Salam dan Selawat ke atas Baginda SAW dan ahlulbayt tercinta. Moga peninggalan Baginda kepada ummah kita akan terus menjadi pegangan dunia akhirat.
Sudah ramai yang keluar parti PKR kepada UMNO mahupun BEBAS. Dalam masa yang sama juga, BN menyaksikan pengeluaran orang-orang pentingnya daripada BN kepada PKR. Semacam semua ini suatu pertukaran pemain. Ibarat di atas padang bola, para pemain boleh bertukar-tukar apabila ada yang tak kena. Namun, ini dalam padang politik. padang yang menyaksikan kepercayaan rakyat yang diberikan kepada mereka atas nama parti yang mereka guna untuk bertanding. Apa masalahnya dengan para wakil rakyat ini? Sesuka hati sahaja mahu bertukar sana sini? Penaberdarah syor, baik pergi tukar bini sekali.
Dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia akan situasi pertukaran politik ini, pastinya akan timbul rasa mual, loya dan semacam nak muntah apabila melihat kenyataan-kenyataan media yang para wakil rakyat ini bacakan dihadapan kamera. Namun, beginilah keadaannya apabila perjuangan bukan kerana Tuhan. Perjuangan hanya sekadar mahukan tampuk pemerintahan. Apabila perlembagaan parti tidak meletakkan Islam sebagai nombor 1, maka bercelarulah semua strategi perjuangan.
Pena pasti bahawa sekarang ini, Anwar Ibrahim sedang pening kepala dengan masalahnya tuduhan liwat ke atasnya dan ditambah pula pengeluaran beramai-ramai wakil rakyat PKR ke BN. Kalau pena, pena mungkin dah nak pengsan tetapi Alhamdulillah pena perjuangannya Islam dan matlamatnya Islam.
Orang yang berjuang kerana Allah, atau kumpulan yang berjuang kerana Allah dan memperjuangkan perjuangan Islam pasti tidak akan berpaling tadah. Lihat sahaja bagaimana jutaan ringgit cuba disogok kepada wakil rakyat PAS di Malaysia dan wakil rakyat IM di Mesir. Namun, mereka ini tidak menerima jutaan ringgit itu kerana mereka tahu Allah tidak ada tolok bandingnya dengan nilai yang sedikit di mata mereka itu. Pendek kata, perjuangan Islam ini dilengkapi dengan tarbiah. Apa berlaku sekalipun, tidak akan berpaling tadah. Wakil rakyat HAMAS yang diugut untuk dibunuh juga tidak berpaling tadah. Apatah lagi mahu disogok. Inilah keistimewaan yang Allah bagi dan jaminan yang Allah beri terhadap pejuang Islam yang ikhlas mahu memperjuangkan Islam.
Dalam konteks semasa dan secara lebih dekat, Pena mahu memberi tabik kepada Ahli Parlimen Khalid Samad yang juga boleh diklasifikasikan sebagai antara orang yang paling layak menerima anugerah nobel istiqamah dalam perjuangan. Khalid Samad ini orangnya bukan orang agama pun. Beliau orang akademik. Belajar di USA lagi. Berkelulusan Master dalam kejuruteraan. Walaubagaimanapun, lihatlah bagaimana beliau tidak pernah menyatakan sedikit pun hasrat beliau mahu menukar parti apatah lagi melawan perintah parti dan pimpinan. Disebabkan beliau ikhlas mahu lihat Islam diatas, beliau sanggup dikenakan apa-apa tindakan disiplin demi memastikan kesejahteraan gerakan Islam itu. Ini baru jelas perjuangan Islam. berlainan pula dengan perjuangan dibawah PKR yang bukan Islam misinya. Lihat bagaimana YB Zulkiflee Nordin yang berjiwa Islam menyatakan bahawa beliau tidak selesa berada di bawah PKR kerana perjuangan PKR bukanlah untuk Islam. Zulkiflee ini orangnya kuat agama. Walaupun beliau seorang peguam, namun beliau terdidik dengan usrah dan tarbiah semasa di kampus. Jadi, apabila beliau berjuang dibawah panji nasionalis dan sosialis, beliau pastilah akan berasa kurang selesa dan semacam ada yang tak kena. Perasaan ini memang Allah yang bagi. Allah nak letakkan orang Islam yang bagus-bagus ini dibawah perjuangan islam hakiki dan bukannya dibawah panji Sosialis yang selangkah lagi, insha Allah jadi komunis.
Oleh yang demikian, Zulkiflee Nordin kini ibarat cacing kepanasan apabila duduk dibawah PKR. Namun, mungkin kerana beliau telah menang atas tiket PKR, beliau tidak mahu mengkhianati amanah rakyat yang mengundinya untuk PKR. mungkin sedikit masa lagi, Zulkiflee boleh jadi orang PAS. Barulah benar landasan perjuangannya.
Saya suka membawa kepada anda perjuangan sosialis nasionalis Semangat 46 yang terkenal dengan warna hijau kuning itu. Berapa lama sangat S46 ini bertahan? entahlah, aku pun lupa nak kira tetapi itulah isinya, akibat perjuangan bukan kerana Allah dan perjuangan hanya sekadar mahukan keadilan dan kesejahteraan, maka berterabur jugalah akhirnya. Akhirnya, S46 tumbang dan PKR bakal menyusul tidak lama lagi.
Selagimana PKR tidak menukar perjuangannya kepada perjuangan Islam, maka selagi itulah PKR tidak akan dapat bertahan lama. Tak percaya? saksikan sahajalah apabila lebih ramai lagi pejuang-pejuang PKR akan mengkhianati PKR itu sendiri. Bukan sahaja ahli-ahli biasa PKR malahan pemimpin-pemimpin PKR itu sendiri. Justeru, aku bukan nak "condemn" siapa-siapa tetapi hanya sekadar mahu menekankan betapa perjuangan menegakkan Islam itu sahaja yang akan kekal hingga hari akhirat. jaminan Allah ialah, orang yang memperjuangkan Islam itu tidak akan ada nokhtah. Mereka yang gugur atau lari, akan diganti dengan orang yang lebih hebat dan lebih bagus. Maka itu, Pena berdarah ucapkan terima kasih kepada Datuk Asri kerana telah keluar dari PAS dan kini PAS ada pengganti lebih hebat berbanding Datuk Asri iaitu Abdul Hadi Awang.
Kenapa bahaya? kerana kerajaan akan mudah runtuh apabila tiada pemimpin-pemimpin yang setia pada parti. Jadi, jangan berpadu dengan keduanya ini. Politik bukan kepada Islam adalah politik mudah tumbang.
3/6/10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment