1/28/10

CORETAN DARI KEDAH TENTANG PRK UIAM 2010

Dengan menyaksikan kekalahan tipis PRO-ASPIRASI dalam pilihanraya kampus 2010 UIAM, kelemahan PRO-MAHASISWA semakin menyerlah. Tak buat kerja? atau gagal dalam mentarbiyah siswa? Maka dengan persoalan-persoalan itu, timbullah lagi persolan utama apakah PRO-ASPIRASI bakal menenggelamkan PRO-M di UIAM pada pilihanraya seterusnya?

Pro-A memang tewas kali ini tetapi kerusi yang dimenangi mereka bertambah berganda. bukan sekali ganda tetapi lebih dari itu. Ini menunjukkan wujudnya tanggapan negatif daripada golongan siswa siswi terhadap calon PRO-M di UIAM. barangkali, apa yang diceritakan dalam link ini ada berlaku di seluruh kampus di Malaysia ini. terlalu syadid dan AMAT menjaga ikhtilat. sila baca.

http://khalid-ismath.blogspot.com/2010/01/mengapa-gerakan-pro-islam-tidak.html

4 comments:

ibnu dinar said...

politik kotor la bro.... lg2 demokrasi yg yahudi cipta ni...
assabiyah la bro...
sayang agama mari ajak geng2 parti ko g penuhkan masjid setiap waktu solat.
gua rasa itu lebih bermakna....

ummah protector said...

kerana saya syg agama lah saya perjuangkan islam secara siasah dan kemudian barulah ade power utk menaungi seluruh pemerintahan negara dengan nama Islam dan amal Islam.

namun, utk pengetahuan tuan, setiap calon2 kami ada bai'ah dan diwajibkan tahajjud setiap malam malahan kami ada program untuk menjaga amalan kami.

kami tak mahu menjadi lemah dengan hanya meletakkan islam itu di masjid. terkongkong. minda sempit kerana tidak mahu melihat kpd demokrasi.

sapa kata demokrasi ciptaan barat? demokrasi adalah dari islam. barat yang menciplaknya.
x caya? carilah sendiri 4 cara rasulullah memilih pemimpin dlm klgn ummah waktu itu.

Unknown said...

salam,,saya rasa turut terpanggil untuk meluahkan pendapat saya,,,bagi saya ianye stu fitnah yang sangat besar kepada pendokong jemaah tabligh kerana tidak mengambil bahagian dalam politik,sebenarnye tidak ada mana2 ulama dalam usaha dakwah & tabligh ini yg melarang mereka2 yg trlibat dgn usaha ini tidak mengambil bahagian dlm politik,,faham,cuma politik ini tidak disebut sebagai ijtimai(umum) dalam majlis2 anjuran usaha dakwah & tabligh..mana2 individu nak jd calon ke ape ke...go o0n...cuma jgn berkempen di dalam usaha dakwah sudah kerana maksud drp usaha ini untuk menyatukan umat...like parti A + B = umat wahidan.....

ummah protector said...

saya tak mahu org panggil saya ulama' tanpa ilmu. namun, hakikatnya, jemaah Tabligh ditolak oleh Ikhwan Muslimin(bapa kpd seluruh gerakan Islam dunia) dalam buku "Wahdatul Amal" tulisan Syeikh Mustafa Mayshur. Gerakan yang bersifat juz'iyyah perjuangannya adalah jelas tidak bertepatab dengan Islam. selain itu, tindakan Tabligh yg tidak mahu memenuhi pelawaan gerakan islam ulung itu utk menyertai perjuangan bersama dalam membela Islam adalah jelas dilihat bertentangan dengan Islam. Gerakan2 Islam sedunia sudah ada ijtimaknya sendiri tetapi mengapa tabligh mahu buat group kedua? tak nak akui bahawa Ikhwan Muslimin itu sebagai pejuang? atau tabligh hanya nak solo shj?
natijahnya kini, kita masih tidak dapat melihat tabligh sbg gerakan yg diperakui oleh seluruh gerakan Islam dunia dan tidak pernah disenarai oleh IM sbg gerakan Islam. sili rujuk kitab karangan ulama' Ikhwan.