1/28/10
SEDIKIT CORETAN ULASAN MENGENAI PRK UPSI
Di UPSI, Pro-M dikenali sebagai MAHASISWA PENDIDIK. Pro-A pula dikenali sebagai BITARA. Walaupun UPSI kini dipegang oleh BITARA namun kekuatan MAHASISWA PENDIDIK juga tidak dapat dinafikan. Sekalipun MAHASISWA PENDIDIK tewas ditangan BITARA, suara lantang MAHASISWA PENDIDIK masih dapat didengar hasil gerak kerja mereka yang mantap dan tidak mengenal erti lelah. Barangkali inilah guru-guru yang kita cari kerana mereka tidak pernah down dan layu dek serangan. Berbeza dengan universiti-universiti lain, UPSI memang sudah menjadi tapak zaman berzaman yang melahirkan golongan pendidik berjiwa besar dan rakus membela hak masyarakat. Jika di kampus mereka membela siswa siswi maka di luar setelah graduasi mereka akan membantu masyarakat.
Tewasnya MAHASISWA PENDIDIK di UPSI bukanlah satu kekalahan besar malahan ini merupakan satu langkah awal yang hanya setapak lagi bakal menggegarkan seluruh masyarakat pendidik. kini, MAHASISWA PENDIDIK memegang hampir separuh kerusi di UPSI dalam PRK 2010 ini. Hal ini juga akan menafikan hak BITARA untuk majoriti 2/3 didalam majlis legislatif UPSI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment