Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad SAW serta para sahabat dan ahlul bayt yang senantiasa berjuang hingga ke akhir hayat bagi menegakkan syiar.
Pada 7 mei 2009 yang lalu, walaupun agak lama terkebelakang, saya berasa terpanggil untuk mengulas sebuah artikel pendek yang ditulis oleh Ujang dalam Sinar Harian. Alangkah hina dan dungunya si penulis yang menggelarkan dirinya Ujang itu apabila mempamerkan penulisan yang benar-benar memaparkan kebodohannya dalam isu semasa dan PPSMI khususnya.
Untuk Ujang, silalah rajin-rajin melihat semula tuntutan PPSMI yang 5 iaitu salah satunya meminta agar pengajaran Bahasa Inggeris diberi penekanan cuma bagi subjek Matematik dan Sains diminta diubah kepada bahasa Melayu agar lebih mudah bagi anak watan Melayu dan Malaysia menguasai subjek penting ini yang menetukan hidup mati pelajar-pelajar ini.
Pak Samad dan Prof Hasan yang mengepalai perjuangan menghapuskan PPSMI ini bukanlah mendesak agar Bahasa Inggeris itu dimansuhkan sepertimana yang difikirkan oleh Ujang yang dungu seorang wartawan Sinar Harian. Para pejuang bahasa ini hanya meminta agar kembalikan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam semua subjek di sekolah kecuali subjek yang mengajar bahasa seperti Bahasa Inggeris dan Arab. Pihak Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP) juga mendesak kerajaan agar jika benar-banar mahu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, sila beri penekanan dalam subjeknya sahaja dan bukannya mengganggu subjek-subjek yang lain.
Mari kita lihat sekolah-sekolah Cina yang telah berjaya melahirkan begitu ramai pakar akademik. Mereka berjaya menguasai mata pelajaran lain sekalipun diajar dalam bahasa ibunda mereka malahan mereka juga menguasai dengan mantap bahasa Inggeris mereka.
Ujang mungkin sudah tua dan bukannya lagi bujang sehingga pemikirannya sendiri telah melalut dan mengarut dalam Sinar Harian. Kesian si Bujang. Kelulusan tak tinggi mana tetapi sibuk mempertikaikan kajian pakar bahasa dan akademik yang bertaraf PHD.
Boikot artikel Ujang!!!
7/7/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment