1/8/10

MESIR DAN BALA TENTERANYA YANG CELAKA

Mesir bumi anbiya'. Ya, itu benar. tiada salah. namun, itu hanya dulu dan apabila kita mencarut tentang Mesir, bukan kepada Tanah Nabi itu tetapi adalah kepada pemerintah sialnya itu, Husni Mubarak. sungguh celaka dan sial. laknatullah.

Mengapa aku sungguh emosi amarah waktu ini? tak lain tak bukan adalah kerana kebiadapan Kerajaan Mesir yang menyerang konvoi VIVA PALESTINA yang ingin memberi bantuan kemanusiaan kepada palestin di sempadan Mesir-Palestin. Konvoi yang dianggotai orang-orang Kristian dan Islam itu bukan sahaja dihalau malah diherdik, dibelasah, dihujani dengan gas pemedih mata dan ditahan serta disiksa dalam tahanan.

Saya kagum dengan semangat orang-orang Kristian dalam konvoi ini dek perjuangan mereka yang bermati-matian itu. Kita amat malu apabila orang Islam sendiri membeli barangan yahudi manakala orang Kristian sanggup berkorban jiwa dan raga hanya untuk membela nasib saudara kita sendiri. tak malukah kamu wahai orang Islam?

alangkah hinanya kerajaan Mesir apabila tidak semena-mena mengerah tentera untuk menghadapi sukarelawan antarabangsa. Ini jelas bercanggah dengan perihal perundangan antarabangsa akta PBB dan kesetujuan negara-negara PBB. maka itu, jelaslah bahawa Mesir adalah sebuah negara yang bukan sahaja mengharamkan purdah tetapi juga sebuah negara hina disudut undang-undang. sah kerajaan SAMPAH.

video ini memaparkan bagaimana layanan mangkuk hayun kerajaan mesir celaka itu terhadap peserta konvoi selamatkan palestin.






akhir kalam....saya menyeru sahabat handai saya dan saudara sekalian...untuk sama-sama kita bersatu.....selaras ayat Allah dalam al-Quran 25:52 agar bersatu berjihad....

kembalikan Palestin dan Karbala!!!

2 comments:

faizassyirazi said...

Sesungguhnya laknat Allah ke atas orang-orang yang zalim!!! Begini perumpanaan biri2 yg kehilangan pengembalanya..

ummah protector said...

BENAR WAHAI SAHABAT..