Mufti Perlis sahaja iaitu Dr Asri. Pendedahan mengenai Wahabi yang sebenar ini sepatutnya perlu terus digiatkan.

Wahabi merupakan senuah gerakan islam yang paling awal tertubuh di dunia. Diasaskan di Tanah Arab selepas keruntuhan kerajaan Othmaniah. Wahabi merupakan pelopor kepada pembasmi tahyul dan khurafat yang melanda Tanah Arab secara serius ketika itu(awal abad ke-12 Hijrah). Apakah Wahabi merupakan sebuah mazhab? ternyata TIDAK! Wahabi hanyalah sebuah mazhab. sesiapa yang cuba mendakwa Wahabi sebagai sebuah mazhab maka sudah tentu terkeluar daripada landasan agama.

Apa yang berlaku pada awal abad ke-12 Hijrah tersebut? mari kita lihat dalam buku "The New World Of Islam" pada halaman 22-26, ada dinyatakan disitu tentang masyarakat Islam di Tanah Arab ketika itu yang sudah hampir hancur dek kepercayaan karut mereka myang melampau. lebih melampau daripada kekhurafatan yang melanda umat melayu dahulu. Petikan dalam buku tersebut ada menyebut;

"Agama Islam hancur seperti hancurnya agama lain. Keesaan Allah dalam ajaran Islam telah dibebankan dengan pembiakan berjenis-jenis teori karut dan ajaran yang salah. Masjid-masjid kosong dan menanti runtuh, dipulau oleh si jahil yang sibuk dengan tangkal azimat, jampi serapahdan biji tasbih. Mereka lebih memberi tumpuan kepada faqih yang salah dan sesat serta Dervish(Darwis). mereka menunaikan haji di kubur-kubur 'orang wali' yang disembah sebagai perantaraan atau keramat. Ajaran Quran tidak dihiraukan sehingga Mekah dan Madinah menjadi tempat yang didiskriminasi. Boleh dikatakan hidup mereka telah lari dari Islam. Jika Nabi Muhammad SAW balik ke dunia, sudah tentu Baginda akan menganggap mereka sebagai murtad atau penyembah berhala."

begitulah antara petikan buku ini.

Justeru, kedatangan Muhammad bin Abdul Wahhab adalah satu signifikan dalam memperbetul aqidah ummah ketika itu dan hasilnya, semakin ramai ummat Islam mula mengikut jalan yang benar berlandaskan al-quran dan hadis. Namun, ini tidak disenangi oleh Yahudi dan Amerika. Mereka menghantar agen dari CIA dan Mossad bagi mengeruhkan keadaan. Ketika inilah pelbagai tohmahan mula timbul. Muhammad Abdul Wahhab mula difitnah dibantu golongan fasik di Saudi. Dengan inilah, mulanya pelbagai cerita tidak sohih lagi tidak menarik mengenai Muhammad Abdul Wahhab. Sesat lah, itu lah, inilah. Apakah kita juga mahu terpengaruh dengan hasil daya usaha CIA dan MOSSAD ini?

jika ya, maka anda juga mula terpesong dari sudut aqidah.

Mungkin masih ada lagi dalam hati kalian yang mempersoal apakah mampu CIA dan MOSSAD melakukan sebegini dan apa mereka mahu dalam isu ini?

jawapannya mudah. Mereka dibiayai oleh kerajaan yahudi dan kroninya. Kemudian mereka mahu menghancurkan Islam dan ummahnya dengan menimbulkan pelbagai propaganda yang pastinya berjaya menghancurkan.

apakah kalian lupa semasa peristiwa hubungan keruh antara Malaysia dan Indonesia satu ketika dahulu?

British pun datang dengan agendanya yang mahu membantu malaysia itu. Kemudian wakil British menawarkan untuk meletupkan sebuah kapal milik Malaysia agar kemudiannya boleh dituduh bahawa kerajaan Indonesia yang melakukannya. Ya!!!inilah pernanan Yahudi. Walaupun Tunku itu bukan orang agama, tetapi Beliau tidak mudah ditipu oleh agenda bodoh British ini. Beliau berkata,"saya bukan bermusuh dengan rakyat Indonesia tetapi hanya berselisih faham dengan presidennya". Inilah satu contoh baik yang ditunjukkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman kepada dunia. Maka, marilah sama-sama kita kembali bersatu dalam agama dan menewaskan zionis di dunia ini. wallahuaklam.

No comments: