1/18/10

SUNGGUH MEMALUKAN!!!; DEMO BANTAH E-VOTE DI KPT

Beberapa minggu yang lalu, BANTAH, iaitu sebuah gabungan mahasiswa yang menentang dasar KPT melaksanakan e-vote dalam pilihanraya kampus menganjurkan satu demonstrasi bagi menghantar memorandum mengenai bantahan itu.

Namun, amat menyedihkan apabila, yang datang hanyalah sekitar tak sampai seratus orang. Dimana strategi hebat kalian wahai BANTAH? dengan jumlah yang sedikit itu, anda tak mungkin dapat menggerunkan pihakm lawan dan pihak KPT. Dengan jumlah yang sedikit itu juga, pihak polis akan semborono melayan kamu seperti budak-budak kerana polis hanya takut pada jumlah yang lebih ramai.

saya mengikuti perbincangan antara seorang pegawai polis dan wakil BANTAH dihadapan KPT itu. Saya dapat melihat bahawa wujudnya rasa cuak dalam diri wakil Bantah itu dan gagal berkomunikasi dan bertegas terhadap polis itu. Dalam sesebuah rundingan dalam satu demonstrasi, perlu ada ketegasan dan nada tinggi. nak kene tangkap, tangkap la. paling lama pun dia boleh letak dalam sel hanya 3 hari. saya khuatir sama ada BANTAH mempunyai pelajar dalam bidang guaman dalam organisasinya itu. Saya fikir TIADA kerana tidak nampak sebarang tanda wujudnya kehadiran mahasiswa dalam bidang perundangan sedangkan dalam kes-kes macam ini, BANTAH perlu membawa seorang mahasiswa dalam bidang guaman kerana mahasiswa bidang guaman ini digeruni oleh polis.

hasil perbincangan antara polis dan BANTAH itu amat mendukacitakan. BANTAH seakan tewas. terlalu berlembut dan cuak. Saya rasa, BANTAH dan PRO-M perlu mewujudkan sebuah organisasi yang lebih mantap agar tidak dipermainkan sebegitu rupa oleh pihak polis. Daripada situasi hari itu, jelas hanya memalukan pihak mahasiswa Islam kerana hanya diperkotak-katikkan oleh musuh Islam.

kepada pihak BANTAH & PRO-M, anda perlu belajar daripada ketegasan Ibrahim Ali. Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu yang merupakan mahasiswa hebat pada zamannya.

1 comment:

ummah protector said...

do u mean the evil is trying to appear itself soon? huhu