11/18/09
PERTABALAN TANPA KEREDHAAN TUHAN...
percikan bunga api yang memecah sunyi malam
kelihatan VVIP dan VIP dikawal rapi oleh FRU dan RELA
persembahan tarian oleh gadis-gadis
belon panas antara tarikan di pesta tersebut
Dalam keriuhan meraikan pertabalan Tuanku Yang Dipertuan Besar negeri Sembilan, terserlahlah segala keseronokan rakyat jelata dalam menerima YDP mereka yang baharu itu. Majlis santapan, hadiah kepada rakyat jelata dan apa-apa lagi yang dapat menggembirakan rakyat dianjurkan oleh pihak Istana. namun, dalam keseronokan dan keasyikan bergembira itu, sedar tak sedar, istiadat pertabalan yang ada unsur-unsur Islam didalam istana itu dihiasi pula dengan satu agenda syaitan diluar istana. Apakah yang dimaksudkan dengan agenda syaitan ini?
Krew JIHADMALAYA berpeluang merasai kehangatan pesta di Seremban itu baru-baru ini sempena pertabalan YDP baru Negeri sembilan itu. Jelas dan nyata, hiburan terlampau dan pembaziran yang bukan-bukan begitu mantap berlaku sepanjang malam ini di Seremban. Jika kita lihat, rakyat jelata yang dijemput bersama semuanya diraikan dengan tarian oleh wanita-wanita yang ternyata tidak menutup aurat, nyanyian-nyanyian yang lagho dan pembakaran wang rakyat itu sendiri melalui dentuman bunga api dan mercun yang melampau.
Dalam situasi seperti itu, rakyat masih tidak sedar bahawa yang dibakar itu adalah wang mereka . Bunga api dan mercun yang kosnya mencecah ribuan ringgit itu sebenarnya adalah daripada wang rakyat. Susah payah dan lenguk-lengak rakyat bekerja untuk membayar cukai, kemudian dibakar begitu sahaja. hmm...tapi kalau dah rakyat itu dah suka gila...nak buat macam mana...teruskanlah wahai rakyatku....terus ditipu...
Sepanjang pengamatan saya, kelihatan begitu banyak sampah-sampah masyarakat yang terdiri daripada kalangan kanak=kanak yang masih bersekolah. mungkin boleh juga dipanggil sebagai remaja bawah umur. Anak-anak muda makin rosak dengan pesta-pesta sebegini. Berpakaian ketat, seksi berjalan-jalan berlegar disekitar tempat pesta yang berpusat di tengah bandar itu serta hanya boleh diperhatikan oleh anggota-anggota penguatkuasa. nak tegur tak larat. Nak marah tak berani. itulah dilema yang melanda anggota penguatkuasa pada malam itu . biasanya lewat malam sebegini, remaja bawah umur akan ditanya mahu kemana dan disuruh pulang jika merayau-rayau tetapi pada malam ini hanya boleh berdiam diri sahaja memandangkan ini adalah kehendak orang atasan demi Yang Dipertuan.
Kami tiba di lokasi kira-kira jam 10 malam. Pesta sudah bermula. Turun sahaja daripada kenderaan kami, kedengaran sorakan dan jeritan yang semacam histeria menyambut dan meraikan pertabalan sultan itu. Kami menghampiri kawasan pesta yang sesak dengan masyarakat pelbagai bangsa itu. Begitu ramai peniaga cuba mengaut keuntungan pada malam ini. Pelbagai gerai menjual makanan, cenderamata dan permainan. rambang juga mata dibuatnya.
sehingga ke penghujung kawasan gerai-gerai, kami menghampiri kawasan penonton yang duduk di kawasan belakang. Amat mengejutkan kami!!!amat mengejutkan kami apabila kami dapati terdapat beberapa buah keluarga yang berkopiah ayahnya dan bertudung labuh ibunya tetapi sibuk mengangkut anak-anaknya yang masih kecil itu untuk menghadiri pesta seumpama itu. Sanggup bergerimis dalam hujan semata-mata mahu melihat bunga api dan konsert. Ini bukan finah atau tohmahan, tetapi ini adalah realiti yang saya saksikan sendiri dengan biji mata serta kepala yang menjadi saksi. Bayangkanlah, jika anak sekecil itu sudah diajar dengan pesta-pesta yang lagho lagi melalaikan sebegini, maka tidak hairanlah jika masyarakat muda Malaysia akan menjadi perosak negara pada masa akan datang.
Setiap beberapa langkah, kami akan berselisih dengan anak-anak muda yang sekecil usia sekolah rendah. berjalan berdua-duaan, berpimpin tangan, berpakaian menjolok mata dan paling menyakitkan ialah berjalan berpasangan sambil berpelukan. Dimana peranan ibu bapa? Jika inilah perkara 9 dalam perlembagaan yang cuba ditafsirkan, nescaya masyarakat Malaysia akan hancur punah dalam sedikit masa sahaja lagi. Istighfar...
Setelah puas merayau dalam gerimis hujan yang pasti akan semakin lebat ini, kami pun menghampiri pentas dan tempat duduk VIP. Di barisan hadapan. Kami berdiri di sebelah pentas. kelihatan para tetamu VIP dan VVIP begitu asyik mengamati setiap langkah tarian yang menjelikkan itu sedangkan nasib umat Islam yang dizalimi di negara sendiri tidak diambil peduli. Sungguh diskriminasi!!!
Sebelum menghampiri detik akhir pesta, bunga api yang kosnya ribuan ringgit itu sewenang-wenangnya dibakar. sudahlah bunyinya amat kuat sehingga berdesing gegendang telinga, disambut pula dengan sorakan dan jeritan histeria penonton yang semacam sudah gila. ah, hancur punahlah masyarakat kita menjelang Malaysia 2020.
STESEN KTM SEREMBAN - 11.40pM-12 ZULKAEDAH-31 OKTOBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment