Saya ada ramai kenalan muslimah-muslimah Islamik yang jiwanya kepada fikrah dan agak faham tentang ajaran Islam itu lebih baik dan bagus daripada muslimah biasa. Bertudung dan ada yang bertudung labuh. Berpendidikan agama dan sekolah agama. Memahami siasah Islam dan bergiat aktif secara langsung atau tidak langsung dalam arena politik Islam di kampus. Malangnya, yang membuatkan saya sedih dan dukacita malahan amat mendukacitakan, bila sahaja membuka page friendster atau myspace atau facebook mereka, atau tidak ketinggalan blog-blog mereka, dipenuhi atau pasti ada gambar artis-artis jepun atau Korea yang menjadi ikon mereka sehingga dipaparkan dalam page-page mereka. Hmm...sedih dan menangis.
Sungguh tragis melihat keadaan Muslimah seperti ini. Saya suka untuk membangkang kenyataan sesetengah pihak bahawa meletak gambar sendiri yang menutup aurat dengan sempurna(bagi orang perempuan) adalah haram sama sekali. Dari mana datangnya fatwa yang tidak relevan dan bercanggah dengan ajaran Islam ini? Bila muslimah bertudung labuh meletak gambar-gambar mereka dalam FS atau blog-blog, ada sahaja suara-suara sumbang yang berlagak macam dia rasul atau nabi mengatakan bahawa “HARAM KAMU LETAK GAMBAR KAMU DISINI, TIDAK SYAR’I”. okeh, kalau kamu mahu bercakap soal haram dan syar’i, mari berjumpa saya!
Pernahkah kamu dengar Islam haramkan muka dan tapak tangan daripada dilihat oleh bukan muhrim? Jika dengar, sila datangkan bukti kepada saya. Saya disini suka untuk mendatangkan ayat Quran berkenaan aurat wanita ini dan beberapa fatwa daripada ulama tersohor dunia dan dalam Negara berkaitan aurat ini.
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu
(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].
Jadi apa salahnya meletak gambar sendiri(bagi wanita) dalam laman sosial mereka selagi mereka menutup aurat? Daripada mengagungkan artis-artis kafir itu, lebih baik mengagungkan cara pakaian Islam dalam laman sosial.
Selain itu, dengan mempamerkan cara berpakaian Islam dalam rangkaian laman web sosial seperti facebook, myspace dan friendster, hal ini akan dapat menjadi salah satu cara dakwah kepada non-Muslim dan Muslim yang kurang faham tentang agama kita.
Saya sebenarnya tidak faham mengapa mereka sanggup mengidolakan artis-artis berketurunan cina itu dalam blog-blog mereka atau friendster mereka atau apa sahaja laman sosial mereka. Saya menegaskan bahawa, lebih baik kamu meletak wajah kamu sendiri daripada meletakkan wajah-wajah kafir yang akan mengkhianati kamu di hari kiamat nanti. Mengagungkan kafir samalah mengagungkan musuh-musuh Islam. Jadi, deletelah apa sahaja imej berkaitan apa yang saya tegaskan ini. Harapan saya, tiada lagi keagungan terhadap artis-artis yang menjadi lambang kejatuhan maruah umat Islam ini. Sesungguhnya salah satu ciri kiamat makin hampir ialah apabila manusia mengagungkan artis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment