3/10/10

Sedetik perjuangan bersama Mazlan Aliman

Selamat sejahtera ke atas warga ahlulbayt dan seluruh ummah yang berjuang bersamanya.

Melihatkan keadaan seorang pimpinan PAS, saudara Mazlan Aliman yang ditahan kini dalam tempoh reman pihak PDRM, teringat saya pada usia saya ketika itu 8 tahun. Baru darjah 2. Sekolah di sebuah sekolah Islam. Bapa saya ketika itu juga bergiat dalam Dewan Pemuda Pusat. Sama seperti saudara Mazlan yang aktif dalam Pemuda Pusat. Sebutlah apa sahaja demonstrasi, semua bapak saya pergi. Setakat gas pemedih mata dan air kimia itu, bukanlah satu kehairanan buat ayahanda. Saya yakin saudara Mazlan juga begitu. Pemimpin PAS ini tarbiahnya hebat. Dahsyat. Itu yang buat saya kagum sampai sekarang. Walaupun kini, saya melarang ayahanda bergiat aktif dalam PAS kerana takut-takut nanti ayahanda terkena agenda-agenda yang jahat oleh pihak tertentu dalam PAS, tetapi saya sendiri sebenarnya menggiatkan diri secara aktif dalam gerakan ini. Saya tidaklah memegang jawatan tinggi-tinggi dalam organisasi ini, tetapi adalah juga tugas-tugas kecil untuk saya kelolakan.

Berbanding dengan tahanan-tahanan lain yang ditahan atas sebab demonstrasi dan apa program bantahan seperti ceramah umum, rapat umum dan seumpamanya, Mazlan lain pula kisahnya. Beliau ditahan atas sebab menceroboh. Justeru, tangannya digari kemana-mana sepanjang berada dibawah tahanan Polis. Inilah yang kita kasihankan. Digari bukan mudah. Pergerakan terbatas, pergelangan tangan sakit, dan sukar untuk melakukan sesuatu kerja.

Saya Alhamdulillah, masih belum lagi rasa digari. Sepanjang berdemo, apabila ditahan, hanya dipegang oleh polis sahaja. Belum pernah digari. Dengar ceritanya, kini PDRM dah tak guna gari, tapi menggunakan sejenis pengikat semacam gari dibuat daripada plastik, halus dan tajam serta lebih menyakitkan. lebih ketat daripada gari. Memakan segala cengkam pada pergelangan.

ah, lantaklah apa material pun mereka nak guna. Kembali kepada isu Mazlan Aliman tadi, saya pasti dan percaya, sebagai seorang penuntut dalam bidang undang-undang, saya tidak tertewas untuk menahankan pendirian saya yang saudara Mazlan tadi boleh mengalahkan Polis dalam perbicaraan kelak. Mazlan, jangan risau. Kemenangan menyebelahi kamu. Sesiapa yang tolong agama Allah, Allah akan tolong dia semula. mudah-mudahan. ameen.


Mazlan merupakan anak Felda dan tindakannya mahu mempertahankan hak anak-anak Felda itu memang wajar. jadi, mengapa kerajaan mahu halang???

3/9/10

MEMBANDINGKAN KEBANGKITAN MAHASISWA MALAYSIA DENGAN MAHASISWA INDONESIA

Salam ke atas baginda SAW dan ahlulbayt. Keringat Karbalan dan darah yang tumpah didalamnya akan menjadi isi perjuangan hingga ke akhir hayat.

Bercakap tentang kebangkitan. Kali ini membincangkan kebangkitan mahasiswa. Di mana tempatnya mahasiswa? di kampus? di dalam blok-blok asrama? di kawasan perumahan mahasiswa? atau di jalanan? Ada juga yang tertanya-tanya, bagaimana dengan kelab-kelab malam? bukankah itu salah satu tempat tumpuan mahasiswa? Dan yang terbaru sekali, di kedai-kedai permainan seks. Sila rujuk akhbar Metro.

Saya dikejutkan dengan pendedahan seorang rakan siswa saya dari Indonesia yang mengirim beberapa video mengenai kebangkitan mahasiswa di Indonesia. Saya fikir, saya sudah boleh bangga dengan melihatkan demonstrasi membantah e-vote di Putrajaya beberapa bulan lalu, tetapi rupanya, ternyata saya berfikiran mudah masa itu. Saya mengkaji perjuangan mahasiswa dalam cerminan dekad. Potret perjuangan mahasiswa yang merupakan intipati nombor satu saya untuk mengkaji ini telah menjadi satu bibit permulaan yang agak mentarbiahkan diri saya sendiri.

Alangkah jelik dan lekehnya apabila melihat mahasiswa Malaysia berdemonstrasi ibarat pondan tua dan boleh kata semacam khunsa yang keliru akan jantinanya. Tak hairanlah mengapa pro-oposisi mudah tewas dalam pilihanraya kampus. Ada yang menang pun dipermainkan pula dengan dibatalkan kemenangan. mengapa ini semua terjadi? mengapa?

Jawapannya ringkas dan pedas. Kerana mahasiswa dan pejuang-pejuangnya lembap, lembut dan terlalu sopan. Nah, inilah balasan. Nak sangat control macho, kemenangan dibatalkan. Ini juga satu balasan, buat mereka yang ada rasa takut untuk menyatakan bantahan.

masyarakat Malaysiaku,

saya ada sertakan bersama link untuk tatapan anda bagaimana mahasiswa di Indonesia bangkit. Mereka bukan sahaja menggerunkan, garang dan ramai malahan mereka berani. Mereka Mampu menumbangkan pemerintahan korup. Mereka merupakan pemimpin masyarakat dalam apa-apa bantahan sekalipun. Isu Palestin, isu Dato bandar, isu kerajaan pusat sekalipun, merekalah yang mempelopori. Malaysia pernah merasai itu semua. Namun hanya sekitar 70-an dahulu. Semakin millennium, semakin merudum. Maksud saya, perjuangan mahasiswa itu yang merudum.

Di Malaysia, ketika melihat bantahan pro-oposisi terhadap pelaksanaan e-vote, saya berasa amat malu untuk mengakui diri saya sebagai mahasiswa kerana melihatkan seolah-olah kita mudah tunduk dengan apa sahaja arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa disitu dan kemudian lebih malu lagi ialah, kita dipermainkan di situ. Sudah pasti pelbagai macam sindiran diberikan oleh pro-kerajaan. Saya bukan cuba mengklasifikasikan mana pembangkang mana kerajaan tetapi itulah gelaran yang diberikan oleh pihak pentadbiran mana-mana kampus sekalipun. Asal membangkang sahaja, diletaknya kita dalam pro-pembangkang. Mana yang selalu membodek pula, diletakkan sebagai pro-kerajaaan. Aku pun tak paham.

Walaubagaimanapun, itu memang masalah besar si pentadbir kampus. Akan tetapi, apakah kita hanya mahu mengikut telunjuk mereka yang sememangnya sudah buta itu? Maka jika mahu terus mengikut, maka lembiklah kamu. Saya suka dengan konsep perjuangan mahasiswa Indonesia yang mereka ini walaupun ada yang berjuang atas nama sociologist tetapi mereka tidak kendur dan tidak mudah terkendur.

Kritikan untuk mahasiswa Islam malaysia, teruslah bangkit, jangan bangkit dengan air liur basimu tetapi bangkit dengan keringat dan darahmu yang akan basah dan terus membasah sehingga tertegaknya keadilan dan kesejahteraan sejagat.

demo mahasiswa makassar

demo bantah kerajaan

demo mahasiswa malaysia


Demo PPSMI, merupakan demonstrasi mahasiswa terbaik sejak Isu Kriket Israel 1998


Demo Palestin, Mahasiswa gagal.


Demo ISA, hanya segelintir mahasiswa/i yang turun.
gambar; semasa dalam kompleks polis selepas ditahan.


mahasiswa berani yg telah direman polis.


Mahasiswa Jordan bersama pimpinan PAS pusat.


Mahasiswi turut bergiat aktif dalam perjuangan.

3/6/10

PERJUANGAN NASIONALIS,SOSIALIS TAK AKAN BERTAHAN LAMA

Salam dan Selawat ke atas Baginda SAW dan ahlulbayt tercinta. Moga peninggalan Baginda kepada ummah kita akan terus menjadi pegangan dunia akhirat.

Sudah ramai yang keluar parti PKR kepada UMNO mahupun BEBAS. Dalam masa yang sama juga, BN menyaksikan pengeluaran orang-orang pentingnya daripada BN kepada PKR. Semacam semua ini suatu pertukaran pemain. Ibarat di atas padang bola, para pemain boleh bertukar-tukar apabila ada yang tak kena. Namun, ini dalam padang politik. padang yang menyaksikan kepercayaan rakyat yang diberikan kepada mereka atas nama parti yang mereka guna untuk bertanding. Apa masalahnya dengan para wakil rakyat ini? Sesuka hati sahaja mahu bertukar sana sini? Penaberdarah syor, baik pergi tukar bini sekali.

Dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia akan situasi pertukaran politik ini, pastinya akan timbul rasa mual, loya dan semacam nak muntah apabila melihat kenyataan-kenyataan media yang para wakil rakyat ini bacakan dihadapan kamera. Namun, beginilah keadaannya apabila perjuangan bukan kerana Tuhan. Perjuangan hanya sekadar mahukan tampuk pemerintahan. Apabila perlembagaan parti tidak meletakkan Islam sebagai nombor 1, maka bercelarulah semua strategi perjuangan.

Pena pasti bahawa sekarang ini, Anwar Ibrahim sedang pening kepala dengan masalahnya tuduhan liwat ke atasnya dan ditambah pula pengeluaran beramai-ramai wakil rakyat PKR ke BN. Kalau pena, pena mungkin dah nak pengsan tetapi Alhamdulillah pena perjuangannya Islam dan matlamatnya Islam.

Orang yang berjuang kerana Allah, atau kumpulan yang berjuang kerana Allah dan memperjuangkan perjuangan Islam pasti tidak akan berpaling tadah. Lihat sahaja bagaimana jutaan ringgit cuba disogok kepada wakil rakyat PAS di Malaysia dan wakil rakyat IM di Mesir. Namun, mereka ini tidak menerima jutaan ringgit itu kerana mereka tahu Allah tidak ada tolok bandingnya dengan nilai yang sedikit di mata mereka itu. Pendek kata, perjuangan Islam ini dilengkapi dengan tarbiah. Apa berlaku sekalipun, tidak akan berpaling tadah. Wakil rakyat HAMAS yang diugut untuk dibunuh juga tidak berpaling tadah. Apatah lagi mahu disogok. Inilah keistimewaan yang Allah bagi dan jaminan yang Allah beri terhadap pejuang Islam yang ikhlas mahu memperjuangkan Islam.

Dalam konteks semasa dan secara lebih dekat, Pena mahu memberi tabik kepada Ahli Parlimen Khalid Samad yang juga boleh diklasifikasikan sebagai antara orang yang paling layak menerima anugerah nobel istiqamah dalam perjuangan. Khalid Samad ini orangnya bukan orang agama pun. Beliau orang akademik. Belajar di USA lagi. Berkelulusan Master dalam kejuruteraan. Walaubagaimanapun, lihatlah bagaimana beliau tidak pernah menyatakan sedikit pun hasrat beliau mahu menukar parti apatah lagi melawan perintah parti dan pimpinan. Disebabkan beliau ikhlas mahu lihat Islam diatas, beliau sanggup dikenakan apa-apa tindakan disiplin demi memastikan kesejahteraan gerakan Islam itu. Ini baru jelas perjuangan Islam. berlainan pula dengan perjuangan dibawah PKR yang bukan Islam misinya. Lihat bagaimana YB Zulkiflee Nordin yang berjiwa Islam menyatakan bahawa beliau tidak selesa berada di bawah PKR kerana perjuangan PKR bukanlah untuk Islam. Zulkiflee ini orangnya kuat agama. Walaupun beliau seorang peguam, namun beliau terdidik dengan usrah dan tarbiah semasa di kampus. Jadi, apabila beliau berjuang dibawah panji nasionalis dan sosialis, beliau pastilah akan berasa kurang selesa dan semacam ada yang tak kena. Perasaan ini memang Allah yang bagi. Allah nak letakkan orang Islam yang bagus-bagus ini dibawah perjuangan islam hakiki dan bukannya dibawah panji Sosialis yang selangkah lagi, insha Allah jadi komunis.

Oleh yang demikian, Zulkiflee Nordin kini ibarat cacing kepanasan apabila duduk dibawah PKR. Namun, mungkin kerana beliau telah menang atas tiket PKR, beliau tidak mahu mengkhianati amanah rakyat yang mengundinya untuk PKR. mungkin sedikit masa lagi, Zulkiflee boleh jadi orang PAS. Barulah benar landasan perjuangannya.

Saya suka membawa kepada anda perjuangan sosialis nasionalis Semangat 46 yang terkenal dengan warna hijau kuning itu. Berapa lama sangat S46 ini bertahan? entahlah, aku pun lupa nak kira tetapi itulah isinya, akibat perjuangan bukan kerana Allah dan perjuangan hanya sekadar mahukan keadilan dan kesejahteraan, maka berterabur jugalah akhirnya. Akhirnya, S46 tumbang dan PKR bakal menyusul tidak lama lagi.

Selagimana PKR tidak menukar perjuangannya kepada perjuangan Islam, maka selagi itulah PKR tidak akan dapat bertahan lama. Tak percaya? saksikan sahajalah apabila lebih ramai lagi pejuang-pejuang PKR akan mengkhianati PKR itu sendiri. Bukan sahaja ahli-ahli biasa PKR malahan pemimpin-pemimpin PKR itu sendiri. Justeru, aku bukan nak "condemn" siapa-siapa tetapi hanya sekadar mahu menekankan betapa perjuangan menegakkan Islam itu sahaja yang akan kekal hingga hari akhirat. jaminan Allah ialah, orang yang memperjuangkan Islam itu tidak akan ada nokhtah. Mereka yang gugur atau lari, akan diganti dengan orang yang lebih hebat dan lebih bagus. Maka itu, Pena berdarah ucapkan terima kasih kepada Datuk Asri kerana telah keluar dari PAS dan kini PAS ada pengganti lebih hebat berbanding Datuk Asri iaitu Abdul Hadi Awang.


Kenapa bahaya? kerana kerajaan akan mudah runtuh apabila tiada pemimpin-pemimpin yang setia pada parti. Jadi, jangan berpadu dengan keduanya ini. Politik bukan kepada Islam adalah politik mudah tumbang.

2/27/10

NAK TUNGGU PERJUANGAN DITERIMA??? SAMPAI MAMPUS PUN MEMANG SUKAR.

"Sewajarnya, untuk membandingkan aktivisme gerakan mahasiswa dahulu, dengan gerakan mahasiswa hari ini adalah amat tidak releven. Seumpama meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya." Begitulah yang dipenakan oleh saudara Aizat, seorang exco MPMUM yang artikelnya diterbitkan oleh mahasiswakini.blogspot.com.

persoalannya, mengapa tidak relevan? apakah saudara Aizat mahu menyalahkan rakyat kerana beliau berpandangan bahawa perjuangan yang pada zaman dahulu adalah diterima rakyat?


Melalui pengamatan saya, kenyataan ini adalah kenyataan yang bersifat bacul dan amat penakut. sebagai seorang mahasiswa, sepatutnya beliau perlu sedar bahawa, perjuangan bukan mahu diambil kira melalui penerimaan masyarakat atau tidak. PAS sendiri pada awalnya perjuangan mereka tidak diterima oleh rakyat kerana rakyat diprovokatifkan oleh pihak parti lawan kepada PAS bahawa PAS merupakan sebuah parti yang bersifat radikal, jumud dan tidak bersyukur dengan anugerah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh orang-orang UMNO. Namun, situasi ini berubah juga akhirnya dan kini PAS telah menerima sokongan yang amat kuat daripada masyarakat sama ada yang faham Islam mahupun yang kurang faham.


Saya fikir, mungkin ini hanya satu fakta untuk menutup kehilangan taring pro-Mahasiswa pada zaman ini. Walaupun kebelakangan ini pro-M kelihatan semakin menonjol tetapi masih gagal mendapat tempat dihati masyarakat. Sama ada kerana ujian Tuhan atau memang benar-benar kelemahan pro-M itu sendiri. Lihat sahaja berapa ramai calon-calon dari Pro-M yang tidak petah berkata-kata. Ini juga merupakan satu punca. Tidak ada kena mengena dengan zaman dahulu atau zaman sekarang sebaliknya adalah kerana kelemahan Pro-M itu sendiri untuk menampilkan pejuang yang baik dipandangan mata masyarakat kampus.

Apapun, mengapa saudara Aizat tidak mahu membandingkan zaman dahulu dengan zaman kini? Kalau nak bicara tentang sekatan kepada mahasiswa ketika zaman dahulu sebenarnya adalah lebih dahsyat berbanding dengan zaman sekarang. Dahulu kala, Mahasiswa boleh sewenang-wenangnya dikenakan ISA seperti apa yang berlaku pada saudara Mohamad Bin Sabu satu ketika dahulu ketika beliau belajar di UITM. Namun, zaman sekarang, mahasiswa paling teruk pun hanya akan dibicarakan di mahkamah kampus. Jadi, apa yang bezanya?

Jika mahu bicara tentang penerimaan perjuangan dimata rakyat, saya rasa rakyat lebih terbuka untuk menerima perjuangan secara demonstrasi dan seumpamanya. Maksud saya, perjuangan yang ada sifat revolusi. Lihat sahaja bagaimana ribuan mahasiswa turun di UNIMAS kerana masalah air. Lihat juga isu PPSMI yang menyaksikan rakyat pelbagai lapisan turun berjuang bersama mahasiswa dan sasterawan serta ahli politik. Jadi, usah pertikai tentang penerimaan perjuangan kita.
Akhirnya, saya berharap, kenyataan yang hanya akan melemahkan mentaliti mahasiswa ini akan segera diperjelas dan dipadam sahaja daripada mana-mana blog kerana khuatir mahasiswa akan terus dipandang seperti penakut dan bacul apabila mahu bicara tentang perjuangan.

p/s; harap, pakcik mat sabu dan pakcik ibrahim ali redha aje la dengan perjuangan mahasiswa yang lembik pada zaman kini. hehehe



MAHASISWA DI PAKISTAN RELA DISEBAT BELANTAN BIARPUN PERJUANGAN TIDAK DIPANDANG DI MATA MASYARAKAT


Mahasiswa majoritinya menerima perjuangan secara revolusi. cumanya, tiada siapa mahu mempelopori


Isu palestin, mahasiswa prihatin.

2/26/10

KUASA MAHASISWA ISLAM UPM DIGAMBARKAN MELALUI GAMBAR WANITA SEKSI???

Sebelum-sebelum ini, banyak tulisan saya yang hanya diletakkan atas nama sahabat baik saya, UMMAH PROTECTOR, tetapi pada saat ini, saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan artikel atas nama saya sendiri, PENA BERDARAH, agar segala macam isinya adalah menjadi dibawah tanggungjawab saya. Walaupun kini, sudah tidak bergelar mahasiswa lagi, namun, saya masih merasakan tanggungjawab yg berat bagi saya untuk menjadi mesin perungkai segala hal berkaitan mahasiswa memandangkan pengalaman yang saya ada ini Insha Allah dapat membantu menjadi pengkritik hebat bagi menaikkan ataupun menjatuhkan mahasiswa itu sendiri.

dalam artikel pertama yang ditulis atas nama saya sendiri ini, saya suka untuk melihat kembali sejarah perjuangan pelajar pro-islam atau mahasiswa yang mendokong perjuangan islam dan membela masyarakat. saya lihat, di UM, PMInya masih aktif walaupun kelihatan sedikit tenggelam. Di UKM, alhamdulillah juga kerana kelihatan UKM sedang membangkitkan suara siswa-siswi mereka bagi mencanakkan lagi sistem pemerintahan korup dalam pentadbiran UKM. Perkara yang baharu juga berlaku di UNISEL kampus Shah Alam. Saya baru sahaja selesai menjalankan satu program disana dan mendapati kampus UNISEL begitu aktif dengan aktiviti mahasiswa yang produktif. Bukan sahaja dari sudut kerohanian malahan dari sudut politik kampus dan luar kampus. Mahasiswa dan mahasiswi UNISEL kelihatan lebih berani malahan berganda kali lebih berani berbanding mahasiswa dari UITM dan kampus yang seumpama dengannya.

Balik sahaja dari tinjauan di UNISEL, saya membelek-belek laman sosial FACEBOOK dan menekan-nekan mana yang saya suka. terkeluar pula kalimah PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UPM dan dari situ tersinggah pula di laman Pro-M UPM. Mulanya, saya menjadi amat seronok melihatkan perjuangan di UPM yang kononnya sedang membangun walaupun hakikatnya PRO-M atau dengan PMI nya itu sudah tewas teruk pada pilihanraya kampus yang lalu. seketika kemudian, saya tertekan pada bahagian foto. wah, kelihatan gambar seorang wanita seksi yang sedang berdampingan dengan seorang lelaki. gambar ini digambarkan oleh PRO-M UPM sebagai kuasa mahasiswa. hah!!!???kuasa mahasiswa?terkejut melihatkan si pengulas gambar itu yang agak islamik, tapi boleh mengibaratkan kuasa mahasiswa Islam sebagai gambar yang tidak syar'ie itu? keraguan terus timbul tentang perjuangan di UPM.

Ada dibawah gambar tersebut yang "condemn" dan menghentam tindakan PRO-M yang dikuasai PMI itu, dan ada juga yang meraikan tindakan PRO-M itu. Apa yang lebih mendukacitakan, yang meraikan itu, adalah muslimah yang boleh disifatkan sebagai dari kalangan yang faham islam manakala yang mengehentam itu pula hanya seorang lelaki biasa..mahasiswa biasa. Betapa malunya apabila dunia sudah terbalik.

yang lebih pelik lagi ialah, tiadakah tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak moderator laman tersebut setelah menerima komen seperti itu? Inilah susahnya kalau terlalu terbuka fikiran.

Apapun, saya melihat ini sebagai satu petanda kejatuhan besar PMIUPM DAN PRO-M UPM memandangkan pihak-pihak tertentu akan cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan-kelemahan ini. JIM, ISMA, ABIM, PKP, HT atau apa-apa sahaja nama jemaah lain akan mudah mempergunakan isu ini untuk mencari kelemahan PMI yang bernaung di bawah PAS. Impaknya, semakin sedikit mahasiswa-mahasiswi yang dapat dikader oleh PMI nanti.

p/s: link untuk melihat dalam facebook poster yang saya maksudkan

http://www.facebook.com/album.php?aid=12862&id=100000061918448#!/photo.php?pid=186682&id=100000061918448&fbid=106558656022864


gambaran kuasa siswa siswi Islam UPM?