Maka benarlah sabda Nabi SAW bahawa, sesiapa yang mahu ikut Ali, maka dia perlu bersedia dengan kesusahan dan tentangan.
Begitulah kira-kiranya keadaan saudara kami, para pengikut mazhab Syiah Imamiyyah di kampus. Saban hari, ada saja peristiwa yang menyakitkan hati dan mata berlaku dihadapan para sahabat kami ini. Namun ini semua bukan dilakukan oleh orang yang jahil dalam agama, tetapi dilakukan oleh orang yang ada ilmu dalam agama.
Ini antara luahan hati seorang adinda saya di kampus di Kedah:
Bayangkanlah, para ahli sebuah persatuan Islam dalam kampus sanggup menentang kami habis-habisan. Kami diserang dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh individu-individu tersebut. Ada juga yang berkempen untuk menjatuhkan kalangan kami yang memimpin persatuan-persatuan dalam kampus. Ada juga cuba meminggirkan peranan kami dalam sesuatu organisasi. Ada yang cuba mengambil alih peranan kami secara tidak sah, malahan pelbagai lagi yang berlaku.
Inilah resam hidup seorang pencinta ahlulbayt dan pendokong mazhab ahlulbayt. Apapun, didoakan agar mereka-mereka yang masih ada rasa benci dan mahu diskriminasi kami, moga mendapat petunjuk Allah satu hari nanti. Ameen.
No comments:
Post a Comment