Selamat sejahtera ke atas warga ahlulbayt dan seluruh ummah yang berjuang bersamanya.
Melihatkan keadaan seorang pimpinan PAS, saudara Mazlan Aliman yang ditahan kini dalam tempoh reman pihak PDRM, teringat saya pada usia saya ketika itu 8 tahun. Baru darjah 2. Sekolah di sebuah sekolah Islam. Bapa saya ketika itu juga bergiat dalam Dewan Pemuda Pusat. Sama seperti saudara Mazlan yang aktif dalam Pemuda Pusat. Sebutlah apa sahaja demonstrasi, semua bapak saya pergi. Setakat gas pemedih mata dan air kimia itu, bukanlah satu kehairanan buat ayahanda. Saya yakin saudara Mazlan juga begitu. Pemimpin PAS ini tarbiahnya hebat. Dahsyat. Itu yang buat saya kagum sampai sekarang. Walaupun kini, saya melarang ayahanda bergiat aktif dalam PAS kerana takut-takut nanti ayahanda terkena agenda-agenda yang jahat oleh pihak tertentu dalam PAS, tetapi saya sendiri sebenarnya menggiatkan diri secara aktif dalam gerakan ini. Saya tidaklah memegang jawatan tinggi-tinggi dalam organisasi ini, tetapi adalah juga tugas-tugas kecil untuk saya kelolakan.
Berbanding dengan tahanan-tahanan lain yang ditahan atas sebab demonstrasi dan apa program bantahan seperti ceramah umum, rapat umum dan seumpamanya, Mazlan lain pula kisahnya. Beliau ditahan atas sebab menceroboh. Justeru, tangannya digari kemana-mana sepanjang berada dibawah tahanan Polis. Inilah yang kita kasihankan. Digari bukan mudah. Pergerakan terbatas, pergelangan tangan sakit, dan sukar untuk melakukan sesuatu kerja.
Saya Alhamdulillah, masih belum lagi rasa digari. Sepanjang berdemo, apabila ditahan, hanya dipegang oleh polis sahaja. Belum pernah digari. Dengar ceritanya, kini PDRM dah tak guna gari, tapi menggunakan sejenis pengikat semacam gari dibuat daripada plastik, halus dan tajam serta lebih menyakitkan. lebih ketat daripada gari. Memakan segala cengkam pada pergelangan.
ah, lantaklah apa material pun mereka nak guna. Kembali kepada isu Mazlan Aliman tadi, saya pasti dan percaya, sebagai seorang penuntut dalam bidang undang-undang, saya tidak tertewas untuk menahankan pendirian saya yang saudara Mazlan tadi boleh mengalahkan Polis dalam perbicaraan kelak. Mazlan, jangan risau. Kemenangan menyebelahi kamu. Sesiapa yang tolong agama Allah, Allah akan tolong dia semula. mudah-mudahan. ameen.
Mazlan merupakan anak Felda dan tindakannya mahu mempertahankan hak anak-anak Felda itu memang wajar. jadi, mengapa kerajaan mahu halang???
3/10/10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment