12/18/09

TAKUTKAN TAGHUT SEHINGGA SANGGUP HILANGKAN JEMAAH

terlalu penakut dan berahsia hanya akan membawa padah kepada jemaah. itulah sedikit cucukan dari saya untuk menyedarkan anak-anak muda di kampus yang terlalu sorok akan perjuangan mereka. manakan tidak, ada yang bertudung labuh bulat sanggup membelitkan dan memendekkan tudung apabila menyertai jemaah. sepatutnya semakin labuh la tudung atau istiqamah sahaja tetapi ini lain pula jadinya. (hmm....ana kecewa)

kita patut puji perjuangan Ibrahim Ali, Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu yang begitu berani dan telus dalam mempamerkan perjuangan mereka untuk rakyat. natijahnya, mereka kini diterima rakyat dan apa yang mereka bawa pastinya membawa impak yang besar kepada masyarakat seluruhnya sehingga ada yang begitu tulus menjadi pengikutnya.

apa yang berlaku di kampus2 hari ini ialah, siswa siswi khususnya pemimpin tertinggi jemaah itu sendiri semakin takut dan kecut untuk mempromosikan diri dan perjuangan mereka yang benar itu. aku pun x tau kenapa. kata mereka nak ikut sunnah. hmm...sunnah sangat kah? buktikan?

memang benar nabi pernah merahsiakan perjuangannya dalam tempoh 3 tahun pertama selepas dilantik menjadi Rasul tetapi baginda SAW ketika itu belum ada tentera. maksud saya, belum ada pengikut dan ahli yang ramai. berlainan situasinya di kampus-kampus hari ini ialah, mereka sudah ada ramai sangat pengikut dan organisasi yang mantap tetapi masih gagal dikenali umum dan warga kampus khasnya. ini jelas menunjukkan lemhanya mereka beroperasi dan apakah benar ada wujud kerja dakwah oleh mereka?

zaman dahulu, kampus-kampus Malaysia ini tidaklah begitu sepi dan leka sebegini. setiap bulan ada sahaja cerita-cerita hangatnya. kadang kala tu, setiap minggu. namun, apa yang buat aku pelik sekarang ni, segala mcm nama jemaah under PAS ni ditubuhkan dan diupgradekan tetapi masih gagal mendapat tempat dalam hati dan minda masyarakat. bukan dari segi undi yang aku pandang tetapi dari segi "kenal". siswa siswi di kampus seakan-akan buta dan tuli apabila diperdengarkan dengan nama-nama seperti GAMIS, PMI, HI, WUFI dan apapun lagi nama seumpama itu. kerana apa? kerana kegagalan nama-nama tadi utk memperkenalkan diri mereka sepada sasaran mereka. natijahnya, mereka akan terus jatuh dan jatuh sehingga tersembam dan akhirnya bubar!

justeru, buat PMI, GAMIS, HI dan WUFI, giat-giatkanlah sikit kerja-kerja mempromosi gerakan kamu, atau kamu akan kecundang lebih dahsyat dalam pilihanraya kampus akan datang. janganlah kerana terlalu takutkan taghut, kamu sanggup mengabaikan gerakan Islam. kelak, merana padahnya.

sebarang komen dialu-alukan...

IBNU ISMATH HABIB MOHAMAD@CUCU WAN CIK BAM

No comments: