Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, setelah pulang dari tamrin yang lebih keras dan lebih mencabar, telah membuatkan ana rasa lebih bersedia untuk turun berdakwah dan menegakkan kebenaran. Memang sukar, memang sukar untuk hadapi mehnah dan tribulasi dalam menjayakan misi dakwah yang ana khususkan dalam kampus ini. Kita bukan sedang berjuang di atas platform yang disenangi umum tetapi kita sedang berjuang diatas platform yang sedang dihurung pelbagai dugaan, cabaran dan ancaman. Justeru, persoalannya ialah, apakah sudah kita semua bersedia dengan apa yang bakal menimpa ini?
Dalam meneruskan perjuangan, tarbiah perlu kita terima secara berterusan dan tiada henti. Perlu diadaptasi segala tarbiah yang kita teima dalam kehidupan seharian. Dalam kebiasaan berhadapan dengan suasana tegas dan baran semasa melatih diri dengan tarbiah, jangan pula kita lupa bahawa kita perlu menjaga emosi dan mengambil pendekatan berlembut dan tenang dalam menjayakan misi Islam ini. Kita boleh berkeras di UM, tetapi tidak di UITM. Mungkin UM sudah berpuluh tahun dengan pendekatannya yang pelbagai, tetapi kita baru sahaja hendak bermula di sini.
Ana melihat bahawa, gerakan dakwah yang terutama di UITM ini walaupun dek ditekan dan diuji dengan pelbagai ancaman, namun masih mampu mengekalkan posisinya dalam tengah-tengah masyarakat mahasiswa mahasisiwi yang penuh dengan gejala sosial ini. Ana sering tertanya-tanya bagaimana mereka terus menjadi begini dan terus kukuh dalam menjayakan suasana baru di UITM. Ana mengkaji dan melihat bahawa, sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi di UITM itu prihatin dalam menjaga pelbagai perkara yang berkaitan sosial dan pelbagai. Ana cuba mendekati dan terus dengan pelbagai bahan untuk dikaji.
Muslimah sejati, kuat rohani. Muslimin sejati, penuh dedikasi. Ana merasakan bahawa, di UITM, untuk menjalankan kerja-kerja dakwah Islam, tidaklah semudah UM, UKM dan lain-lain kampus termasuk kampus-kampus baru seperti UNIMAS, UMS dan sebagainya. UITM ini entah kenapa sukar untuk ditembusi pengaruh Islamnya. Ye lah, tekanan dan ancaman amat banyak disini. Namun begitu, ketahanan da’ei-da’ei ini dalam perjuangan mereka amat mengagumkan. Dalam pertambahan jumlah gejala sosial yang berlaku, rupanya ada juga petambahan dalam bilangan da’ei-da’ei yang baharu. Syabas atas ketahanan ini.
UITM mempunyai ramai da’ei yang berjiwa besar. Mereka ini dilengkapi dengan tarbiah fizikal dan mental. Perkara lasak, gila, dan pelbagai semuanya telah mereka harung. Justeru, walaupun mereka ini disorok daripada sisiwa siswi disini, mereka masih mampu mencari kader-kader baharu dan mengukuhkan lagi kondisi Islam yang mantap di uitm. Itulah yang ana kagum. Walaupun dalam kesibukan para siswa sisiwi dengan fesyen-fesyen terbaru yang mendedah aurat dan dalam kesibukan para siswa siswi dengan kemesraan sesama mereka tanpa batasan, golongan da’ei di uitm ini terus mengikat diri mereka dengan cinta Allah dan Rasul. Mereka in teguh dan Alhamdulillah setakat ini tiada lagi yang ana lihat terjebak ke dalam kancah busuk berkenaan.
Penghinaan dan penganiayaan memang kerap menimpa golongan da’ei di UITM. Berbeza dengan UM mahupun UKM, golongan da’ei yang bergiat dibawah PMI dan GAMIS memang senantiasa dipandang tinggi dan digeruni. Namun berbeza pula dalam konteks UITM. Golongan da’ei terus diperlekeh dan dihina serta yang lebih teruk ada yang dianiaya. Kewujudan pro-A dalam kancah program Islamik telah sedikit sebanyak menyebabkan mereka mula mencari untuk mengenepikan gerakan dakwah yang terutama di UITM ini. Gerakan pro-sosialis dan nasionalis ini mula mencari tapak baru dalam badan-badan berunsur Islamik ini dan cuba merampas kuasa dan kemudiannya melemahkan gerakan dakwah dari dalam. Begitu ramai para da’ei yang telah diherdik oleh staff dan siswa siswi. Ada yang disaman, tatatertib dan pelbagai tanpa pembelaan. Namun, kentalnya mereka hingga mereka tidak terus senyap malahan terus membara semangat dakwah mereka.
Jika dulu ada ulamak yang ditimpa sebegini di negara kita tetapi kemudiaanya dia bertukar haluan, namun di UITM itu tidak ada. Semakin ditekan semakin membara. Mereka bukan ahli politik. Mereka bukan berjuang diluar sana yang mungkin ada golongan yang boleh membantu secara bebas tetapi da’ei-da’ei ini bergiat dalam kampus, ditekan dalam kampus, tidak boleh dibela oleh sesiapa, terikat dengan pelbagai akta yang tidak membenarkan mereka bersuara. Mereka hanya boleh menerima tekanan, tetapi kemudiannya mereka akan berterusan dengan usaha murni dan mulia ini. Berdakwah. Berdakwah, berdakwah. Itulah yang ana paling kagum. Masih berjaya kekal dan malahan meningkat prestasi walaupun dalam kondisi tekanan yang melampau ini. Syabas UITM.
Jadi, bagaimana mereka mampu bertahan dan terus membangun???!!! Jawapannya mudah, mereka dipenuhi dengan tarbiah-tarbiah yang mantap. Jika ada orang kata UITM lemah tarbiah maka itu salah! Hakikatnya ialah, semakin kuat ditekan, semakin kuatlah tarbiahnya. Maka UITM itulah situasinya. Da’ei dalam kalangan siswa siswi ini telah lengkap dengan tarbiah rohani dan jasmani. Dijemur ditengah panas dalam keadaan berbaring, tidur tanpa alas dan tanpa bumbung. Makan cacing dan pelbagai lagi. Hebatnya masha allah. Tarbiah ini moga dapat terus mengekalkan usaha dakwah di UITM dan menjadikan UITM satu kampus yang hebat dalam gerakan dakwah Islamiah.
ALLAHUAKBAR!!!
tarbiah juga akan melahirkan generasi muda yang berani turun berdemonstrasi membela hak mahasiswa dan paling utama hak addeen.
proksi untuk menggerakkan dakwah melalui kelab-kelab islamik.
2/20/10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment