12/6/09

HI UITM sah bebas daripada al-Manna

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi atas kelahiran Ali, Hassan dan Hussein serta seluruh keturunannya... Salawat dan Salam ke atas baginda SAW dan seluruh ahlulbayt.

Lega teramat sangat apabila mendapat khabar berita bahawa Tanzim di UITM KEDAH bebas daripada sebarang anasir al-manna. Al-manna seperti yang saya maklumkan sebelum ini adalah medan mencari perantis perjuangannya yang sudah terpesong daripada PAS. Masalah yang melanda beberapa jemaah HI di IPT lain telah mendetikkan hati saya dan sahabat-sahabat untuk mengutarakan hal ini kepada Murabbi kami.

Walaupun tidak menafikan betapa hebat pengkaderan Al-Manna di UM dalam kalangan PMI itu sendiri, tetapi di UITM, walaupun selemah ini HI, namun bebas daripada sebarang anasir al-Manna. hal ini disahkan sendiri oleh orang kuat HI di UITM.

Buat para siswa dan siswi UITM, tidaklah perlu risau untuk terus mengundi ahli HI pada pilihanraya kampus nanti kerana kami taat setia pada pimpinan. Buat ahli jemaah pula, teruskan bersama HI kerana kita telah disahkan bebas daripada sebarang anasir al-Manna dan kita tidak mempunyai seorang pun senior dari UM. mudah-mudahan allah permudahkan.

No comments: