1/14/10

RIBUAN PENUNJUK PERASAAN BERHIMPUN DI KEDUTAAN MESIR

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan yang mencipta Utusannya dan Ahlulbayt demi kemuliaan dunia dan seluruh isinya.

Tergamam dan bangga melihat keprihatinan rakyat Malaysia apabila terus menyahut seruan pemimpin Gerakan Islam Malaysia(PAS) untuk turun berdemonstrasi di hadapan kedutaan Mesir di Kuala Lumpur. Walaupun pengumuman itu hanya sehari, berikutan tindakan kejam Kerajaan Mesir terhadap aktivis kemanusiaan yang ingin membela Palestin, namun sambutan tunjuk perasaan itu amat diluar jangkaan. Dalam tempoh 24 jam publisiti, PAS berjaya mengumpul lebih 1000 orang dibangunan Tabung Haji dan kemudiannya berarak ke Kedutaan Mesir.

Pelbagai laungan yang mengutuk kerajaan Mesir dan yahudi bergema di angkasa raya Kuala Lumpur hari ini. Perhimpunan yang diketuai oleh beberapa orang pimpinan pemuda PAS ini telah menyemarakkan lagi rasa hangat perjuangan Islam di Malaysia sekaligus membuka mata umum mengenai kekejaman mesir dalam misinya bersama yahudi laknatullah itu.



Saf muslimah juga tidak ketinggalan dalam menentang dasar busuk Mesir



Gamis, memacu ke hadapan. tahniah!


semua berarak ke kedutaan...


pemimpin mahasiswa sedang memberi ucapan



No comments: