Dalam mengimbau keghairahan para jemaah ke baitullahilharam, tiba-tiba mendapat pula panggilan dan mesej yang bertalu-talu masuk ke dalam telefon bimbit jenis LG. “Ustaz Ahmad Basri kini di ICU, koma, peluang untuk hidup 50-50.” Amat mengejutkan apabila mendengar dan membaca berita tersebut sedangkan Ustaz Ahmad Basri yang baru sahaja kami temui semasa menghantar jemaah ke persiapan haji di Kg Delek itu sihat-sihat sahaja. Tambahan lagi, beliau tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik dan serius seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Rupa-rupanya beliau terlibat dalam kemalangan di sebuah simpang di Kg Delek. Pelbagai cerita mengenai kejadian kemalangan itu diterima. Ada yang mengatakan begini dan ada yang mengatakan begitu.
Maka dataglah saksi dalam kalangan orang awam menceritakan perkara yang terjadi. Ustaz Ahmad Basri melanggar sebuah lori sampah besar yang belakang lori tersebut adalah besi padu. Mungkin ajal yang sudah tiba, penglihatannya tiba-tiba ditutup oleh Allah SWT. Masyaallah..hebat kuasa Allah. Akhirnya Ustaz Ahmad Basri rebah, menandakan satu kemalangan sedang menimpa pendakwah sepenuh masa itu. Ustaz terus dikejarkan ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah oleh orang awam. Sudah tentulah ustaz mendapat perhatian yang tinggi disitu dan segera menjadi tumpuan ramai kerana ustaz memang terkenal dengan sikap ikhlasnya dalam mengeluarkan pendapat dan kata-kata baik dalam perbualan biasa mahupun dalam tazkirah-tazkirahnya. Ustaz juga merupakan graduan universiti sama tempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz bergraduasi di Pakistan.
Hampir seminggu dalam wad rawatan rapi, Ustaz hanya bergantung pada mesin pembantu pernafasan. Namun, setelah perjalanan air terhenti, Ustaz Ahmad Basri telah disahkan kembali ke rahmatullah dengan bertemankan isteri tercinta dan anak serikandi Islam yang tunggal itu disisinya. Sekitar jam 2 petang 5 november 2009, jenazah Allahyarham selesai dikafan dan dibawa ke Masjid Nurul Amin yang hanya beberapa ratus meter sahaja dari rumahnya.
Amat kagum dan kaget apabila masjid yang mampu memuatkan 1000 jemaah dalam satu-satu masa itu penuh ibarat solat jumaat. Betapa ramainya anak murid Ustaz Ahmad Basri yang amat diminati ramai dek ceramahnya yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Tambahan lagi, Ustaz memang terkenal sebagai seorang penceramah yang kuat berkempen untuk perjuangan Islam dan PAS di Selangor. Hijjaz juga meletakkan Ustaz Ahmad Basri sebagai penceramah di suraunya. Ahli-ahli kumpulan Hijjaz sendiri sering membawa allahyarham makan dan minum di kedai kopi selepas selesai ustaz memberikan tazkirah di kawasan perumahan mereka. Tidak hairanlah sekiranya ahli kumpulan Hijjaz sanggup datang dari jauh semata-mata mahu melawat Allahyarham di Klang itu.
Ustaz Ahmad Basri juga dikenali oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Hassan Syukri yang juga merupakan bekas pengarah KOHILAL(sebuah anak syarikat dibawah PAS). Pemergian Ustaz diratapi ribuan manusia yang memenuhi kawasan dewan solat dan dataran serta perkarangan masjid. Turut kelihatan, pimpinan PAS kawasan-kawasan seperti PAS kawasan Klang, Shah Alam, Subang Jaya dan lain-lain lagi. Turut kelihatan juga golongan professional seperti Kapten Haji Alimin(kapten Pelabuhan Klang), Azlan Jan(pemilik Angkatan Edaran Enterprise yang juga merupakan kilang pencetak Harakah), Pembantu Peribadi ADUN Selat Klang, Shamsul Bahari(orang kanan balai bomba pelabuhan), kumpulan pelajar dan bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, pemimpin mahasiswa UITM,UMT, artis nasyid seperti HIJJAZ dan ramai lagi.
Ustaz Ahmad Basri dikenali oleh seluruh masyarakat Selangor dengan penampilan zuhud seorang ulama’ yang tidak pandai menunjukkan kekayaannya. Walaupun pendapatannya dan isteri lebih daripada RM 5000 sebulan tetapi beliau hanya menggunakan motosikal sahaja untuk bergerak kemana-mana. Kezuhudannya itu telah menarik minat golongan awam biasa untuk mendengar ceramahnya yang santai dan penuh dengan isi-isi yang menarik disamping jenaka yang menghibur dan memikat hati untuk mendekati Islam. Tambahan lagi, Ustaz Basri mahir dalam bahasa Urdu dan Hindustan. Hasilnya, berapa ramai wanita UMNO berjaya kembali ke wadah perjuangn Islam sebenar dalam PAS dan berapa ramai golongan professional telah membantu golongan pejuang Islam berwasilahkan PAS.
Hari ini(5 november), jenazahnya telah selamat disemadikan sebelum tiba asar. Allah telah menghantar ribuan tentera bernama manusia untuk mengiringi jenazah beliau yang hebat dan terkenal itu. Bukan sahaja terkenal didunia oleh ribuan insan tetapi juga terkenal di ‘arasy sebagai seorang pendakwah yang tidak pernah kenal erti tewas dalam perjuangan. Beliau sanggup mengenepikan sebarang jawatan dalam kerajaan hanya untuk menumpukan dakwahnya setiap kali selesai solat fardhu dimana-mana sahaja masjid, surau atau madrasah yang memanggilnya. Kehidupannya tidak terikat dengan mana-mana pihak yang pro-sekular.
Setiap kali musim pilihanraya, wajah beliau akan dilihat berada berdekatan pondok panas PAS. Menjaga keselamatan pondok disamping membantu perjalanan berkempen PAS. Pernah sekali, beliau bertekak dengan wanita UMNO yang mencaci maki PAS sebagai sebuah Parti Islam dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian laknat oleh wanita tersebut terhadap PAS. Ustaz Ahmad Basri dengan selamba dan tenang itu berjaya mematahkan segala hujjah wanita UMNO tersebut yang gila dan bahalol.
Apapun, pemergian Allahyarham benar-benar merupakan satu kehilangan besar buat seluruh insan di Selangor khususnya masyarakat masjid, surau dan madrasah yang sering mendengar ceramahnya. Moga Allah memeliharanya di barzakh dan akhirat serta membantu isterinya dan anak perempuannya yang satu itu mudah dalam menjalankan dakwah dan kerja seharian. Barakallahu’alaihum jami’an...
11/30/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment