11/2/09
APA SALAH DR ASRI???
DR ASRI KETIKA DITAHAN
DR ASRI DIHADAPAN MAHKAMAH
tindakan biadab anggota polis dan JAIS menahan seorang ulama' di Selangor baru-baru ini benar-benar menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya ummat Islam. dalam suasana masyarakat yang jahil hari ini, betapa pentingnya seorang ulama' muda yang amat lantang dan berani bersuara dan berbicara dalam sesebuah komuniti masyarakat Islam. beliau bukannya bercakap kosong tetapi berlandaskan Quran dan Sunnah. segala hujjahnya amat kuat dan diterima pakai para ulama' dunia.
betapa bodohnya pihak JAIS dan jahilnya pihak polis dalam isu ini. Polis ada kelulusankan dalam bidang syariah atau usuluddin untuk menilai seseorang itu sesat atau tidak? Beliau(DR ASRI) telah mendapat PHD dalam bidang-bidang itu sedangkan pihak polis dan JAIS hanya paling tinggi pun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda. inilah hakikat layanan orang yang kurang ilmu terhadap orang yang tinggi ilmu. golongan yang kurang ilmu ini patutnya lebih bersopan dan bertanggungjawab dalam melayan orang yang lebih banyak ilmunya. namun, apa yang berlaku kepada Dr Asri malam itu ibarat beliau ini seorang penjenayah yang berbahaya sehingga memerlukan kukuatan lebih 20 anggota polis dan anggota JAIS.
Penangkapan Dr Asri ini khabarnya berkait rapat dengan isu politik semasa. Dr Asri dilihat cenderung untukbersama PAS kebelakangan ini dan dianggap sebagai ancaman oleh kerajaan BN. kerajaan BN bimbang jika seorang lagi bekas mufti akan berjuang bersama PAS dan ini akan mengukuhkan lagi perjuangan parti islam itu dalam usahanya menjatuhkan kerajaan sekular ini. BN juga bimbang dengan pengaruh Dr Asri itu akan menggugat kestabilan parti UMNO yang ahlinya ramai yang menyanjungi Dr Asri. sebagai penutup mata, Dr Asri ditawar jawatan pengerusi YADIM namun atas dasar iman dan taqwa serta perjuangan, Dr Asri menolak demi kebebasan perjuangannya bersama rakyat dalam menegakkan syiar dan menangkis segala usaha jahat BN.
masyarakat islam di malaysia semakin menghormati, menyanjungi dan menyayangi Dr Asri sebagai seorang ulama' yang membawa perubahan kepada aqidah umat Islam di Malaysia. Asri terkenal dengan "bahtera perubahan" dalam rancangan Astro Oasis yang jumlah penontonnya semakin meningkat kini. Asri dilihat dapat memperbetul aqidah ummah dengan menekankan bahawa islam bukan agama yang beban melampau. islam itu mudah dan tiada susah didalamnya. Atas dasar ini, masyarakat malaysia semakin mudah menerima islam dan berminat terhadap ceramah-ceramahnya yang penuh dengan semangat dan perjuangan itu.
dalam populariti Asri yang semakin menjulang itu, muncul pula "syaitan" yang menyibuk memporak-perandakan keadaan. sudahlah kes-kes syariah di mahkamah masih belum selesai, mereka tambah pula dengan masalah baru yang mereka sendiri timbulkan. itulah golongan Persatuan Peguam Syariah Malaysia yang amat kabut itu. mereka cuba menuduh Dr Asri sebagai penghina ulama', sesat dan sebagainya sedangkan mereka tiada bukti. memorandum pun dihantarlah entah apa-apa kepada Yang Dipertuan Agong. alhamdulillah YDPA tidak melayan karenah orang kurang bijak daripada persatuan Peguam Syariah ini.
dengan tenang dan tabah, Dr Asri mengajak mereka berhujjah dan bawakan bukti-bukti bagi dakwaan mereka. namun, peguam-peguam yang berlagak handal ini gagal dan kecut untuk berhadapan dengan Dr Asri. bila dah buat salah, pastilah akan rasa takut dan kemudian cuba melapik dengan perkara lain. samalah macam kerajaan pusat kita. bila dah salah dan kalah, mereka gunakan jentera kerajaan seperti polis, SPR, dan sebagainya untuk berhadapan dengan PR.
apapun, kita terus berdoa dan berharap agar Dr Asri bebas daripada sebarang tohmahan dan fitnah supaya kerja-kerja dakwah dapat diteruskan seperti sedia kala. kita juga doa...moga Allah menurunkan bala dan laknat keatas golongan yang memfitnah ulama' besar seperti Dr Asri ini. laknatullahu'alaihum
dicatat melalui idea bersama pelajar undang-undang syariah KUIM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment