Sabagai menyinambungi artikel saya yang lalu(BUKAN CARA ISLAM), saya berasa terpanggil untuk menghuraikan dengan lebih jelas tentang mengapa remaja dan belia di kampus tidak mahu mengundi gerakan PRO MAHASISWA dalam pilihanraya kampus. Saya sempat meninjau golongan-golongan Islamis di Masjid UM, UKM dan UPM yang kita maklum bahawa, di ketiga-tiga kampus ini PROMAHASISWA kalah dengan agak aib. Sepatutunya, di UM dan UKM, PRO MAHASISWA boleh menang dengan mudah memandangkan kedua-dua kampus ini memang sudah banyak melahirkan pejuang-pejuang PAS yang kini berkhidmat untuk rakyat.
Apapun persoalannya mengenai kegagalan ini, jawapannya sudah pasti bermula dari pengkaderan ahli diperingkat mahasiswa atau pelajar. Ada yang sudah dikader semasa sekolah menengah dan ada juga yang dikader ketika di kampus.
Mungkin pengkaderan di sekolah masih perlahan dan tidak kerap serta tidak semantap di kampus. Di kampus, tidak kiralah sama ada matrikulasi, asasi, atau kampus induk sesebuah universiti atau kolej, pengkaderan mungkin agak hebat dan lebih mudah untuk mendekati serta mengenali ahli-ahli yang bakal dikader itu. Pergerakan di kampus juga adalah jauh lebih mudah dan lebih bebas berbanding di sekolah yang mempunyai masa-
masa tertentu untuk melawat dan keluasan yang terbatas.
Soalnya disini, ketika pengkaderan, semua anak-anak muda yang baru dikader tadi amat tertarik ketika berjaya “ditawan” oleh si pengkader-pengkader. Adik-adik kita pastinya amat berbangga apabila dapat bersama dengan senior dan berkenal erat dengan senior-senior. Malangnya, si senior inilah yang menjadi punca kepada larinya adik-adik yang benar-benar mahu perjuangkan Islam tadi.
Tanpa bekalan ukhuwah yang mantap, tanpa asas-asas Islam yang lengkap dan tanpa bekalan ilmu perjuangan, adik-adik yang masih baru ini tiba-tiba sahaja “ditarbiah” dengan ujian kekuatan rohani dalaman. Mengapa para senior perlu tergesa-gesa dengan ujian ini sedangkan mereka belum mentarbiah dan memberi ilmu kepada adik-adik ini? maka inilah puncanya hilang minat muda-mudi untuk menyertai jemaah Islam. Adapun yang terlibat hanyalah ibarat melepaskan batuk di tangga atau bila diketuk baru terngadah.
Hmm..entahlah. bagaimanalah baru kita dapat memberi kefahaman kepada golongan pelapis muda dari kalangan junior kita ini sekiranya para senior masih bersikap “gila babi” dan “babi buta” seperti sebelum-sebelum ini?
Maka itu saya seru!!!fikir-fikirkanlah mengapa JIM ahli-ahlinya amat setia kepadanya ketika di kampus. KAJILAH!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment