12/18/09

BERSEMPENA DENGAN KONVENSYEN PR PERTAMA HARI INI....

Kadang kala bila difikirkan, ada baiknya penggabungan PKR, DAP dan PAS bersama. Konvensyen PR pertama hari ini membuatkan ikatan yang terbina antara ketiga-tiga parti ini bertambah kukuh dan erat. Dalam kesempatan bergabung bersama dalam mempertahankan hak-hak rakyat, PAS mungkin boleh mendapat manfaat yang besar hasil daripada kerjasama ketiga-tiga parti ini. Namun begitu, PAS perlu peka juga terhadap usaha-usaha musuh Islam dalam mengaburkan perjuangan Islam itu sendiri.

pertama sekali, berkenaan logo PR. sekiranya logo PR dogabung bersama, maka PAS akan kehilangan identitinya yang pertama dalam perjuangan Islam. warna hijau dan lambang bulan akan terkubur dan diganti dengan lambang baru yang lebih kepada perjuangan nasionalis dan sosialis. PAS dalam hal ini perlu bertegas dalam mempertahankan lambang parti Islam itu dan jangan termakan dengan pujuk rayu pihak-pihak berkenaan untuk menggunakan satu logo PR sahaja sedangkan logo PAS dipadam dalam kamus perjuangan.

kedua, PAS perlu memastikan perlembagaan PAS perkara pertama iaitu untuk mendirikan sebuah negara yang menjalankan Islam secara total itu tidak terkeluar daripada landasan perjuangan PAS. itulah kunci kekuatan kekekalan PAS dalam perjuangan. PAS mungkin berisiko untuk hilang kerusi dalam pilihanraya tetapi tidak akan hilang sebagai sebuah parti Islam yang terkehadapan dalam hati rakyat.

ketiga, PAS jangan termakan momokan PKR dan DAP yang hidup dalam keadaan penuh keselesaan dan semacam puak UMNO dan BN itu. Apabila sudah hisup bersama nanti dibawah panjin rasmi PR, PAS janganlah mudah terleka dan termakan dengan gaya hidup pimpinan PKR dan DAP yang kaya raya dan perjuangan mereka yang bukan berlandaskan islam itu. PAS perlu sedar dengan hakikat perjuangan islam yang bukan menjamin keselesaan kepada pemimpin tetapi menjamin keagungan mahligai ad-Deen itu yang paling penting. Kita tidak mahu PAS ada pimpinan seperti pimpinan PKR yang semakin kaya kerana menjadi wakil rakyat dan bukannya semakin senang kerana usaha mereka sendiri. pemimpin PAS boleh ,menjadi semakin senang tetapi hendaklah atas dasar selain daripada pendapatan wakil rakyat. pendapatan wakil rakyat adalah hak bersama pimpinan dan rakyat, bukannya hak wakil rakyat semata-mata. kita masih mengkagumi kepimpinan Dr Azizan razak, Tuan Guru Nik Abd Aziz dan lain-lainnya kerana kesederhanaan mereka.

apapun, yang paling penting itulah ketiga-tiga perkara diatas ini iaitu, kesederhanaan, logo parti, dan perlembagaan nombor satu PAS itu sendiri. antara lain yang penting ialah, para 'amilin dalam PAS ini perlulah juga senantiasa dekat dengan rakyat. kerja-kerja mengkader ahli baru dan hubungan dengan masyarakat perlu dipelihara dan sentiasa sensitiv dan peka dengan nasib rakyat. Biarpun kita tidak mampu untuk membantu dari sudut kewangan, tetapi kita pasti mampu membantu dari sudut budi, aqidah dan perjuangan.

akhir kalam, wacana PR hari ini moga berjalan lancar. Allahuakbar!


LOGO KONVENSYEN PERTAMA PR...

No comments: