11/22/09
KEJUTAN HASSAN KARIM
HASSAN KARIM kini bersama PR
Aduh!!! terkejut sungguh bila baca berita pasal pengeluaran Presiden PRM, sebuah parti yang pekat dengan semangat nasionalis yang tinggi dan setia teramat kepada perjuangannya. Memang logik sekiranya ada pihak yang amat hormat kepada ahli-ahli PRM atas dasar kesetiaan kepada perjuangan rakyat. Mereka ini tidak layu dek belantan, tidak bacul dek habuan. Mereka walaupun tidak berlandaskan Islam, tetapi mereka amat pegun dan tekun dalam memperjuangkan hak-hak mereka dan masyarakat. Saya bukanlah nak puji habis perjuangan PRM ini tetapi itulah realiti. Apapun, perjuangan yang berlandaskan Islam adalah yang terbaik dan terhebat dalam sejarah dunia.
Apabila melihat kepada keadaan PRM ketika ini, masih rasionalkah mereka berdiri atas paksi mereka yang minoriti itu? Apapun pendirian mereka, kita hormati. Sekurang-kurangnya mereka berlawan dalam keadaan bermaruah. Apapun tahniah kepada Hassan Karim bekas presiden PRM, kerana sudi bergabung dengan perjuangan Islam bawah ikatan satu pakatan. Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment