"Sewajarnya, untuk membandingkan aktivisme gerakan mahasiswa dahulu, dengan gerakan mahasiswa hari ini adalah amat tidak releven. Seumpama meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya." Begitulah yang dipenakan oleh saudara Aizat, seorang exco MPMUM yang artikelnya diterbitkan oleh mahasiswakini.blogspot.com.
persoalannya, mengapa tidak relevan? apakah saudara Aizat mahu menyalahkan rakyat kerana beliau berpandangan bahawa perjuangan yang pada zaman dahulu adalah diterima rakyat?
Melalui pengamatan saya, kenyataan ini adalah kenyataan yang bersifat bacul dan amat penakut. sebagai seorang mahasiswa, sepatutnya beliau perlu sedar bahawa, perjuangan bukan mahu diambil kira melalui penerimaan masyarakat atau tidak. PAS sendiri pada awalnya perjuangan mereka tidak diterima oleh rakyat kerana rakyat diprovokatifkan oleh pihak parti lawan kepada PAS bahawa PAS merupakan sebuah parti yang bersifat radikal, jumud dan tidak bersyukur dengan anugerah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh orang-orang UMNO. Namun, situasi ini berubah juga akhirnya dan kini PAS telah menerima sokongan yang amat kuat daripada masyarakat sama ada yang faham Islam mahupun yang kurang faham.
Saya fikir, mungkin ini hanya satu fakta untuk menutup kehilangan taring pro-Mahasiswa pada zaman ini. Walaupun kebelakangan ini pro-M kelihatan semakin menonjol tetapi masih gagal mendapat tempat dihati masyarakat. Sama ada kerana ujian Tuhan atau memang benar-benar kelemahan pro-M itu sendiri. Lihat sahaja berapa ramai calon-calon dari Pro-M yang tidak petah berkata-kata. Ini juga merupakan satu punca. Tidak ada kena mengena dengan zaman dahulu atau zaman sekarang sebaliknya adalah kerana kelemahan Pro-M itu sendiri untuk menampilkan pejuang yang baik dipandangan mata masyarakat kampus.
Apapun, mengapa saudara Aizat tidak mahu membandingkan zaman dahulu dengan zaman kini? Kalau nak bicara tentang sekatan kepada mahasiswa ketika zaman dahulu sebenarnya adalah lebih dahsyat berbanding dengan zaman sekarang. Dahulu kala, Mahasiswa boleh sewenang-wenangnya dikenakan ISA seperti apa yang berlaku pada saudara Mohamad Bin Sabu satu ketika dahulu ketika beliau belajar di UITM. Namun, zaman sekarang, mahasiswa paling teruk pun hanya akan dibicarakan di mahkamah kampus. Jadi, apa yang bezanya?
Jika mahu bicara tentang penerimaan perjuangan dimata rakyat, saya rasa rakyat lebih terbuka untuk menerima perjuangan secara demonstrasi dan seumpamanya. Maksud saya, perjuangan yang ada sifat revolusi. Lihat sahaja bagaimana ribuan mahasiswa turun di UNIMAS kerana masalah air. Lihat juga isu PPSMI yang menyaksikan rakyat pelbagai lapisan turun berjuang bersama mahasiswa dan sasterawan serta ahli politik. Jadi, usah pertikai tentang penerimaan perjuangan kita. Akhirnya, saya berharap, kenyataan yang hanya akan melemahkan mentaliti mahasiswa ini akan segera diperjelas dan dipadam sahaja daripada mana-mana blog kerana khuatir mahasiswa akan terus dipandang seperti penakut dan bacul apabila mahu bicara tentang perjuangan.
p/s; harap, pakcik mat sabu dan pakcik ibrahim ali redha aje la dengan perjuangan mahasiswa yang lembik pada zaman kini. hehehe
MAHASISWA DI PAKISTAN RELA DISEBAT BELANTAN BIARPUN PERJUANGAN TIDAK DIPANDANG DI MATA MASYARAKAT
Mahasiswa majoritinya menerima perjuangan secara revolusi. cumanya, tiada siapa mahu mempelopori
Isu palestin, mahasiswa prihatin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment