1/13/10

AWAS PROPAGANDA!!!

Dunia kita Malaysia kini digemparkan dgn pelbagai propaganda yang cuba membolak-balikkan keamanan dan hubungan baik sesama agama. Justeru, saya meminta teramat sangat agar janganlah kita umat Islam khususnya terlalu fanatik mempercayai mesej-mesej berantai sama ada melalui telefon bimbit mahupun email dan rangkaian sosial.

Baru-baru ini, saya baru sahaja dikejutkan oleh satu mesej datang daripada kawan lama semasa di matrikulasi dulu, mesej berkenaan berbunyi bahawa, sebuah kawasan di bahagian perairan indonesia sana cuba menguatkuasakan Daerah Injil. tambahannya lagi, mana-mana masjid tidak boleh dibina dan dilarang menutup aurat.

saya persoal, dimana datangnya sumber ini? Apakah persidangan gerakan Islam sedunia yang berlangsung baru-baru ini tidak menyelar kawasan berkenaan mahupun membincangkannya? saya terus mencari kesahihannya di laman-laman web. Namun, ternyata gagal.

Saya merujuk kepada Murabbi dan bertanya tentang hal ini. Jawapannya dari segi agama dan politik memang amat memuaskan hati saya. Mengapa perlu berita ini hanya digembar-gemburkan ketika negara kita sedang bergolak dengan sensitiviti agama? mengapa berita ini anya sampai kepada rakyat Malaysia beragam Islam? bagaimana dengan negara-negara lain sekitar kawasan tersebut?

Dari segi undang-undangnya, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana bertentangan dengan peraturan PBB dan undang-undang antarabangsa. Apa negara sekalipun, tidak boleh sama sekali menyekat kebebasan beragama bagi penganut agama lain. Amerika yang jelas anti Islam itu sekalipun tidak pernah mengharamkan jilbab. itu Amerika yg kuat dengan pengaruh Yahudinya itu. Inikan pula sebuah kawasan di Indonesia sana.

saya jelas mempertikai khabar angin yg cuba mengucar-ngacirkan negara dan mengeruhkan hubungan baik sesama manusia berlainan agama di negara kita ini khususnya dalam Pakatan Rakyat.

No comments: