11/18/09

PEGUAM; SEBELAH KAKI KE NERAKA?

Dalam suasana Islam sedang dipandang serong oleh masyarakat jahil dan masyarakat kafir, amat perlu sekali kita menunjukkan sikap yang baik dan terpuji kepada mereka. Tambahan pula, kita juga perlu menunjukkan bahawa Islam itu tidak pernah menyekat cita-cita dunia mana-mana pihak untuk menikmati apa sahaja keindahan dunia selagi tidak bercanggah dengan ad-Deen. Penting bagi kita juga untuk menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang mudah, tidak menyusahkan dan tidak memeritkan pelaksanaannya. kehidupan sebagai seorang Muslim itu adalah kehidupan yang penuh dengan ketenangan. Quran telah Allah sediakan untuk diamal dan dihafaz sebagai satu jalan untuk menenangkan jiwa.

Dalam mengamalkan cara hidup Islam, terdapat sesetengah golongan yang boleh saya katakan sebagai jumud dan tidak memahami nas secara betul. ini berkaitan kerjaya. ada pihak yang cuba mendakwa bahawa Islam melarang kerjaya sebagai seorang peguam. Peguam, merupakan satu kerjaya yang meletakkan sebelah kaki ke neraka. Itulah dakwaan sesetengah pihak, guru-guru pondok, atau ustaz-ustaz yang tidak membahaskan kerjaya ini mengikut perspektif Islam yang sebenar-benarnya. Mereka hanya bercakap berlandaskan emosi dan kejahilan mereka dalam bidang "qanun fil Islam".

Undang-undang adalah sebati dengan jiwa manusia. Undang-undang mengehadkan kebebasan seseorang. Dalam Islam pula, undang-undang mengajar dan mentarbiah manusia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama serta mendidik manusia supaya beriman kepada Allah. Apakah undang-undang awam sivil yang sekular ini termasuk dalam undang-undang Islam? Jawapannya sudah tentu sekali TIDAK. Jika tidak, mengapa begitu ramai golongan pro-Islam dan faham Islam sibuk mengejar kerjaya ini? Malahan ada yang kaya raya dan amat pakar dalam bidang ini?

Disini, saya suka menerangkan bahawa, betapa pentingnya bagi seseorang Muslim untuk menguasai segala bidang ilmu yang ada di atas muka bumi ini. Selagi tidak dilarang oleh Allah, maka fardhu kifayahlah hukumnya. Umat Islam perlu ada ramai yang mahir dengan bidang perundangan sekular Barat ini kerana kondisi kita didalam sebuah negara yang sekular ini adalah berdasarkan perundangan sekular. Amat sukar untuk kita harung sebuah bahtera kehidupan dalam sebuah negara yang sekular ini jika kita gagal memahami sistem pemerintahannya. Justeru, adalah penting sangat buat sebahagian daripada kita untuk menguasai bidang ini.

Golongan yang pro-Islam yang menguasai bidang ini amat diperlukan kerana hanya dengan cara ini sahaja kita boleh membela dan melawan dasar-dasar kotor dan jijik pihak tertentu yang cuba mencabar maruah kita. Kita tidak bersenjata. Kita hanya ada kalimah dan pena. Sistem demokrasi Barat ini hanya membenarkan kita menjadi begini. Inilah semaksimum penentangan yang boleh kita luahkan. Namun, dalam bidang sekular ini, Alhamdulillah majoriti hakim-hakim yang bertugas dapat mengadili berlandaskan sistem yang betul. bermakna, fakta-fakta dalam sistem perundangan barat ini tidak dimanipulasi dengan lebih teruk walaupun terdapat segelintir hakim yang menjadi "orang suruhan" BN. banyak kes yang telah kita menang demi Islam dan perjuangan siasahnya di malaysia.

Apakah membela pejuang Islam dengan cara berhujjah berdasarkan perundangan sekular ini haram? Jelas sekali TIDAK. Sedangkan Nabi SAW pernah mengatakan bahawa iman seseorang itu tidak akan terbatal sekiranya dia terpaksa menyatakan keimanannya kepada yang lain sedangkan hatinya tidak redha untuk beriman kepada sesiapa melainkan Allah dan sedang dirinya itu dalam ugutan untuk dibunuh atau seumpamanya. Apakan pula kita yang kuat menyatakan iman kita hanya kepada Allah dan hanya berlawan menggunakan undang-undang ciptaan manusia sekular ini sahaja iman kita terbatal? tentunya TIDAK!

Satu perkara lagi ialah, apabila kita menunjukkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa kita menolak kerjaya guaman ini, pastinya akan ditafsir mereka bahawa Islam itu tidak komprehensif sedangkan Islam itu sifatnya menyeluruh dan komprehensif. Justeru, ilmu sekular mana sekalipun selagi tidak menafikan keimanan kita kepada Allah adalah fardhu kifayah hukumnya untuk kita kuasai. Hanya setelah kita berjaya menguasai pentadbiran negara, barulah kita boleh hapuskan sistem sekular ini kerana kita sedang berada dibawahnya. Melalui pilihanraya nanti, barulah kita boleh menukar sistem perundangan sekular ini kepada sistem perundangan Islam secara total. itupun kalau berjaya kuasai 2 per 3 suara dewan. Jadi, apa lagi? ubahlah kepada kerajaan dibawah ulama'.

Justeru, menguasai bidang perundangan sekular ini adalah amat penting bagi pejuang-pejuang Islam asalkan aqidah kita masih diatas landasanNya memandangkan kita akan kalah teruk sekiranya gagal melawan dengan mereka(kafir dan fasik) ini. kita boleh melawan dengan cara kita(perundangan islam) tetapi masa masih belum mengizinkan. Kita perlu tumbangkan mereka dahulu dengan cara mereka dan kemudian apabila telah berjaya menguasai negara, kita akan bergerak dengan cara kita dan melaksanakan perundangan kita(Islam) sepenuhnya setelah berjaya menguasai 2 per 3 dewan. Allahuakbar!!!




hasil hujjah peguam vs pondok...
UiTM.

No comments: