7/7/09

PELAJAR ISLAMIS JANGAN LEKA DI KAMPUS!!!

Salawat ke atas Nabi Junjungan Mulia Muhammad SAW dan salam ke atas ahlul bayt
yang akan sentiasa dikenang. Salam ke atas pemimpin revolusi Islam Iran Ayatullah Ruhullah Khomeini dan salam kepada Presiden Mahmud Ahmadinejad yang akan senantiasa dihormati dunia.

Baru-baru ini sempat saya meninjau Minggu Haluan Siswa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka. Pada pemikiran saya, sudah tentunya suasana di kolej ini teramat Islamik memandangkan ada nama “Islam” di situ. Namun, setelah pengamatan demi pengamatan, pelbagai kemaksiatan didalamnya khususnya dalam program Haluan Siswa itu sendiri.

Seawal subuh, semua pelajar diwajibkan ke Masjid bagi menunaikan solat Subuh berjamaah namun, sebaik sahaja menghadap Allah, kesemua pelajar ini diwajibkan pula menari dan berjoget dengan diiringi muzik-muzik yang melalaikan lagi dengan suasana percampuran yang teramat bebas.

Persoalannya, dimanakah Majlis Perwakilan Pelajar dan Hal Ehwal Pelajar? Masih tidur di pagi hari? Tak solat subuh lagi? Atau mahu menjamah sarapan terlebih dahulu? Amat terkejut para pelajar pro Islam disitu apabila mereka diwajibkan menari sama dan berjoget sama dengan percampuran lelaki dan perempuan.

Maka pada ketika itu, ramailah pelajar yang mencipta pelbagai alasan untuk mengelak daripada terlibat dengan program maksiat seawal jam 7 pagi itu. Ada yang mengadu sakit, ada yang mengadu ini dan itu. Sesungguhnya, merekalah dari kalangan orang yang beriman dan beramal soleh kerana cuba melarikan diri daripada maksiat.

Saudaraku seagama dari Syiah mahupun Sunnah,

Mari kita renung kembali, mengapa terjadinya hal seperti ini? tak lain tak bukan adalah kerana kesekularan pihak pentadbiran dan pengurusan kolej itu sendiri dan juga ditambah pula dengan kebengapan ahli MPP itu sendiri. Salah siapa? Sudah tentu salah yang sekular namun, yang Islamisnya juga turut salah berganda! Mengapa?

Kerana mereka hanya membiarkan “kerajaan” di dalam kolej itu terus dikuasai oleh golongan sekular dan Islam Liberal. Ketika pilihanraya, golongan islamis mendiamkan diri. Maka itulah, golongan sekular terus berkuasa dan berbuat maksiat dan kejahatan dalam kawasan sebuah kolej universiti Islam!

Dari sini sahaja, sudah cukup rasanya untuk saya mengingatkan rakan siswa siswi yang pro Islam dan prihatin terhadap Islam supaya jangan leka daripada tanggungjawab kepimpinan. Sertai pilihanraya kampus dan jangan biarkan kampus anda ditawan oleh makhluk munafik yang mencemar institusi Islam. Amat malulah saya dan kita semua kepada warga asing yang datang dari jauh seperti Kemboja, Thailand dan sebagainya bagi mempelajari Islam di sebuah institusi Islam tetapi dihidangkan dengan program berunsur lagho lagi maksiat.
Maka itu, WAJIB bagi kita yang cintakan Islam menguasai pentadbiran dan pengurusan kolej. Sertai Majlis Perwakilan Pelajar!!! Jangan kecundang dunia dan tewas akhirat!

No comments: