7/7/09

BUKAN CARA ISLAM…

Baru-baru ini, saya sempat menziarahi sahabat-sahabat dan adik-adik di bekas kolej saya satu masa dahulu. Suasananya mula berbeda walaupun tiada struktur bangunan yang diubahsuai. Kelihatan mereka semuanya baik-baik belaka. Mungkin baru bulan pertama.

Setibanya saya di hadapan dewan, saya disambut oleh beberapa rakan Ex-PDT yang dahulunya merupakan rakan seblok dan sama-sama jawatankuasa perwakilan pelajar dahulu.

Selepas sempat bersembang beberapa topik yang hangat di kolej kebelakangan ini, saya terkejut apabila diberitahu bahawa sesi orientasi mereka penuh dengan wregging dan penyeksaan. Ada yang dipaksa turun ke longkang, ada yang dimaki hamun dan cacian. Ada yang diherdik kerana mahu ikat tali kasut. Apakah semua ini? lebih malang lagi apabila saya diberitahu oleh sahabat-sahabat dan adik-adik saya yang saya kasihi itu bawaha kesemua fasilitator yang melakukan perbuatan keji dan hina itu adalah terdiri daripada bekas pelajar yang beza usianya hanya setahun dan beragama Islam belaka. Fasi-fasi yang kafir tidak pula bertindak sedemikian rupa. Amat jijik dan malu!

Persoalannya disini, dimanakah kredibiliti seorang pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda? Dimanakah kredibiliti seorang belia Islam dan pelajar matrikulasi? Inikah caranya yang diajar oleh pihak pentadbiran dan HEP sebuah kolej?

Selepas tertamat disitu, saya berjumpa pula dengan bekas rakan usrah saya yang mengeluh dan mengadu mengenai “kekejaman” fasi-fasi yang Islamik pula. Kali ini, bukan kolej kaitannya tetapi jamaah!

Amat megejutkan kiranya kita dengar bahawa fasi-fasi yang cuba menarik adik-adik kedalam jemaah dengan cara-cara yang amat menjijikkan lagi najis. Fasi-fasi yang berkopiah dan bertudung pula!

Saya pernah bertanya kepada seorang senior tentang tindakan keji lagi mungkar ini dan alasannya ialah;TARBIAH!!!. Apakah nabi mentarbiah para sahabat dengan cara yang jijik sperti ini? terdiam dia seketika.

Saya juga pernah melibatkan diri dalam proses pentarbiahan sebuah parti Islam di peringkat kawasan tetapi tidaklah sezalim dan sedahsyat ini. Kita berada dalam situasi dan kondisi sebuah parti politik dalam negara yang berdemokrasi dan parti kita masih belum mengamalkan konsep gerila sepertimana jamaah Islam di Afghan dan Iraq. Tambahan pula, kita sedang menarik hati mereka. Kita sedang menarik adik-adik dan memupuk minat dalam diri mereka dalam usaha mendidik dan membesarkan mereka dengan proses-proses tarbiah yang mantap dan berkesan.

Kekerasan bukan caranya untuk mentarbiah. Itu adalah satu perkara yang perlu kita fahami. Malangnya, hal ini tidak diberi perhatian oleh Pemuda PAS kawasan tersebut yang hanya menyerahkan bulat-bulat kepada belia-belia jahil yang baru berjinak-jinak dalam jamaah.

Saya amat pilu ketika mendengar sahabat saya hampir pengsan, bengkak buku lali, terseliuh dan berdarah pun ada dek kekerasan semasa “MENTARBIAH” mereka. Apakah sikap kebinatangan yang digunakan dalam mentarbiah anak-anak remaja yang baru sahaja mahu dijinakkan dalam jamaah? Amat teruk pemikiran komunisme si pengkader-pengkader ini.

Bayangkanlah anak-anak muda yang baru diberi usrah kurang setahun dan masih belum memahami asas dakwah dan tarbiah serta konsep perjuangan tiba-tiba sahaja dilayan seperti itu. Saya yakin, para senior ini semua terikut-ikut dengan suruhan orientalis yang sengaja mahu menjauhkan golongan remaja yang masih “baru” ke dalam jemaah.

Sepatutnya dalam berjemaah dan dalam usaha memikat anak-anak muda ini ke dalam jemaah, kita yang mengkader ini perlulah menarik minatnya terlebih dahulu supaya mereka menanam rasa cinta dalam hal ini. Para senior juga diingatkan supaya memikat dan merapatkan ukhuwah dengan mereka supaya mereka mudah rasa sayang terhadap sesama anggota. Jangan bertindak melulu dan mengikut nafsu.

Anak-anak muda ini tadi, kemudiannya dibawa ke program-program islamiah dan apabila mereka sudah memahami asas-asas Islam, jinakkan mereka dengan isu-isu semasa serta kaitkan apa yang diajar dalam tarbiah islamiah tadi dengan isu-isu semasa negara. Setelah kerap dengan hal-hal islamik, barulah mereka boleh dibawa ke program-program tarbiah yang lebih besar dan mereka pasti mudah faham dengan cara ini bukannya dengan cara binatang dan kekerasan. Dengan cara berhikmahlah Nabi dapat menarik para sahabat yang dahulunya kafir yang bengis ke dalam Islam. Dengan cara berhikmah juga, Nabi dapat mencairkan golongan kafir yang pembenci kepada golongan yang menyayangi Islam.

Saya terpaksa puji cara pengkaderan dan pentarbiahan JIM dan ABIM dalam mengkader jemaah-jemaahnya. Mereka begitu berhikmah sehingga sesiapa yang sudah masuk JIM tidak akan lari daripada JIM. Itulah hasil kajian saya. Kerana apa mereka akan setia? Kerana mereka menyertai JIM dan ditarik ke dalam JIM dengan cara yang penuh dengan kecintaan dan berhikmah, bukannya kekerasan yang dilakukan oleh pengkaderan SISWA ke dalam PAS.

Satu hal lagi ialah isu tudung. Saya berasa amat pelik kenapa senior-senior dalam PAS memaksa siswi-siswi supaya mengenakan tudung pendek ketika hadir ke program-program tarbiah mereka? Saya khuatir disini kiranya senior-senior ini merupakan agen Sister In Islam yang amat membenci golongan bertudung bulat labuh.

Untuk mentarbiah, janganlah kita mendidik mereka ke arah sosial semasa sebaliknya kita mendidik mereka supaya ke arah zaman Anbiya’ dan Solihin. Saya bimbang, wujudnya gejala-gejala kurang sihat dalam pengkaderan siswa-siswi dalam PAS kerana saya amat cinta pada gerakan Islam ini.

Nasihat dan seruan saya kepada siswa-siswi, janganlah anda mengikut arahan senior-senior yang “buta” ini sekiranya mereka mengkader anda dengan kekerasan dan menyuruh anda ke arah mungkar seperti mamakai tudung berselimpang dan sebagainya.

Sebarang percanggahan atau persoalan boleh komen dengan menekan butang komen dibawah.

No comments: