2/25/10

SPIES ada kaitan dengan JIM?

Umum khususnya masyarakat Selangor tahu bahawa SPIES merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menggerakkan program pembangunan insan secara percuma kepada masyarakat di Selangor. sebenarnya bukan percuma pun, tetapi mereka mendapat bayaran daripada duit rakyat juga. peruntukan dari kerajaan negeri itu kan duit rakyat. oleh yang demikian, tak usah terlalu menghargai kerja-kerja SPIES ini. itu memang hak kita sebagai rakyat.

apa yang menimbulkan kegusaran saya yang sedang dalam penyiasatan ke atas SPIES ini ialah, benarkah wujudnya kaitan antara SPIES dengan JIM? apakah ada agenda-agenda tertentu dari sudut siasah melalui SPIES ini? nah, baca dulu sampai habis dan kemudian anda cuba guna firasat anda.

wujudnya prasangka-prasangka berkenaan topik ini adalah kerana jika kita lihat, wujudnya penglibatan bekas-bekas pelajar sekolah di bawah JIM yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti SPIES.

keduanya, mastermind SPIES itu sendiri iaitu seorang pemimpin muslimah kerajaan negeri selangor itu merupakan ahli JIM(kini tak pasti).

ketiga, kata-kata mastermind itu juga diambil kira. ketika sekumpulan belia PAS mahu meminta peruntukan untuk membiaya mahasiswa-mahasiswi dalam program kem tarbiah, mastermind SPIES ini tidak mengeluarkan walau satu sen untuk program kem tarbiah yang diselia sepenuhnya oleh pemuda dan pemudi dari PAS malahan disuruhnya pula menggunakan SPIES untuk mengendalikan program tersebut. Kalau dah guna SPIES, apa guna siswa siswi ini tadi yang cuba mentarbiah adik-adik ikut cara jemaah?

prasangka semakin menjulang ibarat api yang menyala menggerbang. kewujudan banyak klu mengenai kaitan SPIES dengan JIM amatlah diberi perhatian oleh krew JIHADMALAYA. ancaman mungkin boleh memuncak dalam PAS sekiranya wujudnya anasir-anasir yang cuba melemahkan PAS secara senyap atau silent killer.

mengapa jihadmalaya tidak minat teramat sangat dengan JIM? hah, nantikan sahaja sedikit demi sedikit analogi dan kronologi dari JIHADMALAYA.

No comments: