7/7/09

FAKTA A.AZIZ DERAMAN

Sebagai menyinambungi tulisan saya mengenai Ujang, dalam Sinar Harian juga, tulisan A. Aziz Deraman membuatkan saya berasa begitu mantap dalam terus menyokong dan mendokong GMP dalam usaha mereka mendaulatkan bahasa ibunda.

Pada 7 mei 09 juga, Aziz Deraman ada menulis satu artikel yang secara tegasnya beliau menyatakan “BAHASA DAN BANGSA SAMA PENTING”, “PUNAH BAHASA, PUPUSLAH BANGSA”.

Ayat-ayat ini sudah jelas menunjukkan kepentingan bahasa yang bermartabat dan berdaulat dalam sesebuah negara. Apa guna negara Bumiputera tetapi bahasanya bermartabatkan bahasa penjajah!

Atas sebab inilah, 25 persatuan guru iaitu 350000 orang guru menandatangani petisyen bagi membantah pelaksanaan PPSMI. Malahan, golongan professional daripada UKM, PLM, PEMBINA dan sebagainya juga turut serta dalam membantah tindakan kerajaan yang tidak berdemokrasi ini. kerajaan yang tidak mendengar suara rakyat!!!

Professional dan ahli akademik telah membuat kajian, tetapi langsung tidak dihiraukan oleh kerajaan. Jadi…jom tukar kerajaan!!!

No comments: