11/22/09

PERMINTAAN TIDAK BERMORAL...


DR ASRI dilihat lebih cenderung kepada PAS dan banyak membantu dalam fatwa-fatwanya yang rasional.


harussani dilihat sebagai penentang kuat PAS sejak dahulu lagi dan pernah menghina PAS atas dasar PAS membenarkan politik di masjid selaras dengan kehendak Nabi SAW.








Sungguh bodoh lagi malang melihat karenah paling bangang seorang penyokong PAS yang kaki HARAKAH ketika saya membaca surat pembaca secara online di HARAKAHDAILY.NET. Paling memalukan ialah, beliau sendiri mengiktiraf ulama' UMNO yang memang sudah jelas mahu menjatuhkan Dr Asri kerana Asri dilihat amat hampir kepada PAS selain daripada teguran lantang Asri terhadap para mufti satu masa dahulu. Teringat satu ketika, satu semacam perdebatan antara Asri dan Harussani. memang jelas sifat kepimpinan dan semangat juang Asri yang tinggi dalam mempertahankan hujjah-hujjahnya mengenai hukum fiqh.

namun, selepas itu, apabila Asri dilihat sebagai juara, para mufti ini pun sibuk mengkategorikan Asri sebagai itu dan ini sedangkan Asri adalah seorang yang paling jujur dan murni sifatnya berbanding mufti lain. Mufti perak itu sendiri pernah mengkritik PAS dan perjuangan PAS satu masa dahulu iaitu mengenai politik di masjid. sungguh cakna kritikannya kepada PAS dahulu. akan tetapi, ahli PAS masih ada lagi yang bermatian berkehandakkan mufti pekat UMNO dan pro kerajaan itu. hmm...tak tahu lah.

dalam ulasan pembaca harakah itu lagi, ia menggesa supaya HARAKAH menyiarkan berita yang tidak baik mengenai Dr Asri. Apa jenis manusia lah insan tersebut. bawak lah bertaubat. Ilmu awak bukannya setinggi Dr Asri. Awak hanya lulusan SPM. tolonglah hormati golongan berilmu dan ahli Islam.

Harapnya, Harakah tidak termakan pujukan pembaca tersebut yang cuba menjadikan Harakah sebagai proksi untuk menghina golongan ulama' khususnya ulama' agung seperti Asri. wallahuaklam.

No comments: