11/30/09

AYUH BERUBAH!!!DARI COMMON LAW KE PERUNDANGAN ISLAM HAKIKI!!!

Common law merupakan satu undang-undang yang diperkenalkan oleh penjajah British kepada Negara jajahannnya sepertimana Malaysia. British menggunapakai common law semasa pentadbirannya di Malaysia apabila tiadanya undang-undang didalam statut. Walaupun statut merupakan satu akta bertulis, tetapi banyak perkara yang tertinggal atau tidak ada didalam statut. Contohnya boleh kita lihat dalam kes Myriam vs In The Goods of Abdullah. Dalam Malaysian Law Journal MLJ jilid 1 ada dinyatakan mengenai penggunapakaian common law ketika itu. Situasi ini berlaku sekitar tahun 60-an.

Perlu difahami bahawa walaupun kita merupakan sebuah negara yang sudah merdeka dan begitu banyak undang-undang dan akta telah digubal dan dikuatkuasa, namun masih terdapat banyak lompang dan lubang dalam hal ehwal kehakiman dan guaman. Apatah lagi pada sekitar pasca merdeka ketika itu. 60-an dan 70-an malahan sehingga 90-an terdapat begitu banyak lompang dan ketidaksesuaian dalam hal ehwal pentadbiran kehakiman. Justeru, common law sebagai satu undang-undang tidak bertulis ini telah menjadi satu jalan bagi mengadili dan memutuskan keputusan sesebuah kes.

Ekuiti hanya bertindak untuk memastikan keputusan yang telah dibuat oleh hakim adalah dapat memuaskan hati pihak pendakwa dan pihak tertuduh. Sekalipun begitu, perlu kita fahami bahawa ekuiti adalah berlandaskan pemikiran hakim dan hati Yang Arif kerana ekuiti perlu dilihat kepada tiga pihak iaitu hakim Yang Arif, pihak pendakwa dan pihak tertuduh(OKT).

Common law merupakan satu undang-undang yang tidak bertulis di Malaysia. Undang-undang ini diputuskan mengikut pengalaman di British dan berdasarkan masalah-masalah dan kes-kes yang pernah berlaku di British. Common law merupakan satu lagi platform Barat (BRITISH) dalam memastikan undang-undangnya dikenali oleh bekas jajahannya dan sekaligus digunapakai oleh pentadbiran bekas jajahannya.

Penggunaan common law merupakan satu lagi cabang yang mengiktiraf pemakaian undang-undang Britsh yang sehingga kini masih digunapakai di Malaysia. Adapun India menggunapakai undang-undang ini terlebih dahulu sebelum malaysia tetapi jika dilihat, Malaysia adalah lebih kehadapan dalam istilah kehakiman dan sepatutunya tidak perlu lagi menggunapakai common law sebagai salah satu sumber perundangan di Malaysia yang diiktiraf oleh persekutuan sebagai sebuah kerajaan Islam yang unggul .

Dalam beberapa buah kes yang pernah dikendalikan oleh para peguam Malaysia sekitar 70-an dan 80-an, berdasarkan MLJ, dilihat undang-undang tidak bertulis ini sebagai satu sumber penting untuk merujuk kepada duluan kehakiman (judicial precedent). Penggunapakaian undang-undang ini sebagai satu perkara yang mesti bagi para hakim di Malaysia. Adapun budi bicara hakim itu berdasarkan ekuiti, namun hal ini masih dilihat sebagai common law dirujuk terlebih dahulu. Apakah sistem perundangan kita hari ini bukan berkiblatkan undang-undang Islam tetapi undang-undang British? Sekalipun menghormati British kerana kemerdekaan yang diberikannya tetapi kita sebagai sebuah negara yang telah lama bebas secara fizikal lebih daripada 50 tahun ini, perlulah mencetuskan sebuah demokrasi baru berdasarkan demokrasi Islam yang mencatatkan ratusan ribu hukum hakam dalam sistem perundangan berdasarkan quran dan sunnah, ijmak dan qias.

Ayuh!!!berubah untuk ad-Deen! Laksana hukum Islam.

No comments: