1/28/10

PUNCA TEWASNYA PRO-M DI UPM

Salam ke atas junjungan besar Nabi SAW dan ahlulbayt.

Saya berkesempatan menonton video promo PRO-M UPM sebentar tadi. beberapa hari yang lalu, seorang rakan saya yang merupakan orang kuat PMI dari UPM telah menghubungi saya dan memaklumkan kekalahan besar PRO-M UPM di Pilihanraya Kampus. Sebagai seorang Muslim, saya sudah tentu berasa amat dukacita kerana PRO-M walaupun bergabung bangsa dan agama tetapi majoriti dan pimpinan atasannya itu semuanya daripada Persatuan Mahasiswa Islam(PMI).

Namun segalanya berbeza hari ini. Saya langsung tidak sedih walaupun sedikit atas kekalahan besar yang melanda PRO-M UPM malahan saya mendoakan lagi akan kekalahannya jika cara perjuangan mereka itu tidak diubah. Sesungguhnya dalam sebuah hadis Baginda SAW ada menyebut bahawa Islam itu akan hancur kerana ahlinya sendiri. Inilah yang berlaku dalam PRO-M UPM. Apakah mereka lupa bahawa sebarang perjuangan itu hendaklah bersifat rabbani yakni betul dari segi matlamatnya dan betul dari segi pelaksanaannya. Jika matlamat betul tetapi pelaksanaan salah, maka itu tidak bersifat rabbani dan perjuangan seperti inilah yang akan merosakkan lagi imej Islam.

Dalam video yang saya tonton sebentar tadi iaitu sebuah video yang mempromosikan gerakan PRO-M di UPM, saya agak terkejut apabila bagaimana pihak PRO-M UPM yang dikuasai PMI itu boleh memuatkan beberapa lagu yang memang jelas video klipnya tidak senonoh manakala beberapa karakter yang berpakaian seksi dalam filem-filem dan video game. Memanglah sekadar ambil yang lagu sahaja tetapi tahukan anda terdapat unsur-unsur freemasonry dalam video tersebut mahupun karakter tersebut? barangkali, ini modal yang amat bagus nian untuk menghentam dan menjatuhkan nama PRO-M dan PMI di UPM.

Atas dasar ini jugalah, PRO-M dan PMI menerima azab yang dahsyat dalam PRK kali ini apabila hanya mampu melihat puluhan kerusi yang mereka sertai bertanding dikalahkan satu persatu.

Antara sebab yang lain ialah, kelemahan calon yang ditampilkan oleh PRO-M itu sendiri. Bukan saya tak kenal rakan-rakan saya itu. langsung tiada kemahiran berpidato dan memimpin. Siswa dan siswi zaman ini tidak memilih pemimpin yang hanya baik dari segi sahsiah sahaja tetapi bagus dan berkaliber dalam kepimpinan dan hujjah. Bukannya ahli PMI tak pernah didedahkan dengan peristiwa politik zaman Nabi dan zaman ini tetapi mereka ini gagal mengekstrak kandungan usrah mahupun seminar-seminar mereka. Ya, GAGAL!.

Nah, akhirnya lebih kurang 30% sahaja kerusi yang dimenangi Pro-M di UPM. Tahniah.

2 comments:

Anonymous said...

itu hanya pandangan kamu... tak semestinya betul kan3??? kami lebih tahu.. kami di sini sedangkan kamu tidak... mgkin lagu tu leh jadi isu.. tapi jgan la nak perbesar.. terus menghukum tanpa bertanya... ikhlas dari pro - m upm

ummah protector said...

post ini ditulis oleh rakan saya dari UKM. tak jauh dengan tempat kamu.

apakah kami menghukum? kami cuma menegur dan 'amal makruf nahi munkar.

nampaknya bukan pro-A shj yg x mahu terima teguran tetapi pro-A juga sama. (jika melihat kpd cara kamu ini). Dah memang realiti kamu melakukan kesilapan yg saya anggap besar, jadi perbetullah. tak usahlah nak melawan hukum Allah. nyanyian kafir itu HARAm. maka haramlah. tak perlulah nak kata ini hal kecik. takkan nak tunggu telinga bernanah di akhirat kelak baru nak sedar hal ni haram?

tugas kami adalah untuk menyebarkan segala isu dan berita bukannya untuk menjatuhkan.

salam rabbani.