Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan perbalahan dalaman dalam Parti PAS dan Kerajaan Iran. Izinkan saya memfokus kepada isu dalam PAS ini terlebih dahulu.
Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi-Nabi Allah dan seluruh ahlul bait. Kenangan memoir luka Karbala akan terus menjadikan langit bumi merah dan merahlah segala tanah di karbala dengan darah yang tidak akan dapat dibayar.
Saudaraku seagama,
Wartawan memang sudah diajar untuk memprovokosi dan ditambah pula dengan ketua pengarang bagi setiap media yang bertanggungjawab memaparkan isu-isu yang kontroversi agar laris perniagaan mereka masing-masing. Jadi, wartawan tiada salahnya dalam isu “kerajaan perpaduan”. Yang salah ialah ketua pengarang atau orang yang bertanggungjawab dalam membuat berita mengenai isu ini di media massa mahupun elektronik. Mereka inilah “syaitan akbar” yang memecahbelahkan gerakan islam seperti PAS di Malaysia ini.
Namun, dalam meneliti kesalahan Syaitan Akbar tadi, ulama’ agung dalam PAS itu sendirilah juga yang antara paling banyak mencipta segala macam kesalahan dalam gerakan islam itu sendiri. Nik Aziz, walaupun dikira sebagai seorang Mursyidul ‘Am yang disanjungi, akan tetapi sikapnya dan perangainya banyak yang telah menimbulkan kekecewaan ahli PAS dan pemimpin PAS. Ini bukan kali pertama.
Teringat saya ketika Allahyarham Ustaz Haji Fadzil Noor menjadi presiden PAS. Ada satu isu yang dimainkan media mengenai masalah dalam PAS. Ketika itu, Allahyarham sendiri menegur kesilapan Nik Aziz yang terlalu melayan para wartawan sehingga menjawab merapu-rapu dan memberi impak negatif kepada PAS serta boleh memecahbelahkan PAS.
Sesungguhnya, Allahyarham tiada tolok bandingnya. Ustaz Hadi tidaklah setanding Haji Fadzil kerana Hadi terlalu memberi muka kepada golongan “erdogan” sehingga meminggirkan ulama’.
Berkaitan dengan isu tuan guru Nik Aziz menyuruh Ustaz Nasarudin mengundur diri adalah tidak patut sama sekali. Tuan guru tiada hak untuk membantah pilihan rakyat. Pilihan ahli PAS itu sendiri. Sepatutnya tuan guru perlu memanggil Ustaz Nasa untuk berbincang sepertimana yang dilakukan oleh Ayatullah Ali Khameini di Iran.
Mana kredibiliti seorang mursyidul ‘am? Sepatutnya masalah dalaman Pas tidak perlulah dihebah-hebohkan dalam media. Memalukan!!!tak malukah seorang ulama’ buat begitu? Tuan guru nik Aziz dan Husam Musa sama sahaja. Masing-masing mahukan populariti seperti Ustaz Nasa. Ustaz Nasa tidak pernah melalut melayan provokasi media tetapi Husam dan Nik Aziz macam anak beranak yang suka keluarkan muka di akhbar-akhbar dan televisyen. Ikhlaskah kamu berjuang wahai mursyidul ‘am dan Husam?
Saya bimbang. Saya bimbang sekiranya Nik Aziz sudah mula lari dari kaedah perjuangan Islam. Lihat sahaja kes Mawi. Lihat sahaja kes Ibrahim Ali. Sepatutnya tuan guru mengarahkan Ibrahim Ali yang meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen di Kelantan kerana jelas Ibrahim Ali sudah melencong tetapi Nasarudin Mat isa yang selalu mengkritik UMNO pula disuruh letak jawatan.
Tuan guru…tuan guru…sesungghunya UMNO dan BN bergelak ketawa apabila melihat tuan guru melalut di media massa berkaitan isu Ustaz Nasa. Tak perlulah tuan guru menambahkan luka dalam PAS. Malukan parti semata-mata. Kami menyayangi tuan guru. Maka tuan guru jangan melukakan kami.
Ustaz Nasarudin dalam pengamatan saya bukanlah seorang yang suka pada UMNO. Saya sering menghadiri ceramahnya yang dalam tempoh terdekat ini. Beliau langsung tidak pernah memuja-muji UMNO dan beliau sering dalam ceramahnya sehingga kini mengutuk dan menyatakan kesalahan UMNO.
Mengapa pula orang seperti ini mahu DICANTAS oleh Mursyidul ‘Am? Pelik…pelik…
7/7/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam,... saya amat mengagumi tuan berdasarkan hujjah yang disampaikan.. amat mendalam dan terperinci..cume saya dapat mengesan sedikit kelompangan di dalam artikel tuan di atas,.. saya ingin memberi sedikit komen.. harap di ambil perhatian, kita sedia maklum bahawa setiap manusia di cipltakan berbeza-beza rupa, watak dan perwatakan. begitu juga dengan pendapat mengenai sesuatu isu... jika kita berada di suatu pihak @ lebih lagi sebagai penyokong kuat, tentu sahaja kita akan mempertahankan jemaah kita kan.. saya nampak tuan pun begitu juga... tidak ada manusia yang betul2 sempurna dari sagla hal;.. jika buat silap, lebih elok di tegur lebih2 lagi secara berhadapan. itu menunjukkan kebenaran dan keberanian kita.. tapi jika hanyatahu mengkritik tanpa idea yang bernas untuk di sampaikan bukakah itu seperti "pandai cakap tapi tak pandai buat kerja".. adakah ayatullah ali khameini saja yang berkaliber pada pandangan kamu.. jangan menolak pandangan yang benar sekalipun mereka adakah musuh kamu jika mereka tidak berniat jahat.. pasal tabligh, saya rasa jemaah mereka tidak sesat selagimane mereka masih berpandu pada Al-Quran dan hadith2, cume ada kekurangan beberapa perkara dalam jemaah mereka... bersambung di lain mase,...
tidak dinafikan bahawa manusia itu diciptakan berbeda-beda. namun begitu, khilaf dalam bidang fiqh siasah tidak dapat wujud. adapun khilaf adalah dalam bidang fiqh ibadah dan lainnya. dalam buku Syeikh Mustafa Masyhur, seorang ulama' IKHWAN, beliau mengatakan bahawa, perjuangan bersifat juz'iyyah adalah dilarang. antara contoh perjuangan juz'iyyah di negaranya Mesir ialah Tabligh dan tarikt-tarikat. Hal ini juga adalah berulang kali disebut dan diingatkan oleh Majlis Gerakan Islam Sedunia.
untuk pengetahuan tuan, setiap tahun, kita ade sekurang-kurangnya 2 kali Ijtimak Gerakan Islam. Saya ulang, Ijtamak Gerakan Islam dan bukannya Ijtimak Tabligh. Mengapa perlu tabligh muncul dengan ijtimaknya sendiri setelah adanya ijtimak gerakan islam sedunia? maka hal inilah yang sering diberi peringatan terhadap umat Islam bahawa, wujudnya gerakan-gerakan yang cuba menjadikan kesatuan gerakan Islam ini serpihan. satu lagi persoalan saya kepada tuan ialah, mengapa Tabligh tidak hadir ke ijtimak gerakan islam sedunia? apakah kerana keras kepala pemimpinnya itu ataupun gila sangat nak jadi ketua? tuan fikir-fikirkanlah. segala huraian dan penjelasan dari sudut fiqh siasah telah saya jawab dalam post-post saya sebelum ini.
Berkenaan dengan Ayatullah Ali Khomeini, apakah tuan cuba menuduh saya terlalu fanatik akan dirinya? ternyata tuan gagal memahami ayat. Saya merupakan pendokong PAS dan saya cuba mengambil iktibar dan pengajaran daripada pemimpin gerakan lain untuk menegur pemimpin saya. jadi, dimana ketaksuban yang tuan maksudkan itu? Jemaah saya ialah PAS. Saya juga akui bahawa memang saya bermatian hendak mempertahankan jemaah saya kerana itulah yang sepatutnya dalam fiqh siasah. Siapa yang tidak mempertahankan jemaah pasti dianggap belot dan cara saya untuk mempertahankan jemaah saya adalah dengan menegur mana-mana pemimpin yang tersilap dan apakah salah kiranya saya membandingkan Ayatullah Ali dengan Tuan Guru sedangkan kami datang dari rumpun gerakan Islam yang sama. Bukan seperti tabligh yang entah mana dasar perjuangannya.
Satu lagi ialah, siapa kata perjuangan tabligh berlandaskan Quran dan hadis? Apakah Allah menyuruh kita untuk tidak masuk campur dalam hal kenegaraan? nah, Tabligh sebenarnya adalah perjuangan yang bertentangan dengan Quran dan Hadis. lihat post-post saya berkenaan tabligh. Bukan saya benci tetapi saya sedih mengenai gerakan palsu yang telah berjaya merosak ribuan manusia ini.
Post a Comment