Kehilangan seorang pemimpin kanan IKHWAN dan satu bintang yang berkerlipan di langit dunia merupakan satu kehilangan besar buat gerakan Islam sejagat. Buku-buku karangannya yang menjadi panduan kepada kepimpinan Islam dan menjadi silibus-silibus usrah khususnya PAS di Malaysia ini akan terus menjadi tradisi dan sebagai kenangan yang membuktikan kesinambungan perjuangan Allahyarham yang bakal disambung oleh anak-anak muda yang sedang melalui proses-proses tarbiah ini.
Jika kerajaan Mesir merupakan penghalang utama di Mesir, maka apa kurangnya penghalang besar di Malaysia ini iaitu kerajaan Malaysia. Maka iqrar para pemuda Islam hari ini untuk bersama dengan para pejuang Islam pasti akan tertunai satu hari nanti. Yang nasionalis akan tumbang, yang sekularis akan tumbang, yang komunis juga akan tumbang, maka yang tinggal untuk berjuang di bumi Allah ini hanyalah Islam. TAKBIR!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment