Dalam tempoh yang hanya tinggal seketika sahaja lagi untuk menemui zulhijjah, kelihatan berpusu-pusu jemaah haji Malaysia yang bersiap-siaga ke medan baitullah untuk melaksanakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Para bakal hujjaj(semoga Allah memabrurkan mereka) bukan main lagi dengan persediaan yang rapi dan mewah dalam mempersiapkan diri mereka ke tanah suci itu. Dalam meraikan para jemaah haji ini, ada sedikit konsep yang perlu kita perbetulkan disini. Apabila tiba sahaja setiap kali musim haji, pasti ramai yang menangis dek pemergian sanak saudara atau ahli keluarga mereka ke baitullahilharam itu. Saya, tegas tidak bersetuju dengan perkara ini!
Pemergian bakal hujjaj itu semuanya patut diraikan dengan senyuman dan pembakar semangat jihad dan juang yang tinggi. Semangat ibadah perlu disemai. Bukannya semangat tangisan. Apabila menangis, seolah-olah kita tidak meredhai mereka untuk menghadap Allah SWT di tanah haram itu. Sedang Allah amat meraikan mereka yang datang ke rumah Allah yang paling agung itu tetapi kita pula menangisi jemputan Allah itu. Jemaah haji mahupun sanak saudara mereka sepatutnya gembira kerana mereka telah dijemput oleh Allah dan bakal dimakbulkan doa-doa mereka serta mereka bakal terlepas daripada tanggungjawab taklifi. Mereka sudah melepasi satu daripada rukun Islam yang penting itu.
jemaah haji sepatutnya ditiupkan ruh perjuangan dan kegembiraan menjadi tetamu Allah bukannya ditiup ruh kesedihan kerana tinggalkan hal-hal duniawi...
Satu lagi ialah, untuk apa kita tangisi pemergian mereka untuk menunaikan haji itu sedangkan kita sepatutnya menangisi diri kita ini yang belum pasti mendapat syurga kerana masih tidak menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu? Sekurang-kurangnya orang yang berpemergian haji itu lebih besar kemungkinan untuk mendapat syurga kerana jihad mereka yang tinggi dalam menunaikan haji itu tetapi kita? Bagaimana jihad kita? Sanggup tinggal anak-anak? Sanggup tinggal kerja? Sanggup tinggal hiburan dunia?
Jemaah haji sepatutnya kita raikan dengan kata-kata semangat untuk menguatkan lagi jiwa mereka itu supaya tunduk kepada Allah dan sabar dengan ujian disana. Jemaah haji juga perlu kita raikan dengan senyuman agar mereka tidak sedih sepanjang perjalanan dan tidak kesal akan pengorbanan mereka meninggalkan keluarga dan harta di Malaysia. Pada zaman Rasulullah, kali pertama umat Islam masuk secara ramai-ramai ke bumi Kaabah itu, Rasulullah dan para sahabat menembusi Mekah dengan slogan-slogan jihad, kata-kata semangat dan rasa gembira kerana mereka telah berjaya memenuhi jemputan allah SWT. Justeru, tidak ada rasionalnya jika kita bertangisan disini mengenangkan mereka disana yang sudah pasti(insyaallah) mendapat seribu satu ganjaran yang hebat dan moga-moga kita dapat merasai tempiasnya dalam doa-doa mereka yang makbul itu. Insyaallah...
So...NO CRY FOR HUJJAJ...LET’S SMILES FOR MABRUREEN...
HENTIKAN TANGISAN MERAIKAN JEMAAH...BANGKITKAN SEMANGAT MEREKA DALAM BERIBADAH!!!
11/30/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment