7/23/09

PADAH BUAT NIK AZIZ DAN PAS???!!!

Pilihanraya Manek Urai menyaksikan satu kejutan hebat yang dicipta oleh UMNO dan BN kerana berjaya mematahkan majoriti PAS. Sekalipun PAS berjaya dengan majoroti 65 undi, namun hakikatnya, UMNO juga telah berjaya dalam usaha mereka menyaingi PAS di Kelantan.

Pastinya ramai tertanya-tanya dalam gelombang kebangkitan rakyat yang meluat dengan kerajaan BN, tetapi mengapa BN masih boleh mendapat undi yang agak banyak itu? Jawapannya mudah. Walaupun UMNO dalam kebencian rakyat pada hari ini namun, PAS juga tidak ketinggalan dalam kebencian rakyat malahan ahli-ahli dan para penyokongnya sendiri. Manek Urai berjaya membuktikan bahawa penyokong-penyokong PAS hari ini sudah meluat melihat, menonton dan loya mendengar cerita-cerita panas yang ditimbulkan oleh pemimpin PAS itu sendiri khususnya di Kelantan. Dari Mursyidul ‘amnya hinggalah ke naib presidennya. Masing-masing gemarkan populariti di kaca televisyen.

Husan Musa, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan, diremeh-temehkan orang kerana sikapnya yang gila kuasa dan popularity sehingga sanggup membuka pekung PAS di kaca TV. Nik Aziz pula dimeluati ramai kerana terlalu mempercayai TV daripada rakan jemaah sendiri. Sebab itulah semasa Allahyarham Hj Fadzil Noor menjadi presiden PAS, beliau sering menasihatkan Nik Aziz supaya jangan terlalu layan para wartawan. “pok pek…pok pek…” menurut allahyarham yang cuba menggambarkan perilaku Nik Aziz ketika satu masa dahulu.

Apa yang saya pelikkan mengenai Husam Musa ialah, beliau merupakan anak jati usrah HI semasa di UM dulu. Akan tetapi, sikap dan akhlaknya itu langsung tidak menampakkan beliau seperti lepasan graduan usrah HI. Apakah beliau sudah lupa konsep sirr wa hazarr yang amat asas bagi menjaga kepentingan tanzim? Sekiranya berlaku apa-apa masalah dalam jamaah, tak perlulah dihebah-hebohkan dalam TV3 dan sebagainya. Ini tidak, hanya kerana percaya kepada satu sumber yang entah datang dari mana, dia pun terus buat kenyataan yang dia mahu menentang seorang ulama’(ust Nasarudin) dalam pemilihan. Siap bagitau yang Nasarudin merupakan terlalu liberal dengan UMNO. Apa punya pemimpin la Husam ni. Betul-betul memalukan budak UM je.

Apapun, Manek Urai berjaya memberi pengajaran kepada Tn Guru Nik Aziz supaya selepas ini janganlah asik melatah sahaja. Solat hajat banyak-banyak pun belum tentu diterima sekiranya suka percaya kepada sumber berita musuh. Asyik kutuk pemimpin bawahan suka kat UMNO, nanti tiba-tiba pula anak sendiri yang masuk UMNO. Hehehe

Salam sejahtera buat mursyidul ‘am yang sudah lama berkuasa itu. Bila nak beri peluang kat orang lain?

Dikarang oleh: pencinta tuan guru.

No comments: