Salam ke atas baginda SAW dan ahlulbayt. Keringat Karbalan dan darah yang tumpah didalamnya akan menjadi isi perjuangan hingga ke akhir hayat.
Bercakap tentang kebangkitan. Kali ini membincangkan kebangkitan mahasiswa. Di mana tempatnya mahasiswa? di kampus? di dalam blok-blok asrama? di kawasan perumahan mahasiswa? atau di jalanan? Ada juga yang tertanya-tanya, bagaimana dengan kelab-kelab malam? bukankah itu salah satu tempat tumpuan mahasiswa? Dan yang terbaru sekali, di kedai-kedai permainan seks. Sila rujuk akhbar Metro.
Saya dikejutkan dengan pendedahan seorang rakan siswa saya dari Indonesia yang mengirim beberapa video mengenai kebangkitan mahasiswa di Indonesia. Saya fikir, saya sudah boleh bangga dengan melihatkan demonstrasi membantah e-vote di Putrajaya beberapa bulan lalu, tetapi rupanya, ternyata saya berfikiran mudah masa itu. Saya mengkaji perjuangan mahasiswa dalam cerminan dekad. Potret perjuangan mahasiswa yang merupakan intipati nombor satu saya untuk mengkaji ini telah menjadi satu bibit permulaan yang agak mentarbiahkan diri saya sendiri.
Alangkah jelik dan lekehnya apabila melihat mahasiswa Malaysia berdemonstrasi ibarat pondan tua dan boleh kata semacam khunsa yang keliru akan jantinanya. Tak hairanlah mengapa pro-oposisi mudah tewas dalam pilihanraya kampus. Ada yang menang pun dipermainkan pula dengan dibatalkan kemenangan. mengapa ini semua terjadi? mengapa?
Jawapannya ringkas dan pedas. Kerana mahasiswa dan pejuang-pejuangnya lembap, lembut dan terlalu sopan. Nah, inilah balasan. Nak sangat control macho, kemenangan dibatalkan. Ini juga satu balasan, buat mereka yang ada rasa takut untuk menyatakan bantahan.
masyarakat Malaysiaku,
saya ada sertakan bersama link untuk tatapan anda bagaimana mahasiswa di Indonesia bangkit. Mereka bukan sahaja menggerunkan, garang dan ramai malahan mereka berani. Mereka Mampu menumbangkan pemerintahan korup. Mereka merupakan pemimpin masyarakat dalam apa-apa bantahan sekalipun. Isu Palestin, isu Dato bandar, isu kerajaan pusat sekalipun, merekalah yang mempelopori. Malaysia pernah merasai itu semua. Namun hanya sekitar 70-an dahulu. Semakin millennium, semakin merudum. Maksud saya, perjuangan mahasiswa itu yang merudum.
Di Malaysia, ketika melihat bantahan pro-oposisi terhadap pelaksanaan e-vote, saya berasa amat malu untuk mengakui diri saya sebagai mahasiswa kerana melihatkan seolah-olah kita mudah tunduk dengan apa sahaja arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa disitu dan kemudian lebih malu lagi ialah, kita dipermainkan di situ. Sudah pasti pelbagai macam sindiran diberikan oleh pro-kerajaan. Saya bukan cuba mengklasifikasikan mana pembangkang mana kerajaan tetapi itulah gelaran yang diberikan oleh pihak pentadbiran mana-mana kampus sekalipun. Asal membangkang sahaja, diletaknya kita dalam pro-pembangkang. Mana yang selalu membodek pula, diletakkan sebagai pro-kerajaaan. Aku pun tak paham.
Walaubagaimanapun, itu memang masalah besar si pentadbir kampus. Akan tetapi, apakah kita hanya mahu mengikut telunjuk mereka yang sememangnya sudah buta itu? Maka jika mahu terus mengikut, maka lembiklah kamu. Saya suka dengan konsep perjuangan mahasiswa Indonesia yang mereka ini walaupun ada yang berjuang atas nama sociologist tetapi mereka tidak kendur dan tidak mudah terkendur.
Kritikan untuk mahasiswa Islam malaysia, teruslah bangkit, jangan bangkit dengan air liur basimu tetapi bangkit dengan keringat dan darahmu yang akan basah dan terus membasah sehingga tertegaknya keadilan dan kesejahteraan sejagat.
demo mahasiswa makassar
demo bantah kerajaan
demo mahasiswa malaysia
Demo PPSMI, merupakan demonstrasi mahasiswa terbaik sejak Isu Kriket Israel 1998
Demo Palestin, Mahasiswa gagal.
Demo ISA, hanya segelintir mahasiswa/i yang turun.
gambar; semasa dalam kompleks polis selepas ditahan.
mahasiswa berani yg telah direman polis.
Mahasiswa Jordan bersama pimpinan PAS pusat.
Mahasiswi turut bergiat aktif dalam perjuangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment